Monday, December 17, 2007

Kisah Ibuku Sayang

My Mother



Hari Sabtu, 15 Dis 2007, aku ada kursus Aura Syifa' di Shah Alam, dari jam 10 pagi hingga 5.30 petang. Kursus ini sungguh bermanfaat dan aku rasa sangat teruja dengan ilmu baru yang aku pelajari dalam majlis ini.

Pada masa yang sama, Ma akan balik ke Kota Bharu sebelum Hari Raya Haji selepas semua urusan penghantaran Ayah Die selesai. Begitu juga dengan programnya untuk bermalam sehari di setiap rumah anak-anaknya yang ada di Lembah Klang ini.

Aku dah belikan tiket Air Asia untuk Ma balik ke KB pada hari Sabtu 15hb Dis jam 1.40 petang. Tiket MAS dah habis hari Sabtu, yang ada MAS hari Ahad dan Ma tetap nak balik hari Sabtu. Jadi confirm belikan tiket Air Asia.

Petang Jumaat, aku hantar Ma ke rumah adikku Ree di Puchong. Dan Ree dan Na akan hantar Ma ke airport tengahari Sabtu.

Tapi apa yang dirancangkan tak terjadi. Kesiannya Mother....

Tengahari Sabtu, Ree dan Na hantar Ma ke LCCT sampai jam 1 ptg iaitu 40 mt sebelum berlepas dan pintu telah ditutup 2 jam sebelumnya. Pelik betul sebab selalu aku naik, 40 mt masih boleh masuk. Hari tu 30 mt pun dilepaskan lagi masa aku berkejar balik KB masa Ma admitted kat ward Hospital Kota Bharu bulan Oktober lepas. Kesian Ma...

Ramai yang marah-marah sebab Air Asia tukar peraturan tiba-tiba.. Apsal tutup awal???Aku pun plan nak hantar surat komplen pada Pengurusan Air Asia..
My sister kata.."mangkuk betol Air Asia ni..' hehehe.. Tu ler sapa suruh naik Air Asia yang everybody Can Fly tu.. Kan dah jadi macam Bas Mini jer..


Ma dah rasa sedih sangat-sangat sebab Ayah dah turun ke airport KB untuk jemput buah hatinya lepas solat Zohor di Masjid... Kesiannya ayah.. macamana nak bagitau Ayah yer....
Memang tak de jalan nak bagitau Ayah sebab handphone ayah ada dengan Ma....

Akhirnya Ma tak nak tunggu jugak, burn gitu ler tiket Air Asia tu. Semua tiket Air Asia dan MAS dah penuh untuk hari Ahad, Isnin hingga Khamis. Apasal ler ramai sangat orang Kelantan nak balik ni....Ma nak juga balik hari Sabtu, nak naik Bas ke KB malam tu jugak.. Sebab dia dah janji dengan Ayah nak balik, kesian Ayah sebab dah tunggu Ma balik... Kuatnya cinta my parents berdua...

Malam tu Ma balik juga, naik bas ke KB. Jalan Gua Musang belum ditutup lagi dan akhirnya Ma sampai pagi Ahad jam 5.30 pagi. Ayah tunggu Ma. Selepas sampai, Ma balik rumah sekejap dan mereka berdua kemudiannya menuju ke Masjid untuk solat Subuh berjemaah..Alhamdulillah Ma selamat sampai dalam hujan lebat dan banjir yang melanda Pantai Timur sekarang ini.

Jam 7 pagi Ahad, aku call ke rumah cakap dengan Ayah..

'Assalamualaikum Yah, buat apa tu? Ma dah sampai ker Yah?" (Ayah dah jadi Yah..hehe)

"Alhamdulillah.. sampai tadi terus gi masjid dengan ayah.."

"Ayah, maaf banyak-banyak ye yah pasal Ma tu, tak tahu lah macamana buleh jadi gitu.. Tiket batal tu takpelah, tapi mesti Ma dengan Ayah sedih... Maaf ye yah..."

"Tak pe.. Ayah risau sungguh, ayah tunggu di airport sampai kol 5 petang.. rungsing takut jadi apa-apa ke Ma.. Dah sampai dah tu, takperlah nak buat macamna, ambik pengajarannya je lah.. lain kali keluar lah awal lagi kalo naik Air Asia tu.. Ayah nak marah pun tak jadi.."

"Yelah.. ok yah, pagi ni ada kursus lagi ni.. kemarin satu hari, hari ni kursus lain pulak.. Sibok siket la yah, Hari Raya Haji ni rasanya tak dapat balik la, maaf ye Ayah, dah bagitau Ma, nanti cuti awal tahun depan, kita balik insya allah ye yah...."

"Tak per la.. yang pentingnya semua sihat.."

Dan Ayah bercakap panjang lagi tanya soalan demi soalan... Sudah pasti tanya pasal Aisyah dll...Sampailah selesai bercakap.. Aku pun letak telefon.


"Wahai Allah, sayangilah Ibu dan Ayahku, berkatilah mereka, kasihanilah mereka, tautkan kasih sayang mereka di dunia dan di akhirat. Sayangilah mereka sepertimana mereka menyayangi kami semua. AMpunilah dosa mereka dan masukkanlah mereka ke dalam syurgaMu wahai Tuhan..."

Ma dan Ayah, semoga Allah selalu merahmati Ma dan Ayah dan semoga Ma dan Ayah selalu bersama sebagai pasangan bahagia di dunia dan di akhirat...Amin..


Hormatilah, berbaktilah dan sayangilah ibu dan ayah kita semasa mereka masih ada..