Friday, February 6, 2009

Sambungan Geramnye..

Aisyah Kena Marah..

Dalam news paper ada interview with Lily Allen, an actress that I myself have no idea sapa dia.. its stated, 'She has a very fixed idea of the future family she imagines for herself. She'll often say, almost rhapsodically, things such..'I want to take my kids to school and make breakfast and packed lunches and having the dinners round the table and everybody being happy...' something that she herself did not manage to get since the parents divorced when she was 4 years old...

Kesian dia, she imagines to have..hopefully oneday she can have that..

Apa kaitan dengan cerita Aisyah?
Takde kaitan.. saje jer.. hehe..

Kat sini, sekolahnya takde buku, satu pun tak pernah Aisyah bawak buku balik rumah.. Saya pening tengok kaedah pembelajaran kat sini.. learning is fun and fun... berbeza dengan Mesia.. beg punyalah berat. Lebih berat dari badan budak yang bawak beg tu.. Sian kan? Kat sini dalam beg hanya ada makanan dan minuman.. Itu saja.. kelakar tak?

Pastu waktu rehat sekolahnya pelik. Masuk sekolah jam 9, berhenti rehat jam 11 pagi and the teacher will make an annoucement, 'fruit time' so everybody has to eat fruit.. or eat what ever food you have with you. Then on 1.30pm, there will be another recess period, 'lunch time' so you have to eat again, normally lunch is in the class itself, with all the friends and the teacher to monitor you. Then continue to study till 3.30pm before the bell ringing.
Ding dong... yeaaa... balik....

For sure, there is no halal food in the canteen like Msia. Kat Mesia ada nasi lemak, nasi goreng, nasi dagang, cekodok, nugget dan lain-lain yang sewaktu dengannya. The only halal in the canteen here is 'keropok' -$1 each. So everyday, Mak-mak kena prepare and provide food, drink etc and etc for the kid. The same principle goes to Aisyah.

Every night before I go to sleep, I have to think and make a decision..
'Esok nak bubuh apa yer dalam tupperware Aisyah..'
'Esoknya nak bawak apa pulak yer...' pening kepala pikir pasal makanan..hehe..

Jadi semalam, saya geram sebab saya dah letih-letih buat sandwich telor with salad, cheese and chili sos. Pastu bungkus cantik-cantik letak dalam beg. Lepas tu put botol air mineral yang 500ml untuk air minum, botol yang 150ml tu untuk pergi toilet basuh wee wee..Tetiba tak makan....

Dia tak makan sandwich tu masa lunch..buah pun tak makan. Dahler tak beli keropok halal, instead dia pergi makan mee hun goreng kawan dia bawak.. Mestilah tak boleh sebab Mak kawan tu mesti bagi dalam tupperware cukup-cukup untuk anak dia sorang .


Apa lagi.. Umi pun marah lah..

'Nape Aisyah tak makan? If you do not want to have your own food, then I don't have to prepare it anymore. You just go to school and find your friend, ask food from them. Is that ok for you? blabla..... Saya marah ler...

Meleleh air mata.. siannyer..

Tak habis lagi..
Umi marah lagi, tapi kali ni suara dah baik sikit...

'Cuba Aisyah pikir, Aisyah kan selalu main mak-mak dengan Aliya. Aisyah main mak-mak tu Aisyah ada babykan. Kalau baby tu dah besar, Aisyah masak untuk dia tapi dia tak nak makan.. Aisyah sedih tak?'

'Sedih ler Umi.. ..'

Tak habis lagi..

'Cuba Aisyah pikir jugak, Umi ni sibuk, nak pergi pejabat lagi, nak buat kerja lagi, nak buat tu nak buat ni.. pastu masak nasi untuk kita makan, buat bekal sebab kat sini mana ada canteen jual halal food.. buat letih-letih, then anak tak makan yang Umi masak.. Mestilah Umi sedih.. Lain kali Aisyah promise Aisyah makan yer.. Aisyah ingat tak budak Palestine? They are very poor, no food, no drink, ada yang parents meninggal.. Sebab tu Aisyah kena syukur, jangan buang2 makanan yer, sebab tu semua rezeki...'

'Umi.. Umi... Aisyah nak mintak maaf.. Sorry yer Umi..Lepas ni Aisyah tak buat lagi...'

'Ok good girl Umi..Dah, lain kali jangan buat lagi yer ..'
'Lain kali kalau nak makan orang punya, share-share.. I take yours, you take mine... baru betul..'


Itu jer ler yang berlaku...
Tak de besar mana pun.. hehe..

Esok saya nak bubuh apa pulak dalam tupperware dia yer??

----------------

Jadual Aisyah selalunya
6.00 bangun solat subuh.. tidur balik bangun jam 7.30 mandi.. Kadang-kadang dia solat lepas bangun jam 7.30 pagi..
8.30 ke sekolah, sebelum ke sekolah makan sikit, roti atau cornflakes
balik rumah jam 3.50, lepas tu solat zuhur dan prepare ke teakwondo.. pastu balik solat asar, ngaji dan main..dan makan malam dan solat maghrib, isyak dan tidur..

Esok pulak pergi sekolah lagi dan bawak tupperware lagi dan lagi dan lagi dan lagi dan lagi............