Wednesday, December 5, 2007

Gambar Aisyah lagi...

Aisyah sibuk dok sibuk pasal gambarnya beberapa hari ni..Dia suka tanya pelbagai soalan masa dia kecik.. antara yang paling favourite adalah;


"Umi.. masa Aisyah kecik, Aisyah cantik tak??" tanya Aisyah dengan semangatnya..


"Cantiklah.. macam sekarang, sekarang cantik, dulu pun cantik.. nanti dah besar lagi la cantik..." jawab Umi..



"Ada tak gambar Aisyah masa kecik-kecik? Boleh kita masukkan dalam blog kita yer Umi.. Orang tak marahkan?"



"Nanti Umi masukkan banyak gambar Aisyah.. gambar Aisyah dengan Sarah, Shasha, Wani, Abang Firdaus, Abang Fahmi, Kakak Tasnim, adik Umairah dan ramai lagi.. Bila Umi ada masa, Umi masukkan.. Orang tak marah, sebab Aisyah kan macam Nabila, ramai orang nak kenal Aisyah.. sebab tu orang tak marah kalau kita letak gambar Aisyah banyak-banyak.."

"Ye ker Umi, ada orang nak tahu sapa Aisyah..?" terkejut campur teruja darling Umi ni..hehe..

"Mestilah ramai orang nak tahu.. Nabila pun nak tahu sapa Aisyah.. nanti kita letak gambar Aisyah yer.."

"Letak banyak-banyak yer Umi..."

Inilah gambar Aisyah....Gambar yang atas tu Aisyah dah pandai berenang....


Sebelah ni Aisyah dengan Abah tengah merenung masa depan.. hehe..








Ini pulak masa Aisyah nak bagi ceramah bertajuk Anak Soleh.. masa umur berapa yer.. ooo umur 4 tahun..












Di bawah ni pulak Aisyah, Sarah dan Shasha tetiba ambik bedak le, pakai gincu.. Umi tak tahu mana dia jumpa gincu tu..macam orang besar.. hehe....












Ini Aisyah posing di LCCT, masa nak balik kampong baru ni tengok Tok Ma, Aisyah dengan Umi naik Air Asia..







Ini Aisyah dengan Adik Absya kat rumah Tok Ma















Ini gambar masa Aisyah umur 3 tahun lebih, masa kat KLIA hantar Abang Firdaus, Abang Fahmi, Kakak Tasnim ,Umi serta Abahnya ke UK dulu...
Kan cantik Aisyah tu....