Tuesday, February 3, 2009

Kawan

Kawan Baik & Kawan Yang Baik

Apa beza kawan baik dengan kawan yang baik?
Aisyah masih berfikir tentang Naji..
Sian dia...

'Umi, kenapa Naji kena pindah yer?
Aisyah selalu kena macam ni..
Baru nak kawan lepas tu dah berpisah...
Macam kat sekolah ISSA, Aisyah tengah best kawan dengan Khalidah, Ardina, Irdani.. pastu Aisyah kena datang sini..
Macam dengan Sarah.. Aisyah dah lama tak jumpa Sarah..
Sekarang dengan Naji pulak.. Kenapa macam tu Umi..
Kesian dengan Aisyah.'

Inilah Naji.. ibunya orang Thailand dan ayahnya orang Perth

'Kenapa yer.. Nanti Umi pikir kejap..'

'Umi rasa memang macam tu ler bila kita duduk atas dunia ni..
Kita kawan dengan orang, lepas tu orang tu pindah atau kita yang pindah.. jadi kita terpaksa berpisah lah. nak buat macamana ..
Kadang-kadang kita kawan dengan orang ni, Mak dia nak pindah, jadi dia kenalah ikut, macam Naji..
kadang-kadang kita tak nak kawan tapi orang nak kawan dengan kita..
kadang-kadang kita kawan, pastu bergaduh..
Kadang-kadang kita nak kawan tapi orang tak nak kawan dengan kita..
Kita nak buat macamana..
Kita sabar je lah ye Aisyah..'

'Insya Allah kalau kita kawan baik-baik lepas tu berpisah, kawan kita tu akan selalu ingat kita..macam Aisyah dengan Sarah.. Aisyah dengan Khalidah, Irdina, Ardani, Adrina.. Macam Aisyah dengan Naji, nanti Naji pun ingat Aisyah bila dia main scooter kat tempat baru..Semua akan ingat dengan kawan masing-masing..Insya Allah nanti kalau ada rezeki, kita jumpa balik kawan-kawan kita yer..'