Monday, December 10, 2007

Perjalanan Hidup Aisyah dan Hotel Mega View- Kuantan




Perjalanan Hidup Aisyah Dalam Dua Hari....







Aisyah di dua tempat berbeza..Satu-Aisyah sedang beradu bersama 'babynya' di Hotel Mega View, Kuantan.. Dua-Aisyah tengah teruja bermain layang-layang di Kemaman.


Hari ini Ahad 9 Dis, jam 10.30pm, Umi, Abah dan Aisyah baru sampai ke rumah dari Kuantan. Bertolak dari Kuantan jam 4.30 pm tadi. Sebenarnya sampai KL awal, tapi sebab Aisyah lapar sangat, Abah ke Giant LDP dan makan di Pizza Hut. Lepas tu solat jama' ta'khir maghrib dan Isya' dulu sebelum sampai rumah. Selesai semua urusan, barulah kita semua balik ke Shah Alam. Sebenarnya dari Kuantan ke Shah Alam tak lah lama sangat, dalam 3 jam lebih siket boleh sampai.

Lepas bersihkan badan dan selesaikan Aisyah untuk tidur, barulah aku boleh duduk bukak notebook, tengok emel dan tambah apa-apa entry yang patut untuk blogku ini.
______






Pagi Sabtu 6hb Dis- Opis Abah

Hari Sabtu, jam 10 pagi, Umi dan Aisyah ikut Abah ke opisnya dulu di Batu Cave sebab Abah perlu bagi talk every Saturday untuk bakal Usahawan Iwani di bilik mesyuaratnya. Sementara tunggu Abah tengah menyampaikan speach, aku bersembang dengan Abang Uji, my brother in law yang baru balik dari Bengkel Usahawan Frozen Food Iwani di Penang.

Dalam sembang-sembang, Abang Uji kata,
"Nak tak kita pegi berjalan-jalan dua family ke Trengganu naik firefly?
Boleh bawak Mak dan Abah sekali.."

Abang Uji tanya Abah, Abah pula bagi respon,
"Tanya Maam, dia nak pegi bila dan ke mana, biar dia decide.."
Woww.. bagusnya Abah, bagi aku decide..

Akhirnya sepakat ler kami nak pergi awal Januari tahun depan. Abang Uji terus beli tiket firefly untuk 9 orang dan tugas aku cari hotel untuk duduk di Kuala Trengganu pulak nanti..

Sementara tunggu Abang Uji selesai guna komputer untuk beli tiket online, Aisyah merengek-rengek tak senang duduk..

"Kenapa ni Aisyah?" tanya Umi sebab pelik tengok mukanya yang monyok, takde mood dan sekejap baring atas carpet, sekejap duduk atas sofa..

"Umi... Aisyah tak tahu la.. Aisyah bosan la Umi.. tunggu tak buat apa-apa kerja.. bosan sangat...." ngadu Aisyah dengan muka seposen..

"Ambik la surat khabar baca, ataupun baring tidur atas sofa, kita kena tunggu Papa Uji habis guna komputer, baru kita boleh pakai komputernya.." terang Umi sambil berbisik pada Aisyah..

"Aisyah rasa bosan la Umi.. baca surat khabar tak best..kenapa laa Aisyah tak bawa buku Aisyah untuk baca, buku colour pun tak bawa.. bosannya.. Aisyah nak main komputer boleh tak Umi.."

"Tak boleh, tunggu Papa Uji sudah guna dulu.. Sekarang Aisyah dah dapat satu ilmu baru tau. Lain kali nak pergi mana-mana jangan tinggal bawa buku sebab kalau kena tunggu apa-apa, baca buku saja yang buat kita tak bosan...Aisyah ingat ye.. Lain kali kena sendiri ingat, bawa buku sendiri.. Aisyah paham ye.."

Semoga Aisyah belajar bahawa buku adalah penyelamat keboringan, Umi akan bawa buku ke mana-mana terutama masa menunggu turn di klinik, di hospital, tunggu Abah dalam kereta atau tunggu sapa-sapa..

Sebab menunggu tanpa berbuat apa-apa, adalah satu penyiksaan..!

________________

Petang Sabtu 6hb Dis-Bertolak ke Kuantan

Lepas Abah selesai bagi talk, kita semua lunch dulu, maka barulah perjalanan ke Kuantan bermula jam 3 petang melalui highway baru ke Kuantan. Abah tak ke Kuantan tapi naik terus ke Kemamam sebab dia ada dua plan nak surprise Aisyah dan Umi.

Rupanya Abah terus ke Kemamam dan menuju ke tempat orang makan otak-otak dan sata.. Bestnya makan sata dan otak-otak yang fresh, sangat berbeza dengan otak-otak dan sata yang dijual di KL atau di tempat lain.

Sebelum makan sata dan otak-otak, Abah rupanya berhenti kereta tepi pantai dekat kawasan orang jual otak-otak dan sata. Lepas parking, dia keluarkan layang-layang dan surprise ini telah menyebabkan Aisyah melompat-lompat kegembiraan...

