Tuesday, March 10, 2009

Ziarah

Ziarah Ayah Lie..



Saya dan Aisyah telah ke Hospital Klang untuk menziarah Ayah Lie yang sedang sakit. Kesian Ayah Lie, nampak sangat berbeza dengan waktu biasa. Kak Susie isterinya bercerita macam-macam bermula dari Ayah start sakit sampailah koma dan dimasukkan ke dalam ICU. Masa saya hadir, dia baru saja dikeluarkan dari ICU dan ditempatkan di Ward 4A No 13.



Kak Susie menceritakan bahawa Ayah Lie dapat buka mata tapi dia tak dengar dan tak nampak apa-apa.. Bebola matanya bergerak ke kanan ke kiri tapi dia tak nampak apa-apa. Hanya ALlah yang Maha berkuasa, memberi kita kesihatan dan menguji kita apabila Dia berkehendak..



Saya doakan semoga ALlah memberi kesihatan dan kemudahan yang baik kepada Ayah Lie dan Kak Susie sekeluarga..





Kak Susie terpaksa buat sendiri setiap hari sedut kahak yang ada menggunakan salur plastik yang Dr bekalkan..



Isteri yang setia, tidak pernah menginggalkan hospital semenjak suaminya masuk ward. Semoga Allah kuatkan semangat Kak Susie sekeluarga.. amin







Ayah Lie, saya berdoa di sisi katilnya,
'Ya Allah, berilah kesejahteraan kepada Ustaz Ghazali ini. Mudahkanlah semua urusan dan hanya Engkau yang maha berkausa di atas segala sesuatu...'
Ziarah ini memberi saya pengajaran yang besar... Saya rasa sangat terkesan.. Saya juga dan semua yang lain tidak terkecuali.. Dia memberi kita sihat dan kuat dan Dia juga yang berhak menariknya apabila Dia menginginkannya. Hanya Allah yang maha berkuasa. Semoga kita semua menjadi orang yang takut dan berharap kepada Allah.. amin..

___________
Pada masa yang sama, saya tidak berjaya ke Hospital Penang untuk menziarahi Makcik Dah, adik my Mother yang sedang sakit di sana. Terlalu ketat jadual selama dua minggu lepas.. sehingga ada satu dua perkara terpaksa saya korbankan..
Saya juga mendoakan kesejahteraan Makcik Dah semoga ALlah mengurniakan bantuanNya dari jalan yang tidak disangka-sangka.. amin..