Monday, February 2, 2009

Gembira V Sedih

Gembira..

Hari ni hari pertama Aisyah sekolah untuk semester ini. Saya gembira melihat betapa gembiranya Aisyah, teruja, ceria dan bersemangat untuk menempuh alam persekolah selepas bercuti hampir 1 bulan lebih.


Aisyah dalam kelas.. semua kelas tak lebih dari 20 orang..




Saya menghantarnya ke sekolah jam 8.30 pagi dan menunggu sehingga tamat perhimpunan. Bukan setakat tunggu, bahkah saya telah meminta kebenaran dari guru kelasnya untuk duduk sekejap dalam kelas..'Mrs Jap, is it ok for me to be here for 10 to 15m.. just to see Aisyah for a while..' Oh.. please.. it's ok.. I dont mind..'


Semasa perhimpunan, semua pelajar berbaris mengikut nama guru kelas, saya bersembang sekejap dengan ibu Laura, rakan sekelas Aisyah. Selepas itu Mrs Jap datang dan dia memperkenalkan diri sebagai guru kelas Aisyah untuk semester ini. Rupanya dia orang Indonesia yang telah menjadi guru di sekolah ini lebih dari 10 tahun..Dia tegur saya, 'Ibu orang Malaysia? Saya Meselina, boleh dipanggil Ibu Meselina atau Mrs Jap..' Kami pun ketawa sambil buat joke dalam bahasa mesia... Baik orangnya, peramah, suka senyum dan Aisyah suka pada guru barunya itu..


Petang selepas ambik Aisyah habis kelas, saya ditemani Ina dan Aliya ke Coburg untuk mencari Sekolah Agama lain untuk Aisyah. Hari tu plan nak hantar ke ILIM di Dallas, kemudian fikir lebih baik di Coburg sebab lebih dekat dengan bandar.. Alhamdulillah dapat bersembang dan bercerita dengan Imamnya sendiri tetapi dia tak dapat buat keputusan kerana terlalu ramai waiting list. Saya akan cuba merayu untuk Aisyah dapat place if possible..


Ini banner depan CIC-Coburg Islamic Centre



Dalam CIC ada kedai buku, yang jual adalah Br Firdaus, orang Singapura.. baik orangnya dan kami pun bersembang dalam bahasa Mesia je ler..
Umi, Aisyah dan Aliya depan kedai buku..


Lepas selesai di CIC, kita orang ke McD Halal di Coburg. Saya tak pernah pergi tapi ramai yang bercerita bahawa ada satu McD halal di Coburg.. Sampai juga akhirnya..






________________

Sedih...



Apabila saya sampai di rumah, saya terserempak dengan Oo dan Naji. Rupanya Naji sekeluarga nak pindah petang ni ke Tasmania kerana ayahnya akan belajar di sana. Dulu memang mereka di Tasmania sebelum duduk sini. Masa kami sampai rupanya Oo dah call taxi dan barang-barang dalam rumahnya semua dah clear. Dia tak sempat nak jumpa saya sebelum ni nak bagitau dia nak pindah..



Saya dan Aisyah rasa sedih sangat Naji nak pindah.. Naji dah jadi kawan baik Aisyah.. Dia umur 6 tahun. Dulu dia sangat pendiam, tak nak tegur kita dan tak nak jawab bila kita tanya, tapi akhirnya dia dah baik dengan kami sekeluarga.

Almost tiap hari Naji akan panggil Aisyah.. 'Aisya, can we play scooter outside?' Kadang-kadang ibunya yang Aisyah panggil Untie Oo akan teman mereka berdua bermain sampai berjam-jam di taman. Kadang-kadang saya yang temankan Aisyah dan Naji main scooter bila ibunya ada kerja di rumah..



Bila tahu dalam keadaan tergesa2 mereka nak pindah, saya rasa sangat sedih... Aisyah lagi sedih..

Masa mereka naik taxi, Naji sempat kata..'Aisya, I will miss you alot.' Saya peluk Oo dan saya jugak kata pada dia.. 'I feel so sad that you are going back to Tasmania. We will miss you and Naji very much.. take care ok.. see you..' Saya juga pegang pipi Naji dan cium adiknya Yona. Air mata saya nak menitik tadi..



Lepas taxi yang bawa Naji pergi, Aisyah kata pada saya..

'Umi.. Aisyah rasa sedih sangat Naji pindah. Aisyah dahler takde kawan. sekarang Naji pulak pergi..Kenapa Naji kena pindah Umi?.Tiap-tiap hari Naji akan panggil nama Aisyah ajak main scooter.. Pastu kalau Aisyah ajak dia main opis-opis, Aisyah kata, 'Naji, can we play office-office. you sit here and I sit here..' Naji selalu jawab..'Ok..' Dia tak pernah lawan Aisyah.. Aisyah rasa sedih sangat Umi Naji pindah.Bila dia balik sini.Sapa nak main scooter dengan Aisyah lepas ni..'



Kesiannya Aisyah..


Sabar yer Aisyah...


Semoga Naji, Oo sekeluarga selamat menetap di Tasmania nanti..Ada peluang kita jumpa lagi yer Naji..