Friday, February 13, 2009

Study Circle 6

Study Circle 6 on 12 Feb 09

Semalam, majlis berlangsung di rumah Lin dan Sya rumahnya dalam bangunan yang sama dengan Azra last week. Cantik rumahnya..

Saya rasa berminat juga rumah macam ni, kecik dan tak sejuk.. rasa warm jer dalam rumah dia compare dengan rumah saya, asyik sejuk manjang.. rasanya because of the bricks kot.. agak jer ler.. Tapi sewanya boleh tahan, mahal lagi dari rumah saya sekarang. Sekarang saya duduk 3 bedrooms sewanya dalam AUD1200 (plus minus). Rumah tu dua bilik dalam AUD 1500 sebulan...
umphhh kena pikir banyak kali ni... apa kata poket saya yer? hehe...

Malam tadi pun ramai.. ALhamdulillah..
Lepas baca yasin, kami bincang buku Syeikh Daud Fatani lagi sambung mengenai bab batal wudhu' dan mengenai sama kerana terkena anjing dan babi..

Banyak kami diskus..

1- Kita wajib berusaha menjaga agama kita, ibadah dan menjaga hukum sedaya upaya kita.. Najis perlu diperhatikan dengan sebaiknya dan apa yang perlu disamak perlu disamak dengan cara sepatutnya.

2-Macamna kita nak bersihkan tuala wanita, bagaimana dan kenapa? Soalan ditanya oleh remaja kita umur 14 tahun.. Anak Mie..Bagus soalannya..

3-Boleh tak kita baca yasin dan niyatkan pada ayah kita seorang supaya pahalanya tidak terpecah. Kalau kita niat pada semua orang Islam, apakah pahala ayah kita jadi sikit kerana perlu share? Bagus soalannya..

4-Boleh tak kita baca quran masa uzur (period) sebab kalau tak baca quran kita rasa macam jiwa kosong dan jauh dari Allah..

Saya jawab setakat terdaya tentang perbezaan pendapat antara fuqaha' yang rigid dan fuqaha' yang flexible.. Serta bagaimana penggunaan kaedah fiqh (legal maxims) dalam menyelesaikan kekeliruan dalam hidup kita...

Kami juga dah sepakat bahawa oleh kerana kelas sesi semester baru akan bermula dengan rasmi pada 3 March, maka majlis Study Circle akan dibuat dua minggu sekali, instead of once a week like sekarang ni..Saya takde bangkangan, bagus jugak supaya semua orang tak terganggu jadual kelas dan projek masing-masing...

DI bawah ini adalah gambar-gambar majlis berkenaan...




Antara para hadirin yang bersemangat waja...


Masa sampai... dua orang princess duduk diam jer...
Pastu jumpa 'baby...' habis ler....




Aisyah dengan semangat waja mendokong 'baby' .... besar sangat toy tu macam real jer...hehe..


Bila sampai bab makan...
oh oh oh....
bestnyer...
banyaknyer...
sedapnyer....





Habis....
Kenyang...
ALhamdulillah..
Lepas solat maghrib berjemaah, kami pun bersurai...
Jumpa lagi in two weeks time..insya Allah