Monday, February 2, 2009

Belajar di Universiti

Kena Bayar Tak Masuk Universiti?

Jawapannya kena bayar!

Di Mesia, setiap kita yang masuk Universiti kena bayar banyak duit. Ada duit pendaftaran, duit peperiksaan, bayaran hostel dan lain-lain. Dulu kala, kita ada biasiswa, kakak-kakak saya pergi oversea semuanya dapat biasiswa. Dah kerja gaji besar pun tak perlu bayar apa-apa.. bestnye..

Bila masuk zaman saya ke UIA, saya dapat pinjaman JPA sebanyak RM16000 (lebih kurang). Itu tahun 1988. Lepas saya keluar UIA tahun 1992 dengan L.LB (Honours) Second Class Upper, saya buat permohonan pada JPA mengenai bayaran balik duit pinjaman. Akhirnya saya cuma kena bayar 25% dari jumlah pinjaman kerana dapat Second Upper. Sapa yang dapat Second Lower dan Third Class kena bayar semua jumlah pinjaman. Bagi yang bijaksana dan dapat First Class, semua pinjaman akan ditukar kepada biasiswa. Saya bersyukur sebab kena bayar 25% sahaja dan saya dah habis bayar selepas 4 tahun masuk bekerja di UiTM. Itu pun saya bayar melalui postal order RM200 sebulan.

Selepas zaman saya, pinjaman PTPTN diperkenalkan dan jumlah pinjaman pun ditambah lagi.. yuran Universiti pun semakin mahal. Lepas tu saya dengar masalah demi masalah berkaitan PTPTN.. KAdang-kadang saya rasa kesian dengan generasi baru yang berdepan dengan masalah ini. Adik saya masuk UIA tahun 2003 kena apply PTPTN dan saya tak pasti dia dah bayar atau belum lagi hutang tu.. Nasihat saya, hutang kena dibayar yer supaya generasi baru dapat guna untuk belajar lepas ni..

Kenapa saya tulis mengenai pinjaman ni?
Ahad petang, masa saya mandi di kolam renang, saya berkenalan dengan Puan Faizah, warganegara Singapura yang dah duduk Melbourne 30 tahun dan bekerja di sini serta ada 3 anak, semuanya sudah besar dan ada seorang sedang belajar di RMIT. Bila saya tanya berapa dia perlu bayar untuk anaknya masuk Universiti, katanya AUD1000 sahaja setahun. Dan anaknya ditanggung oleh Kerajaan kerana mereka warganegara dan katanya apabila anaknya bekerja, dia perlu bayar kembali kepada Kerajaan tetapi jumlahnya sangat kecil. Tidak membebankan..

Takjubnya saya dengar..
Alangkah baiknya jika kat Mesia pun macam tu kan.....

p/s Tak boleh nak stop menulis dalam blog, rasa macam dah ketagih... Sibuk pun masih mencari jalan juga menconteng apa-apa dalam blog ini.. Sekadar melepas perasaan.. hehe..