Sunday, December 30, 2007

27 Dis 07

Pagi tersebut aku tak ke Putrajaya semasa penghakiman Saravanan walaupun plan asal aku nak ke sana untuk mendengar Hakim baca keputusan. Sebab pagi tersebut juga ada Seminar Akidah Penjelasan Wahabi di Shah Alam. Aku pegi dengan 8 yang lain wakil JIM. Rsanya adalah dalam 100 orang hadir dan semuanya wanita dari NGO, Muballighat, USJ, Wanita dll..

Keseluruhan ceramah sangat informative especially Penceramah Pertama. Secara sejarah dan pemikiran umum Wahabi, aku memang tahu tapi in detail tentang nama kitab2 tulisan Wahabi aku tidak berapa tahu.. Terima kasih pada Ustaz atas ceramahnya..

Memang kita tak terima Wahabi tetapi aku pelik banyak kali juga dia stress ada pengikut Wahabi di kalangan IPT, pensyarah, pelajar.. Lepas tu Prostaz dikatakan tidak benar, menghina tertib keilmuan kerana 'Do it yourself Islam' Jadi pandai Islam sedangkan tak ikut sistem pengajian agama seperti Syariah dan lain, belajar profesion dunia tapi bercakap tentang agama dan terpengaruh dengan Wahabi...Dia guna istilah 'Cowboyism'. merujuk kepada tak beradab, senang bergaduh dan naik angin, tidak mempunyai keilmuan tersusun. Apatah lagi terpengaruh dengan Syed Qutb dan membawa kaedah pengajaran Akidah Tauhi wa Sifat dll.. Aku musykil ditujukan kepada siapa dakwaan sebegitu.. Dan secara tulus, aku tidak setuju dengan istilah Cowboyism..

Tapi aku jadi lagi pelik dengan pendekatan Penceramah kedua, sebab menghentam dengan kata 'Saya ada bukti orang-orang ini wahabi, dan disebut nama-nama Penceramah agama termasuklah Pensyarah IPT. Sekolah ini dan ini adalah agen wahabi, mengajar wahabi..peristiwa 11 Sep pun orang wahabi buat, pembunuhan mufti chechnya pun org wahabi buat..majalah ini bawa idea wahabi.. '

Aku jadi sangat musykil, kenapa pendekatan begini digunakan dan sejauh mana dia boleh tuduh pensyarah ini Wahabi, sekolah ini Wahabi.. bahkan dalam rencana TV kata PWTC US diserang oleh Yahudi, tiba2 dia kata orang Wahabi...

Aku memang dari dulu tolak Wahabi tapi gaya penceramah ini macam tuduh golongan profesional adalah Wahabi sangat menakutkan aku....