Monday, February 16, 2009

ILIM dan Swimming

Pagi Ahad... ILIM

Setiap Ahad jam 9.30 Aisyah ke kelas Agama di Dallas.. Masa first time saya bagitau Aisyah , saya kata.. 'Aisyah, Aisyah kena pergi kelas agama kat Dallas, jauh tu kat Amerika.. kena naik airplane'..
[Saya ingat cerita DALLAS tu.. favourite saya zaman budak-budak.. pelakon jahat yang hebat tu dalam cerita tu nama dia Jr, sapa dah isteri dia, lupa dah...]

Aisyah percaya.. hehe..

'Ye ker Umi.. macamna Aisyah nak pergi, pukul berapa kena naik flight. Sapa nak teman Aisyah naik flight tu.. taknak ler Umi kalau kena pergi sendiri.. Aisyah takut sesat...'

Sian Aisyah kena kelentong...hehe..

Tapi walaupun Dalass ni bukan kat Amerika, kami tetap sesat..
Walaupun guna Tom Tom (GPS), sesat jugak.. Apa ler GPS ni, tunjukler betol-betol.. Ini asyik kata.. 'After 200 meters, take the round about second exit...' Pastu kata lagi...'After 100 meters, take the round about first exit..' Banyak sangat round about..pening kepala saya..

[Kat sini, ada dua cara untuk bawa kereta. Bagi yang terer baca peta, boleh beli buku map, atau print jalan dari google. Tapi kalau tak pandai geografi, susah baca peta maka kena beli GPS.. Saya masuk kategori kedua..geografi fail]

Kat sekolah ILIM, saya mula mencari kawan-kawan baru..
[Prinsip saya, berkawan ler dengan seramai mungkin orang yang nak berkawan dengan kita.. Kalau orang tak nak berkawan dengan kita, nak buat macamna.. biar je ler..]

Hari ini ada sesi teachers-parents. Lepas sesi tersebut, saya berkenalan dan bersembang dengan orang-orang kuat di sebalik pengendalian kelas Agama tersebut. Hampir 3/4 adalah orang Singapore dan mereka semuanya mempunyai hubungan keluarga.

Saya mula kenal Kak Min, Noriza, Noraini, Kak Sal, Kak Halimah, Suriati, Jun semuanya biras or ipar, adik beradik dan dll. Mereka lah penggerak kepada sekolah agama Muhajirin tersebut, sebijik menggunakan konsep Sekolah Agama Masjid kat Singapore...Mereka semua mencari kehidupan baru di bumi Australia (atau Ostolia dalam bahasan Aisyah) dan memohon PR serta akan berusaha mendapat citizenship selepas ini.. Saya ucapkan tahniah atas kesungguhan mereka , semuanya infaq. Setiap Ahad dari jam 8 pagi hingga 3 petang, mereka menghabiskan masa di Sekolah tersebut untuk memberi ajaran agama kepada anak-anak orang Islam. Dan semuanya FOC. Saya doakan Allah mengurniakan mereka semua pahala yang banyak..

Saya berbincang apa bantuan yang saya boleh bagi untuk sekolah ini. Akhirnya kami sepakat, saya dengan Kak Sal, Kak Min dan Jun sepakat untuk membawa baju-baju Muslimah dari Malaysia bawa ke sini untuk dijual, alternatif kepada wanita Islam dan anak-anak Muslim seperti yang saya dan Aisyah pakai. Baju2 tersebut akan dimasukkan di bawah Satu Projek dan sebahagian hasil keuntungannya akan dimasukkan dalam dana madrasah ini..

Alhamdulillah.. Saya rasa seronok dapat berjumpa mereka dan dapat turut sama memberi tenaga dan masa untuk Allah dan agamanya. Kerja saya sekarang mencari baju-baju Muslimah yang labuh dan sesuai dengan persekitaran kat sini..

Saya juga memberi commitment bahawa bila saya agak selesa nanti (apabila perjalanan research PhD saya berjalan baik nanti..insya Allah..) saya akan tolong mengajar kat sini pula insya Allah dengan izin Allah...

[Itu ler yang ustaz Nushi sebut-sebut minggu lepas... Ustaz Nushi sendiri volunteer mengajar budak-budak kat sini. Nanti saya akan tolong insya ALlah..-Kali ni juga saya sempat berjumpa dengan isteri Ustaz Nushi dan anak-anaknya sekali...]
_______________

Swimming

Petang jam 6, kami naik kereta 4 orang ke swimming pool.. women only swimming kat Reservoir Leisure Centre. Aliya dan Aisyah punya seronok mandi.. Hari ni first time bagi Aliya dan Mamanya.. teruja sakan princess Aisyah dan Aliya mandi manda hari ini..

Swimming ni seolah-olah dah jadi perjumpaan tak formal untuk kami semua. Semalam, kita 8 orang dengan anak-anak berenang...Best sungguh.

Pastu kami ke ke jacuzzi, sauna.. masuk kolam air panas, masuk kolam kanak-kanak, pastu masuk kolam yang dalam... Secara keseluruhan.. Ia sangat best dan sangat puas hati.. Dapat 2 jam guna facilities dengan bayaran AUD4 per person.. ok ler pada saya..

Dah berenang...
'Jom balik.. lapar.....'

p/s Masa berenang sebenarnya kita kena niat kerana Allah, berenang menyihatkan badan dan mengambil ajaran sunnah demi kesejahteraan badan. Dari segi aura, kita boleh absorb aura air kolam atau air sungai atau air laut sebab semunya makhluk Allah.. insya Allah..