Wednesday, February 18, 2009

Sakit v Ujian

Sakit..

Kita selalu sakit.. Sakit mata, sakit perut, sakit kepala, sakit dada, sakit kaki, sakit lutut, sakit belikat dan macam-macam lagi.. Dan saya juga selalu sakit..semalam saya sakit kepala, habis 2 biji panadol.

Sakit tu pula ada banyak tahap..
Sakit sikit jer, sakit sangat, sakit sangat-sangat tapi masih dapat tahan.. dan ada juga yang sakit sangat-sangat yang tak dapat ditahan lagi.... itulah hidup ini..

Saya dapat tahu bahawa Makcik saya sakit dan sekarang dirawat di Hospital Penang. Makcik Dah, she is the only younger sister of my Mother. Saya rasa sangat sedih dengar dia sakit sangat-sangat.. Beberapa tahun lepas, Makcik Dah buat operation mata di Tun Hussin Onn Hospital kat PJ. Lepas tu sihat. Kemudian Makcik Dah dapat kencing manis, darah tinggi, dan bawak kepada sakit-sakit lain di bahagian organ dalamannya.

Anak-anaknya hampir semua bekerja di KL dan ada yang jadi jururawat (ketua jururrawat) di Hospital Penang. Namnya Sah (Hafisah). She is my close cousin sebab kami sebaya dan selalu bercerita hal masing-masing. Khabarnya Makcik Dah perlu ditahan di Hospital USM Kubang Kerian tapi Sah berusaha membawa ibunya ke Hospital Penang supaya dekat dengannya dan dia dapat menjaganya dengan baik.

Saya sentiasa berdoa semoga Makcik cepat sihat dan kembali ceria selepas ini. Insya Allah bila kami balik, kami akan visit Makcik Dah.. insya Allah..
_________

Saya juga baru dapat tahu kata Ayah Lie sakit dan sedang koma di Hospital Kelang. Sedihnya saya dengar.. Nama penuhnya Prof Madya Ghazali Sulaiman, ada yang panggil Ustaz Ghazali tapi kami semua panggil dia Ayah Lie.


Orangnya sangat segak, berpakaian kemas dan saya selalu menyakat beliau setiap kali saya bertembung dengannya di pejabat. 'Ayah Lie ni segak sungguh.. macam pelakon. berapa umur Ayah lie yer..' Dan dia akan ketawa sambil jawab dengan jawapan yang joke-joke..'Umur dah tua.. tapi tengoklah sapa yang jaga kita kat rumah..' Beliau selalu bagi credit pada isterinya dan kami semua akan ketawa beramai-ramai..

Saya teringat kalau dia bertemu dengan saya depan pejabat, selalunya masa tu saya tengah tulis sms atau tengah bertelefon guna PDA saya.. Kalau saya tengah tulis sms, saya akan guna pen PDA dan dia akan menyakat saya dengan kuat....'Isy isy anti ni.. tiap kali ana jumpa.. dok tulis dalam komputer kecik dia.. canggih sungguh..hehe..'

Beliau selalu memberi nasihat kepada saya dan yang lain..Ayah Lie adalah seorang yang ditua-tuakan dalam pejabat kami. Dia seorang yang paling tenang setakat yang saya pernah jumpa.. Bila ada masalah saya kadang-kadang bersembang dengan dia..ayat saya selalunya. 'Ayah Lie, saya nak tanya satu masalah.. macamna saya nak buat kalau macam ni... bla..bla..' Dan dia dengan ketawa kecik, riang gembira akan selalu menjawab..'isy isy anti ni.. tu kecik jer tu.. masalah ni macam asam dan garam jer.. senang jer nak selesai.. bla bla....'

Bila saya tahu dia sakit, saya rasa sangat sedih.. Semoga Allah membantu beliau dan memberi kesihatan yang baik kepadanya..

Doa saya untuk Ayah Lie dan Makcik Dah..
'Ya Allah.. berilah bantuanMu, sihatkanlah mereka berdua..amin ya Rabbal A'laim..'