Tuesday, February 10, 2009

Jokes..

Ni jokes ni...
(ubat release tension..hehe..)


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Ramai orang kerumun ler sebab mesin tu canggih sangat. Tetiba ada seorang budak pompuan remaja masukkan RM 1.00.. Mesin komputer tu pun menjawab: " Anda berat 47 kg!" Seronok ler remaja tu, sebab berat yang ideal..

Kemudian kawannya pulak letak RM1.00 dan naik atas mesin tu, dan mesin komputer menjawab: " Anda pulak berat 52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang sangat montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer tu pun jawab...

"Janganlah naik ramai-ramai. Naik sorang-sorangler weii…!
__________


ketawa sakan saya baca joke ni...hehe..
tanpa merujuk kepada mana-mana yang hidup atau yang mati yer..