Thursday, December 20, 2007

Hari Raya Korban 1428H

Selamat Hari Raya Adil Adha 10 Zulhijjah bersamaan 20 Disember 2007

Esok adalah hari raya haji. Hari raya haji ni kadang-kadang tidak begitu nampak diraikan sepertimana rakyat Malaysia meraikan hari raya idil fitri. Mungkin kerana hari raya idil fitri melibatkan semua orang yang berpuasa, jadi semua orang tertunggu-tunggu hari raya meraikan kejayaan berpuasa, kanak-kanak menunggu-nunggu nak pakai baju baru, ibu bapa berusaha membeli atau membuat kuih raya kerana ada tetamu dan kawan nak ziarah. Pasaraya juga berebut-rebut membuat tawaran potongan harga, iklan-iklan di surat khabar menyentuh hari raya puasa dan harga runtuh di sini, di sana dan di mana-mana...
Agaknya inilah yang mempengaruhi kita semua sehingga hari raya puasa menjadi sangat dirasai dan ditunggu-tunggu..

Keadaannya jauh berbeza dengan hari raya haji. Perbezaannya seperti langit dan bumi.. Tiada orang bersembang tentang persediaan hari raya, pasaraya tidak ada membuat tawaran harga runtuh kerana hari raya haji, (yang ada kerana hari krismas). Tiada orang menunggu-nunggu bagi meraikan apa-apa..
Jadilah hari raya ini hambar dan lesu...
Hanya kerana hari raya haji adalah cuti umum, maka adalah rasa bercuti...

Kecuali bagi mereka yang menunaikan haji di Mekah, mereka merasainya dengan penuh kebesaran kerana berjaya menunaikan keseluruhan rukun dan wajib haji.
Seolah-olah hari raya ini kepunyaan mereka sahaja...

Kita perlu berbuat sesuatu untuk menghidupkan hari raya haji ini.. tapi apa yer yang perlu dibuat...

Tahun lalu Umi dan Abah ke Acheh semasa hari raya haji membawa bersama duit hasil korban mereka yang prihatin untuk dilaksanakan di negeri tsunami tersebut. Seronoknya perasaan dan pengalaman tersebut. Tahun ini, Umi hanya ambil satu bahagian sahaja, itupun melalui Ayah yang berurusan dengan Ustaz Naser, penceramah di masjid ayah. Ustaz Naser adalah orang Patani dan setiap tahun akan berusaha membawa duit korban rakyat Malaysia untuk orang kampungnya di Patani. Alhamdulillah ada juga bahagian kami tahun ini. Semoga Allah menerima ibadah korban ini dan mengurniakan pahala dan pengampunan dosa kepada Umi dan seluruh ahli keluarga.

Sebelum berakhir bulan Zulhijjah ni, semalam 18 Dis, Umi dah pergi ke Lembaga Zakat untuk membayar zakat pendapatan Umi dan Abah. Sepatutnya plan nak sempurnakan zakat pendapatan semasa bulan Ramadhan di samping mengejar pahala bulan besar Islam seperti tahun-tahun sebelum ini. Tapi entahlah macamana buleh terlepas Ramadhan.. Akhirnya zakat pendapatan dibayar dalam bulan Zulhijjah..

Apapun Alhamdulillah..semoaga ALlah memurnikan pendapatan kami dan memberkati serta menyuburkannya lagi.. Amin..


Sekarang jam 2 pagi hari raya, masih dikira malam..
Doa Umi di malam hari raya haji ini,


'Wahai Allah, terimalah seluruh ibadah yang kami lakukan.. Berikanlah keberkatan kepada setiap usaha kami, semoga semua yang kami laksanakan adalah baik di sisi Mu. Berilah kami kehidupan yang bahagia, diberkati penuh barakah dan ketenangan di dunia dan berilah kami bersama dalam bahagia di bawah naunganMu di akhirat kelak..'