Saturday, February 7, 2009

Panasnye Melbourne..

Sangat Panas Melbourne sekarang.

Sebelum ni, saya tak pernah rasa panas sangat selain dari masa kat Mekah dulu. Masa tu tahun 2002 (Awal 2002), saya dan suami ke Mekah. Masa di Madinah, cuacanya sejuk sampai kita kena tutup hidung sebab udara sejuk mencucuk hidung terutama masa Subuh tetapi di Mekah pula cuacanya sangat panas .


[Saya surfed gambar kaabah di internet, banyak rupanya gambar orang bergambar berlatar belakangkan kaabah.. masa saya pergi dulu, kerajaan Saudi haramkan kamera dan handphone yang boleh ambik gambar di dalam masjid. Dalam gambar di atas, tempat solat ada banyak tingkat. bawah sekali yang selaras dengan Kaabah, tempat tu sangat susah nak masuk, orang sentiasa penuh. Ground floor naik sikit ke atas, lepas tu tingkat 1, then tingkat atas sekali yang tidak berbumbung.. Sekarang sekeliling masjidil haram sudah berwajah baru kerana perubahan pembinaan yang sangat rapid.]

Masa di Mekah, saya duduk di sebuah hotel (tak ingat dah namanya), saya akan sembahyang lima waktu di masjidil haram. Sedaya upaya saya akan cuba dapat tempat dalam masjid dan cari tempat tepi kipas. Kecuali ada satu hari saya terlambat untuk solat zohor. Masa tu orang sangat ramai, dalam 2 juta umat Islam dari seluruh dunia datang menunaikan haji. Semua tempat dah penuh, tingkat bawah, tingkat 1 jadi saya cuba naik ke tingkat atas yang tak berbumbung sebab imam dah angkat takbir. Masa tu ada ramai yang naik ke atas..


Panasnya hanya Allah yang tahu.. saya rasa nak pitam, mata berpinar-pinar, rasa macam dalam oven, rasa panas sangat-sangat dan nak tumbang.. Lepas tu I was collapsed.. Lepas dari hari tu saya akan pergi awal untuk solat zuhur dan asar untuk dapat tempat di bahagian bawah. Tapi bila magrib dan Isya' saya akan cari tingkat atas sebab best sangat solat kat atas..



Sekarang di Melbourne saya rasa lebih panas lagi dari tu...


Hari ni saja saya dengar 5 kali siren bomba yang lalu depan rumah saya. Dalam keadaan panas begini, banyak bushfire berlaku dan bomba menjadi orang paling sibuk sekarang. Panas sangat kat sini sampai semua coklat yang saya beli dan letak dalam almari, semuanya cair.. Jadi semua coklat sekarang duduk dalam fridge.


Panasnya kat sini sampai padang telah bertukar jadi kuning.. sebelum ni rumput warna hijau, tetapi sekarang separuh hijau, separuh dah berubah warna..





This is the field between the library and my office. Kesian pokok-pokok, rumput dan semua binatang..


Tadi jam 11 pagi, saya basuh kain dan jemur kat luar. Masa tu saya dah mula rasa panas dan rasa macam berapi-api.. Subhanallah panasnya ya ALlah..

Bila saya nak angkat kain pulak dalam jam 4.30 petang, masa tu pulak sangat windy, angin bertiup sangat kuat, pokok bergerak-gerak ditiup angin, daun melambai-lambai.. cantiknya pemandangan tetapi semua tiupan angin itu datang bersama kepanasan. Saya rasa macam berada dalam oven.


Saya rasa tadi tersangat lah panas.. kepala saya terus rasa pening tapi kena terus jalan sebab nak angkat kain.. Masa angkat kain tu saya rasa macam the sun was just only a few meters above my head.. Panasnya ya Allah..


On the way back, saya terserempak dengan seekor possum duduk bawah pokok, panas sangat agaknya dia.. tried to find some protection... sian sangat.



Ini possum dalam internet, bukan yang saya snap..

Masa panas sebegini juga, lalat pun datang dan kerumun muka kita. Lalat yang kat bawah ni telah menceroboh masuk dalam rumah saya, tapi dia mati sendiri, tak sempat saya bunuh dia.. Saya ambik gambar untuk menjadi bahan bukti betapa besarnya dia. Jika dibandingkan dengan lalat di Mesia, kat sini lagi besar dan ada yang warna merah...Hebatnya ciptaan Allah..




Lalat.. Bacalah ayat al-Quran di mana Allah nyatakan bahawa jika ada tuhan lain selain Allah, suruhlah dia buat seekor lalat.. Nescaya mereka tidak mampu untuk mencipta walau seekor lalat yang kecil sekali pun.. Maha benar ALlah Tuhan seru sekelian alam..Lalat adalah satu dari bukti Maha Bijaksananya Ilahi, Tuhan Rabbul Jalil..