Thursday, February 5, 2009

Saya dan Darus Syifa'

Darus Syifa'

Saya baru saja masuk web Darus Syifa' tadi dan baru baca mengenai laporan pengijazahan Darus Syifa' kumpulan ke 20.. Saya dan my husband adalah salah seorang dari kumpulan ke 20 ler..
Teringatnye saya dengan kelas Darus Syifa'..
Teringat sangat-sangat...

Majlis pengijazahan tersebut telah diadakan pada 13 Disember lepas, masa tu kami dah sampai ke Melbourne. Jadi saya dan my husband termasuk dalam orang yang layak diijazahkan tetapi telah lesap dari majlis tersebut.. Kami tidak hadir lah pada hari tu..
Tapi saya dah hantar surat dan dah jumpa Ustaz Zul bagitau nak berangkat ke Australia dan minta dibenarkan tangguh pengijazahan ke satu tarikh yang sesuai nanti.. Saya harap mudah-mudahan kami dapat hadir untuk pengijazahan kumpulan baru lepas-lepas ini... insya Allah..

_________________

MAJLIS PENGIJAZAHAN KUMPULAN KE-20 (SESI 2008)KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA’ PUSAT (BANDAR BARU BANGI)
TARIKH: 13HB. DISEMBER 2008

TEMPAT: EL-AZZHAR CAMP, Morib Banting, Selangor
WAKTU: 2:00 PETANG ~ 5:00 PETANG



Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar pengubatan Islam Darussyifa’ Pusat Kumpulan ke-20 yang telah diijazahkan pada 13hb. Disember 2008 bersamaan 15hb. Zulhijjah 1429H. Oleh kerana graduan yang diijazahkan agak ramai maka buat pertama kalinya Darussyifa’ Pusat mengadakan Majlis Pengijazahan di luar Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Majlis Pengijazahan bagi Kumpulan ke-20 ini telah diadakan di El-Azzhar Camp, Morib Banting Selangor.

Kira-kira setahun yang lepas, pada 20hb. Januari 2008, seramai 380 pelajar telah mendaftarkan diri untuk menyertai Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada 305 pelajar lelaki dan 75 pelajar perempuan. Bagaimanapun hanya 336 orang pelajar sahaja (262 Muslimin, 74 Muslimat) telah memenuhi syarat kelayakan untuk diijazahkan.

Di antara syarat utama pengijazahan ialah pelajar tersebut telah lulus ujian tasmek bacaan asas 10 pertama, kehadiran kuliah yang mencukupi serta telah menjelaskan semua yuran.
Walaupun 336 pelajar yang layak diijazahkan, namun pada hari pengijazahan hanya 301 orang pelajar sahaja (238 Muslimin, 63 Muslimat) yang dapat menghadirkan diri.


Aturcara Majlis Pengijazahan

2:15 ptg – 2:30 ptg : Graduan dan Semua AJK Darussyifa’ mengambil tempat.
2:30 ptg – 2: 35 ptg : Ketibaan Tuan Guru ke dalam dewan
2:35 ptg – 2: 40 ptg : Ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Ustaz Abdul Razak Mahdi
2:40 ptg – 2:45 ptg : Bacaan al-Quran oleh Ustaz Mohamad Zulkifli Ramli
2:45 ptg – 2:55 ptg : Ucapan Pengerusi Darussyifa’ Tuan Haji Abdul Rahman bin Ahmad
2:55 ptg – 3:00 ptg : Ustaz Abdul Razak Mahdi mempersilakan Tua Guru Dato’ Dr. Haron Din untuk menyampaikan amanat. Bagaimanapun Tuan Guru memberikan isyarat bahawa beliau tidak boleh bercakap kerana keuzuran suara.
3:00 ptg – 3:15 ptg : Tasmek Bacaan Asas 10 beramai-ramai diketuai oleh Ustaz Najib Nubhan bin Khairudin.
3:15 ptg – 4:10 ptg : Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din mengijazahkan setiap graduan dengan Ijazah Pengubatan Islam.
4:10 ptg – 4:30 ptg : Penyampaian Cenderahati kepada Tenaga Pengajar & Tuan Guru
4:30 ptg – 4:35 ptg : Bacaan Doa oleh Ustaz Zulkifly Dahlan
4:35 ptg – 4:45 ptg : Sessi Bergambar bekumpulan
4:45 ptg – 5:30 ptg : Solat Asar

p/s My friend Cikgu Ani Kaunselor telah selamat diijazahkan dalam majlis tersebut.. dah tu dia dapat pula bergambar exclusive dengan Ustaz Harun Din dan anak bongsunya Hana... bestnye Ani...hehe..