Wednesday, February 11, 2009

Tazkirah Kawan

Kawan..

Saya selalu dapat offline mesage dari seorang yang saya tak kenal. Atau mungkin saya kenal tapi sebab guna nama glamor saya pun jadi tak kenal.. Anyway..pagi tadi saya dapat lagi. Kali ini isinya agak bagus untuk dipikir-pikirkan.. Jadi saya qoute dan bubuh dalam blog ni..

Sapa-sapa berminat boleh ler copy.
_______________________

Kawan

Apabila kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana kelebihannya
Kerana mungkin dengan satu kelemahan
Kita akan menjauhinya....

Andai kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana kebaikannya
Kerana mungkin dengan satu keburukan
Kita akan membencinya....

Andai kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana ilmunya
Kerana apabila dia buntu
Kita mungkin akan memfitnahnya....

Andai kita ingin mencari kawan
Janganlah kerana sifat cerianya
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan
Kita mungkin akan menyalahkannya....

Andai kita ingin mencari kawan
Terimalah dia seadanya
Kerana dia seorang sahabat
Yang hanya manusia biasa....

Jangan diharapkan sempurna
Kerana kita juga tidak sempurna….

_____________

p/s Boleh tahan juga kata-kata hikmah ni.. saya pun tak tahu saya kat mana..harap-harap saya adalah kawan yang baik kepada semua kawan-kawan saya di atas dunia ini.. insya Allah