Saturday, December 1, 2007

Kenduri Kahwin dan luahan hati Aisyah

Tadi Umi dan Aisyah pergi dua kenduri kahwin. Abah tak dapat ikut sebab Abah kerja hari ni sampai jam 5pm. Terpaksalah kami pergi dua orang saja.





Lepas solat Zuhur, kita orang ke majlis pertama di Seksyen 11. Anak Dr Amin yang kedua kahwin. Ramai orang kat sana tapi aku tak nampak pun kawan-kawan dari department yang sama. Jadi tak dapat lah nak duduk-duduk dengan mereka, akhirnya Umi dan Aisyah duduk dengan makcik-makcik yang ada kat situ..

Lepas makan, Umi cepat-cepat keluar, salam dengan wife Dr Amin, Umi mintak diri nak pergi ke kenduri kahwin yang kedua. Dr Amin sempat tegur, katanya buku yang dia nak terbitkan akan masuk pencetak bulan 12 ni. Dia nak aku baca sekali lagi sebab buku tu aku yang jadi editor, baca ayat-ayatnya dan betulkan susunan ayat serta ejaannya sekali.
Alhamdulillah bila dengar semua urusan bukunya berjalan dengan baik.

Sebelum pergi kenduri kedua, Umi bawak Aisyah ke Kompleks PKNS sebab buku Iqra'nya dah koyak-koyak, Ustaz yang ajar ngaji suruh pakai Iqra' baru, jadi Umi kena ler beli yang baru, sebagai motivasi untuknya belajar Iqra' dengan lebih rajin lagi. Cari-cari Iqra', akhirnya dapatlah beli satu berharga RM12.

Lepas dapat Iqra' Umi kata , 'Sekarang kita pergi kenduri kawan Umi yang kedua pulak yer.."

Aisyah jawab, 'Aisyah rasa gembira sebab dah dapat Iqra' baru, Umi suruh pergi mana pun tak per, Aisyah ikut jer.. "
Senang betul kena beli...hehe..

Kak Shah kahwinkan 3 anak perempuannya sekali gus tadi. power betul.. Masa nak ambik makanan, ramai kawan-kawan yang aku kenal datang majlis tersebut, jadi ada ler kawan untuk sembang. Kebetulan kakak yang makan sekali tadi tengah cuti belajar PhD, dia tanya pasal interview hari tu dan dia bagi banyak nasihat berguna yang sangat perlu diambil berat masa nak buat research nanti. Thank you atas nasihat berguna tersebut..

Aisyah makan banyak betul tadi, habis satu pinggan nasi beriani dengan ayam merah.. Aisyah kata sedap sangat..

Sambil menuju ke kereta, Aisyah bertanya soalan yang advance lagi..

"Umi.. Umi rasa pengantin tadi tu umur berapa?"

"Tak tahu la Umi.. agaknya 23 tahun kot..Kenapa?"

"Umi.. Umi masa kawin dengan Abah, Umi dengan Abah umur berapa?"

"Masa Umi kawin dulu, Umi umur 25 tahun.. Abah masa tu 26 tahun..Kenapa tanya?"

Dia meluahkan apa yang tersimpan rupanya...

" Aisyah rasa Aisyah pun nak kawin umur 25 tahun jugak la Umi.."

Hehehe... Aku rasa nak tergelak sakan.. tapi Aisyah ni kalau dia tengah cakap serius, pantangnya kalau kita ketawa..terus hilang mood dia dan merajuk tak nak cerita apa-apa lagi..
Jadi Umi perlu memberi dan menjawab soalannya dengan serius jugak..

Umi dengan coolnya bertanya,

"Insya Allah, nanti Aisyah umur 25 tahun, Aisyah dapat kawin, tapi Aisyah nak kawin dengan sapa ye?"

"Tak tahu lagi la Umi.. dengan sapa yer? Tak confirm lagi..."

Bila dia sebut tak confirm tu yang aku takleh tahan.. hehehe.. Tapi jangan ketawa depan dia..bahaya!

"Aisyah rasa Aisyah nak kawin dengan sapa?" Umi tanya lagi..

"Aisyah tak tahu la Umi... Aisyah nak kawin dengan orang laki yang macam Abah. Umi tahu tak sapa-sapa macam Abah.."

hehehe.. anak anak.. nak pecah perut mendengar pendapatnya..

"Kenapa Aisyah nak kawin dengan orang macam Abah?"

"Ye lah.. sebab Abah tu orang baik. Aisyah mestilah nak kawin dengan orang macam Abah. Pergi masjid, sembahyang, baca quran, tak dengar lagu tak soleh..Lagi satu tau Umi, Aisyah kan tak suka betol orang hisap rokok. Alhamdulillah Abah tak hisap rokok.. Sebab tu Aisyah nak kawin dengan orang macam Abah."

Panjangnya jawapan dia.. Betol ke ini jawapan budak 6 tahun.. Aku sendiri pun tak percaya dengan pendengaranku..

"Ooo cam tu yer.. Umi tahu dah sekarang..Tapi kan Aisyah belum umur 25 lagi, Aisyah doalah dengan Allah supaya bila umur 25 tahun, Aisyah dapat kawin dengan orang yang Aisyah bagitau Umi tu yer.."

"Umi pun kena doa sekali yer.."

"Ye, Umi selalu doakan anak Umi.."

Luahan hati Aisyah ni bila aku cerita kat Abah, Abah ketawa sakan..
Response Abah, 'Ke depan betol anak abah ni..macam budak umur 10 tahun cakap.."

Aisyah.. Aisyah... penyejuk hati penyeri
jiwa Umi dan Abah..