Sunday, February 8, 2009

Kari Ketam Dr Fisol

Sedapnya Kari Ketam Dr Fisol..

Saya baru tahu bahawa semalam semasa saya angkat kain tu dalam jam 4.30pm rupanya suhu kat sini adalah 46 degree. Patutlah panas sangat. Subhanallah...

Semalam saya masak kari ayam guna rempah Adabi yang my sister kirim. Sedapler pada lidah saya.. hehe...

Tetiba saya teringat pada kari ketam special Dr Fisol. Hari tu saya plan nak masukkan entry about him and his special recipe kari ketam tapi saya terlupa sungguh… Dr Fisol ni seorang yang suka bahan-bahan ilmiah, sangat academic but at the same time pakar masak memasak.. canggih betul.

Sedapnya kari ketam tu.. menjilat jari..

Hari tu, beberapa hari before saya fly, Dr Fisol jemput kami sekeluarga bersama dengan another friend, Rafeah sekeluarga makan malam kat rumahnya. Kata Dr Fisol, meraikan orang nak sambung belajar... Rafeah buat PhD di UIA dan saya pula akan berangkat ke sini. Baiknya Dr Fisol.. Thank you yer..

He cooked kari ketam, his signature... his special recipe.. sedapnya sampai kami makan bertambah-tambah.. Makan dengan ulam cicah kuah khusus, dengan udang goreng, ayam goreng.. huhh terangkat! Kata Dr Fisol, kaedah memasak kari ketamnya berbeza dengan masakan biasa.. Patutler sedap!

Aisyah sampai balik rumah (lepas makan malam tu) asyik sebut, "Pandainya kawan Umi masak kuah ketam tu yer Umi, tak pedas pun. Aisyah makan banyak sangat tadi...". Saya pulak lupa nak mintak recipenya.. Kalau Dr Fisol kasi recipe tu lagi bestkan , buleh saya belajar buat kat sini..hehe..