Tuesday, February 10, 2009

Sekolah Agama

Mula Kelas..

Aisyah sekolah pagi di Public School dan sekolah agama setiap hari Ahad jam 10-2pm. Hari Ahad hari tu hari pertama dia ke sekolah agama. Jauh juga dari rumah sampai sesat-sesat lah kita dibuatnya.. Tapi akhirnya Alhamdulillah sampai jugak akhirnya...

Lepas buat test, teacher kata masuk grade 1 dulu and jika ada changes, dia akan letak Aisyah accordingly. Lepas hantar Aisyah, Umi bersembang dengan Kak Sal, seorang Johorian yang dah 18 tahun menetap di sini dan kawin dengan orang Greak Aussie. Anaknya 7 dan semuanya macam muka orang Albania siket.. cantik..

Sekolah ni ramai dihadiri oleh Malaysians and SIngaporeans. Yurannya AUD 50/term. Termnya hanya 3 bulan sahaja.

Kat sini, saya berjumpa Ustaz Nushi lecturer UIA yang sambung belajar di Melbourne Univ.. Dah lama saya mencari, akhirnya baru bertemu.. Alhamdulillah.. Ustaz Nushi ni kawan Dr Rahimi, my Boss. Kami berbincang-bincang mengenai banyak perkara, saya sampaikan salam Dr Rahimi pada beliau, bersembang mengenai belajar di sini, macamna Proposal Ustaz, proposal saya, apa nak buat dalam proses pembelajaran, program kesatuan, bagaimana program keagamaan orang-orang di sini dan banyak lagi..

Alhamdulillah akhirnya saya ketemu juga dengan Ustaz Nushi..Sebelum saya datang ke Melbourne, saya banyak kali bertanya beberapa soalan melalui email dan telefon tapi tak kenal orangnya.. Akhirnya baru berjumpa.. Jumpa kat sekolah agama yang jauh tu..... Subhanallah..

Akhirnya jam 1.30 petang kami pun balik rumah..

Opss.. petang ni tak pergi swimming sebab Aisyah luka kat sikunya, berdarah, kulit tercabut, daging melecet sebab jatuh scooter... Tak boleh kena air jadi no swimming..