Tuesday, December 4, 2007

Renaissance Hotel Kuala Lumpur 3 Dis 07

Jalan ke KL


Aku ni memang lemah bab jalan raya.. Rasanya macam lemah yang irrepairable dah pasal tak reti tengok peta dan tak hapal jalan-jalan. Tadi ada Seminar On Best Practices on 30% Women at Decision Making Levels anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama United Nation Development Programme. Aku jadi wakil Persatuan Peguam (PGSM).

Ini kali kedua mesyuarat berkaitan dibuat, bulan Oktober hari tu di Sunway Hotel. Yang Sunway tu aku memang tak ada masalah sebab dekat dengan Shah Alam, tapi yang Renaissance KL ni memang masalah besar buatku...

Program bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang. Sudahlah dalam bandaraya metropolitan Kuala Lumpur yang jalan sentiasa jam, mula awal pulak tu...isyyy..

Malam tadi, berlaku satu drama pasal jalan-jalan raya ni...

"Abah... boleh tak lukis jalan nak pegi Renaissance KL?"

"Ada apa kat sana?"

"Ada sambung mesyuarat dengan Kementerian Wanita esok. Kol 9 pagi nak mula dah..."

"Hari tu kan Abah dah lukis..Dah lalu ke KLCC, tak ingat lagi ker?.. "

"Dah hilang la Bah lukisan tu.."

Ini sebenarnya kali kedua aku suruh Abah lukis peta nak masuk KL. Hari tu baru jer dia lukis jalan ke KLCC sebab aku kena jadi Resource Person dalam perbincangan "Women and Judiciary' dalam Seminar Muslim Women in the Midth of Change kat KLCC..

Kali ni mintak lagi.. Cari naas jer ler aku ni...

"Tu la Umi.. kalau Abah bawa kereta ke KL, bukan nak hapal jalan, asyik tidur je dalam kereta.. tiap kali ada kerja kat KL, nak peta.. nak peta.."

Kan aku dah agak.. mesti kena marah... hehe..

"Alaa Bah, lupa la Bah..Jangan ler marah, nanti kena jual.." hehe..

Aku terus memanggil penyelamat bangsaku...

"Aisyah.. Aisyah.. Umi sedih ler sebab tak ada orang nak lukis peta gi KL esok.. Aisyah tolong yer.."

My darling Aisyah memang tau-tau jer peranannya..

"Abah.. Abah jangan la marah Umi.. Umi tu bukannya sengaja tak ingat jalan. Umi tu kan orang pompuan, mana boleh marah dia..Kalau kita tak sengaja, kita tak salahlaa Bah.. Macam Aisyah tak sengaja tak sembahyang, Allah tak marah sebab Aisyah tak sengaja... Kalau sengaja tak sembahyang barulah salah Bah.. Abah janganlah garang.. Abah lukis lah peta untuk Umi yer Bah..."

Dalam hati aku, 'pandai nye Aisyah ni berurus niaga dengan Abah..' hehe...

Aisyah berjaya mencairkan Abah... Akhirnya Abah ketawa dan kata,
"Aisyah ni.. asyik-asyik jadi lawyer Umi jer... Ambik ler kertas Abah lukis."

Mision accomplished.. hehe..

Dan Abah lukis dengan detail sekali. Lepas lukis, dia terangkan satu-satu. Lepas terangkan, suruh aku pulak explain semula macamana nak sampai ke hotel tu dari NKVE highway, ke jalan Duta, round about dekat IKIM tu, masuk round about kol 3, jalan terus, masuk kiri lepas PWTC, pergi terus, jumpa trafic light 1, lepas tu trafic light 2, lepas tu trafic light 3, nampak hotel Renaissance, masuk kiri dan cari parking..

Mudahnyer.. hehe...

Berpandukan peta tu, aku sampai lah tepat jam 9.15 pagi..

_______________________________________________________


Isi Seminar

Dalam seminar tu ada satu pembentang dari Indonesia, Dra Alia al-Hasna MH. Dia seorang Hakim Mahkamah Syariah di Indonesia. Dia bentang tajuk "Gender in the Perspective of Religious Court/Mahkamah Syariah of Republic of Indonesia'.

