Sunday, December 23, 2007

Hari Raya 1428H

Sebenarnya tahun ini, kami tak balik ke KB untuk raya haji atas beberapa faktor..

Antaranya adalah abah tak dapat cuti, hanya hari khamis 20 Dis untuk raya sahaja dan dia kena kerja hari jumaat 21 Dis. Dan juga kerana terdapat beberapa perkara penting yang perlu disiapkan dalam tempoh ini iaitu manual paper yang aku ajar, perlu disiapkan sebelum pelajar mula mendaftar diri. Alangkah rumit dan banyaknya kerja yang perlu dibereskan dalam masa yang suntuk ini...

Sebab lain juga adalah banjir yang begitu hebat menimpa hampir keseluruhan jalan menuju ke negeriku dan juga hampir sebahagian besar negeriku.


Risau dan takut melihat begitu banyak kampung terlibat, jalan raya runtuh dan sungai di Kuala Krai, Kota Bharu dilimpahi air bah..
Takutnyer...


Semoga Allah memberi kesabaran kepada mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Sebenarnya yang paling aku takut adalah jalan nak balik ke sana dan jalan nak balik ke sini... Mesti jam teruk dan banyak kereta tersekat dan perjalanan tergendala. Silap-silap lepas raya nanti, dari KB nak sampai KL mungkin jadi 15-20 jam berbanding biasa dalam 8-9 jam sahaja.

Tapi aku dah telefon Ma dan Ayah inform tak dapat balik, mudah-mudahan awal tahun depan, masa cuti mid term aku akan try cari jalan balik sekejap, untuk menziarahi dan melihat ma dan ayah...
Anak cucu balik adalah kegembiraan untuk orang tu..dan membuat mereka gembira adalah sebahagian dari ibadah...

Malam raya, kami masih di Shah Alam. Pagi esoknya kami sekeluarga menuju ke masjid negeri untuk mengerjakan solat sunat hari raya bersama-sama jemaah dari Shah Alam. Sebelum ini aku tak pernah solat hari raya di Shah Alam, sama ada solat sunat idil fitri atau idil adha. Sebelum ini kami akan solat di kampung sama ada kampungku atau kampung abah.

Selepas solat, barulah kami sekeluarga bergerak ke kampung abah di Bangi Lama ... hehe.. macam jauh!

_____________________

Bernama melaporkan mengenai banjir di Kelantan

KOTA BAHARU, Dec 20 (Bernama) -- The situation in flood-hit Kelantan remained unchanged this morning with more than 2,000 evacuees still taking shelter in the relief centres and relatives' homes. A Kelantan police flood operations room spokesman said the majority of the evacuees were from several villages in Pasir Mas where the Sungai Golok level in Rantau Panjang was still above the danger point. The situation in places like Machang and Jeli was improving with all the evacuees having returned home, he told Bernama.

As at 9am, 2,879 evacuees -- 2,667 in Pasir Mas and the rest in Tanah Merah -- were still at the relief centres and relatives' homes.The spokesman said the Sungai Golok level had dropped slightly to 10.21m but still exceeded the danger level of 9m although the levels of the other main rivers in the state were receding due to the fine weather yesterday.He said Rantau Panjang town was only passable to heavy vehicles.

In TERENGGANU, the situation had improved vastly with only 44 of the evacuees still in the relief centres -- 28 in Besut and 16 in Kemaman -- compared with 333 last night.Terengganu police flood operations room staff officer DSP Setapa Yusoff said the situation in Setiu district had returned to normal and the last batch of 89 evacuees was allowed to return home last night.
He said the main road from Kuala Terengganu to Kota Baharu from km31 to km33 in Kampung Belara was still under 1m of water and was closed to all traffic.

The road at the Setiu-Hulu Terengganu border was also not passable to traffic because of a cave-in yesterday.Motorists heading for Kota Baharu were advised to take the Gong Badak-Merang-Bukit Putera-Setiu coastal road.The coastal road from Penarik to Permaisuri was open to all traffic this morning after the waters in Kampung Nyatoh had receded, he said, adding that all the major rivers in the state were now below the danger level.
__________________


Utusan melaporkan

Jalan Gua Musang-Jeli pula ditutup

GUA MUSANG 22 Dis. - Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan berikutan tanah runtuh di Kilometer 45 dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, dekat sini, pagi ini. Ia sekali gus menyebabkan hubungan jalan raya antara Kota Bharu dan Gua Musang terputus sama sekali.


Jalan berkenaan merupakan laluan alternatif sejak seminggu lalu bagi perjalanan ke Kota Bharu dan Gua Musang selepas jalan utama iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang ditutup juga akibat tanah runtuh yang berlaku di Kilometer 65.Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi ini, tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Termizi Abd. Haq berkata, buat masa ini belum dapat dipastikan bila laluan itu dapat dibuka semula memandangkan keadaan tanah runtuh itu agak serius.


Katanya, kejadian itu juga merupakan yang kedua berlaku di jalan alternatif itu dengan yang pertama di Kilometer M 36 dekat Kampung Kuala Lah menjelang Aidiladha lalu yang masih dibuka selorong.

"Tetapi kejadian pagi ini membuatkan kedua-dua lorong terpaksa ditutup. Alternatif sekarang dari Gua Musang ke Kota Bharu dan sebaliknya ialah melalui Lojing dan ke Ipoh sebelum memasuki Jalan Raya Timur Barat atau melalui Pahang dan Terengganu," katanya.


Sementara itu, Ahmad Termizi meminta kerjasama orang ramai supaya mematuhi arahan penutupan jalan bagi mengelakkan mereka menghadapi masalah selain merugikan masa perjalanan apabila terpaksa berpatah balik.

Beliau berkata, selain itu, pengangkutan kereta api adalah pilihan terbaik untuk ke Kota Bharu atau sebaliknya. "Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang sekiranya ingin mendapat perkembangan terkini sebelum mereka memulakan perjalanan.
"Mengenai Jalan Gua Musang-Kuala Krai yang runtuh sejak lebih seminggu lalu juga masih belum dibuka kepada orang ramai dan kerja-kerja membina jalan lencongan masih dijalankan," katanya. - Utusan