"Oooo kita nak main layang-layang kat sini ye Bah.. bestnya Bah.. angin kuat ler Bah.. bestnyer.. Aisyah suka ler Bah... bla bla bla...." Aisyah teruja.

Abah bubuh lidi di layang-layang dan suruh Aisyah pegang benangnya untuk Abah lepaskan layang-layang naik ke awan biru.. Angin kuat betul sebab memang sekarang negeri Kelantan dan Trengganu tengah musim hujan, tapi Alhamdulillah masa kita sampai tak hujan cuma angin saja yang kuat.

Apa lagi, layang-layang Aisyah naik tinggi ke awan biru.. tinggi dan tinggi sampai habis benangnya.. Dan Aisyah ketawa, menjerit menzahirkan kegembiraannya yang sangat hebat.. Dan Abah terus melayan Aisyah main layang-layang..

Umi pula duduk tepi batu, melihat ke laut,ombaknya sangat kuat memukul batu-batu yang dijadikan benteng elak banjir. Ramai orang termasuk keluarga datang ke sana membawa anak-anak merasai angin yang kuat menderu..






happynya anak Abah ni...
Aisyah dan layang-layangnya yang naik tinggi ke awan biru... Aisyah menjerit.. 'Wauuuuuuu....'





Sepanjang pantai yang diletak batu-batu besar.. air pun agak kuat ombaknya berdesir ke batu-batu yang ada...


Alhamdulillah.. Umi membaca surah ali_Imran mengenai kejadian langit dan bumi sebagai tanda kebesaran Allah.. Cantiknya kejadianmu Wahai Allah... tidak ada yang sia-sia dan tidak ada siapa boleh buat seperti yang Engkau cipta. Maha Suci Engkau, ampunkanlah semua dosa-dosa kami... Amin..

Umi hanya jadi penonton tengok Abah dan Aisyah main layang-layang..
Wahhh happynya dua orang ni..


Umi ambik gambar jer, gambar Aisyah, gambar layang-layang Aisyah, gambar Aisyah dan Abah berlari-lari bila layang-layang jatuh..
Cantiknya suasana tersebut...


Abah tengah tolong wau Aisyah yang jatuh...




Azan maghrib bergema, permainan layang-layang tamat dan kami ke masjid besar di Kemaman. Lepas solat jama' maghrib dan Isya', kita semua ke restoran yang menjual sata dan otak-otak..

Uhhhh takleh lawan betol ler.. Sata di sini sangat lazat. Otak-otaknya penuh dengan ikan dan rempah kelapa, bukan campur dengan tepung gandum macam dijual di sini.

Lepas makan, baru bertolak ke Kuantan....
Sebenarnya di Kuantan, Jabatan Perpaduan Negara sedang menjalankan satu kursus 4 hari untuk kaum wanita di bawah Program Jiran Wanita. Penganjur telah memberi satu slot kepada Abah untuk membentangkan mengenai Halal Frozen Food Iwani dan peluang menjalankan business tersebut kepada wanita-wanita yang berminat. Bilik untuk Abah juga telah disiapkan.

Kami sampai jam 12 malam ke Hotel Mega View, sebuah hotel bertaraf 3 bintang betul-betul bersebelahan dengan Sungai Besar Kuantan. Kami dapat bilik 811, di tingkat 8. Pemandangannya cantik tetapi ruginya tak ada kolam dan tak ada bath tub, jadi tak dapatler Darling Umi berenang-renang..

Siannya Aisyah tapi takper... lain kali berenang lagi ye..

Letihnyer.... lepas angkat barang, bersih badan...kita orang terus tidur.....zzzzz..

Esok Abah kena bagi talk jam 10 pagi...

_______________

Ahad - Abah bagi Talk
Umi dan abah breakfasat di Hotel Mega View. Makanannya sedap jugak..


Setakat ini masa Abah bagi talk, Umi dan Aisyah tak pernah dengar betul-betul.. Tapi rasanya dia pandai buat joke dalam talknye berbanding Umi.

Penganjur maklumkan ada perubahan masa, talk abah akan bermula jam 11.30-1 petang. Masa dah tiba, Umi dan Aisyah duduk di belakang sekali dalam Dewan yang disi oleh hampir 200 orang wanita dari 4 negeri iaitu Selangor, Kelantan, Trengganu dan Pahang. Ramainye orang...

Lepas MC introduce Abah, maka Abah telah memulakan talknya dengan pujian pada Allah, bagi salam dan bercerita mengenai Iwani Frozen Food. Sekejap-sekejap Abah buat joke sehingga Makcik-makcik yang ada asyik ketawa jer.. hehehe..

Dan anak Abah apatah lagi.. sambil memegang camera, dia ke depan, ke kanan, ke kiri, ke belakang, tepi sisi sini, tepi sisi sana, bergerak ke sana sini mengambil gambar Abah. Banyak betul dia ambil..