Isi pembentangannya sangat menarik sebab dijelaskan di Indonesia, hakim wanita telah lama dilantik di Mahkamah Syariah. Jumlah kesemua Hakim Wanita sepanjang 2007 di Syariah Court adalah 283 orang dan Hakim Lelaki adalah 2119. Jumlah kesemua Hakim adalah 2601 orang di seluruh Indonesia. Walaupun belum capai 30% tetapi bilangan wanita dilantik sebagai hakim adalah tinggi dan memuaskan.

Berbanding dengan Malaysia, sehingga sekarang belum ada seorang pun hakim wanita dilantik untuk menjawat jawatan Hakim di Mahkamah Syariah.. Kita perlu belajar dari Indonesia untuk bersikap terbuka dalam apa-apa perkara yang bersesuaian dan bersifat ijtihaddiy..

Discussant untuk pembentangan beliau adalah Dekan Law UIA, Datok Prof Zaleha Kamaruddin. Walaupun dia dah dapat bermacam pangkat, aku dan kawan-kawan yang pernah jadi anak muridnya masa di UIA masih panggil dia Kak Lie... Gelaran yang cukup unik dan melambangkan keakraban dan rendah diri beliau...

Semasa minum, aku menuju ke tempat Kak Lie, dia tengah bersembang dengan Dra Alia. Aku pergi tegur Kak Lie, then Kak Lie terus perkenalkan aku dengan Hakim tersebut..

"Ibu Alia, mari saya kenalkan sama salah seorang pimpinan Persatuan Peguam Syariah di sini, namanya Hidayah..orangnya penuh dengan Hidayah..." aku senyum sambil menghulur tangan bersalam.

"Ya saya Hidayah, Apa khabar Ibu Alia.." kataku mula bicara..

"Baik, di sini sangat baik orang-orangnya yer.. Ibu Zaleha juga banyak baik.."

Giliran aku pulak menyampuk..
"Ibu Zaleha memang terkenal orangnya baik bangat.. Saya ini anak muridnya dahulu tahun 1990, sampai sekarang dia masih baik sama saya..." Kak Lie ketawa jer..

Kami kemudiannya bertukar pendapat dan bersembang mengenai hakim wanita di Indonesia dan bagaimana perlu dibuat di Malaysia untuk menjayakan misi ini. Perbincangan menjadi seronok dan mesra. Kemudiannya Ustaz Asri, Pengarah Penyelidik dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) masuk dan turut sama dalam perbincangan kami.. Rancak betul perbincangan mengenai Hakim wanita ni..

Sebelum aku berpisah dengan Ibu Alia, dia memberikan aku kad businessnya dan katanya, "Datang Jakarta hubungi saya ye Ibu Hidayah.."

"Insya Allah sudah tentu.."

Aku membuat satu kenyataan,
"Ibu Alia, saya mahu menulis satu artikel untuk akhbar minggu hadapan mengenai Hakim Wanita di Indonesia. Saya ingin memberi bilangan dan statistik berdasarkan apa yang Ibu Alia present tadi. Boleh yer jika saya tuliskan maklumat saya dapat daripada Ibu Alia.."

"Ye Ibu, bagus sekali.. Saya akan terasa terhormat sekiranya Ibu masukkan nama saya dalam tulisan Ibu.."

"Nanti saya akan emailkan pada Ibu Alia tulisan saya nanti yer.."

Aku mengakhiri perbualan dan bersalam sebagai tanda perkenalan dan aku akan balik selepas itu ke Shah Alam..

Sambil memandu balik, (pastinya berdasarkan peta yang dilukis oleh Abah yang baik), aku merangka dalam kepala artikel yang ingin aku tulis nanti.

Alhamdulillah, syukur pada Allah yang selalu memudahkan urusanku.. aku berjumpa dengan orang ini, berjumpa dengan orang itu.. networkingku bertambah dan ukhuwwah sesama muslim menjadi lebih meriah...

Lagi satu.. bagus jugak tengok cite Nabila Mutiara Hati, sebab aku dah pandai bangat cakap Indon... hehe..


Aku sampai rumah jam 5.30 petang. Alhamdulillah semuanya selamat...