Lepas tu Aisyah duduk tepi Umi dan kata, "Pandaikan Abah bagi ceramah. Aisyah suka dengar Abah cite pasal Iwani.. ye lah sebab Iwani tu kan halal..."

Hehe.. Umi mengiya saja..

Tetiba Abah pergi sebut pasal Umi, Dia kata, 'Puan-puan boleh jual Iwani ni walaupun tak de kedai. Macam isteri saya, dia bubuh dalam kereta satu kotak icebox tu, lepas tu jual kat fakulti, kat kawan-kawannya lepas kuliah..Habis.."
Dan semua Makcik-makcik yang muda dan tua tu ketawa sambil pusing belakang tengok Umi..

Umi tersentak.."isyyy...awatnya sebut pasal Umi ni.. malunyer...."

Aisyah pulak pegi cakap kat Makcik-makcik tu, "Yang bagi ceramah tu ayah saya, yang duduk atas kerusi belakang sekali tu Mak saya.. Tadi tu yang ayah saya sebut jual Iwani kat tempat kerja tu mak saya ler.."

adoiii malunyer Umi...

Bila Aisyah datang, Umi kata, "Apasal ler Abah cite pasal Umi, malu ler Umi.. Aisyah pulak jangan la pegi bagitau makcik-makcik tu..segan la Umi.."

My darling Aisyah menjawab dengan penuh semangat mempertahankan Abahnya,
"Tak de lah nak segan. Memang Umi jual Iwani kannnn...Iwani tu kan Abah punya, kita kena la jual..."

anak.. anak.. hehehe..

Habis ceramah, berlaku satu perkara yang sangat tidak tersangka sama sekali...

Apa yang berlaku tu ???....

Lepas ceramah, Umi dan Abah bersembang dengan Ketua Penganjur, En Wan Darul, sembang-sembang dan akhirnya Umi memperkenalkan diri dan tulis kat kertas nombor telefon. Dan Umi mencadangkan kerjasama untuk masa-masa akan datang.


Kata Umi, "En Wan, you can gather so many women which is for me, very grate. Bagus sangat kalau kita dapat bekerjasama, we want to educate our women to know the law, their rights and what happen in court if they want to bring forward their case. En Wan, nanti kalau ada peluang, kita boleh buat kerjasama dengan PGSM..."

Tetiba En Wan ni cakap, "Ehhh.. kita ada masalah siket ni, speaker kol 2 pm tak dapat datang. Saya sangat setuju dengan cadangan tadi. Lain kali I will masukkan slot undang-undang dan hak wanita dalam program kaum wanita yang I anjur. But today, why not you start first. Saya sangat alu-alukan if you can deliver lepas ni, ganti speaker yang tak dapat hadir.. 30 minit pun tak apa..."

Akhirnya Umi menjadi bidan terjun, memberi ceramah bertajuk 'Wanita dan Keluarga-Memahami Hak di sisi Undang-undang'. En Wan Darul telah memperkenalkan Umi sebagai Pensyarah Kanan, Exco PGSM dan terlibat dalam banyak projek ke arah memperkasakan wanita di sisi undang-undang.

Alhamdulillah, nasib baik Umi bawak pendrive dalam handbag, dalam masa 30 minit sebelum talk, Umi membetul dan menyusun power point yang ada untuk memenuhi tajuk tersebut. Umi deliver selama 1 jam dan banyak membuat perbincangan dua hala..Ramai sangat yang saling menjawab dan bertanya soalan..

Nampaknya semua macam happy jer dengar Umi bagi talk.. hehehe...(perasaan!)

Nampak semangat kan Umi bagi talk... hehe..


Sepanjang Umi bagi talk, Abah dan Aisyah duduk di belakang Dewan dan Aisyah menjadi camera girl untuk kali kedua. Ambik gambar Umi dari semua sudut..

Alhamdulillah, bila Umi turun dari atas pentas, En Wan tepuk tangan dan kata,
"Bagusnya, very good, thank you puan hidayah sebab sanggup bagi talk dalam keadaan cam ni.."

"Tak per... dia orang dapat sikit ilmu, itu dah menggembirakan saya.."

Bila nak balik, En Wan bagi satu envelope untuk Abah, dalam tu ada cek bayaran ceramah untuk Abah mewakili Iwani, rupanya dia letakkan sekali untuk Umi..
Aku tak jangka pun, sebab dalam keadaan tak ada pun ceramah tersebut dalam agenda..

Dan kami balik selepas minum petang dan terus menuju ke Kuala Lumpur.





Masa nak balik KL, angin kuat di sepanjang Sungan Kuantan dan hari mula hujan..




Alhamdulillah.. Saling memberi dan berkongsi ilmu adalah matlamat hidup kita. Semoga mendapat ganjaran dari Allah...Syukur padamu Ilahi atas kehidupan yang indah ini..