Tuesday, March 10, 2009

Ziarah 2

Jumpa Kawan-kawan..

Saya terima banyak sms dan mesej yang marah sebab saya tak inform balik Mesia. Saya mintak maaf banyak2 pada semua yer.. Banyak yang saya harap dapat buat, tak tersempat nak buat sebenarnya..

1- Saya ke UiTM, tapi Boss ada meeting, saya dapat berjumpa sekejap saja. Saya plan nak berbincang beberapa perkara mengenai pengajian di sini tapi tak dapat kerana jadual my Boss terlalu padat. Saya dapat berjumpa dengan beberapa orang kawan-kawan sahaja di opis am di UiTM.. Masa tu, saya ada bawa buah tangan seperti biskut, coklat, nouget dan beberapa makanan lain. Ramai yang tak dapat rasa, saya mintak maaf bagi yang tak sempat rasa yer..Insya Allah lain kali saya bawak banyak lagi yer.. insya ALlah..Saya juga mengambil surat2 saya yang banyak disimpan oleh Zaini. TQ ye dik tolong simpan surat2 tu dengan baik..

2- Saya ke rumah lama, berjumpa Kak Zah my beloved friend yang duduk dan jaga my house. Saya mencari buku-buku di bilik study dan juga mencari beberapa helai baju kurung dari dalam almari untuk dibawa ke sini. ALhamdulillah jumpa juga tapi lama gak ler menyelongkar mencari benda2 tu..

3- Saya ke klinik gigi, repair dan tampal gigi saya yang mempunyai masalah fizikal dan mental.. hehe.. (gigi RCT ada problem).. Buat tampalan untuk gigi Aisyah sekali yang berlubang. Pastu pergi berurut, mandi rempah dan sauna... Sempatlah dua kali...Ringan rasa badan, Alhamdulillah.

4-Balik kampung jumpa my parents, Tok Ma dan Tok Ayah serta Wea my grandmother..Masa tu ingatkan Makcik Dah balik tetapi dia tak dapat balik, hanya jumpa Pakcik sahaja bertanya khabar macamna keadaan Makcik Dah di hospital. Saya doakan Makcik Dah sihat cepat. amin..

Kat kampung, nak dijadikan cerita malang.. saya terbuat silly thing yang saya tak pernah buat sebelum ni. Saya makan ubat dua biji dengan air Cola HPA RADIX.. Habislah saya.. esoknya satu hari saya tak dapat bangun- muntah-muntah dan cirit birit.. dari pagi sampai ke malamnya sedangkan malamnya saya nak balik KL..Ayah dan Ma pergi cari air kelapa dan air kangkung blend untuk ubat keracunan. Alhamdulillah akhirnya saya ok lepas tu..

Hikmahnya adalah baru hari ini saya tahu ubat keracunan adalah kangkung yang diblend dan diminum airnya. Masa dalam kelas Di Darus Syifa', saya ingat ubat keracunan yang Ustaz Harun ajar adalah air kelapa muda. Rupanya ada dua ubat yang sangat mujarab .. subhanallah.

5- Saya bawak Aisyah ke Shah Alam bermain-main dengan Sarah.. happynya budak dua orang tu bersama Syasya bermain-main macam dah lama sangat tak jumpa.. Seronok tengok mereka berjumpa melepaskan rindu..

6-Saya juga ke Assunta Hospital, surgery untuk mata saya yang bermasalah. Alhamdulillah sekarang semuanya kembali elok. Syukur pada ALlah..

7- Saya ke UPENA, buku ke lima telah diterbitkan. Saya rasa sangat happy walaupun ada kawan saya yang tak happy. Katanya lambat sangat publish. Masalahnya bukan silap saya, UPENA mempunyai list penerbitannya mengikut turutan. .. Kita tak buleh nak buat apa-apa.. Tapi ada berita malang. saya hanya dapat mengambil naskhah penulis sahaja sebab semua copy dipulangkan balik kepada printer sebab ada masalah teknikal.. kertas terbalik ler, color berbeza dan macam-macam lagi.. Wallahua'lam.. susah saya nak bagi pandangan dalam masalah ini.

8- Saya juga telah bertanya kepada AR Cik Adlin mengenai permohonan saya ke Prof Madya. Katanya awal bulan March, borang saya akan diserahkan kepada Board Penilai dan jika ada rezeki, saya akan dipanggil balik untuk ditemuduga. Jika berjaya baru saya dapat DM54, Prof Madya tersebut..

Saya cuba mengisi borang, memohon dan berharap serta berdoa agar Allah rezekikan saya DM54. Yang selebihnya saya serahkan pada Allah. Prinsip saya, 'Tidak salah untuk mencuba'. Cubalah mintak apa-apa yang kita rasa kita layak, dapat ke tak dapat belakang kira. Tak dapat kali ni, usaha lagi lain kali. Kalau dapat, itu rezeki yang Allah berikan dan saya akan bersyukur atas segala nikmat yang dianugerahkan..

9- Saya berjumpa Kak Pah dan Eva mengenai research IRDC. Alhamdulillah selesai semuanya..

10- Saya ke UIA mencari Co-Supervisor untuk PhD saya.. Alhamdulillah settle jugak. Kak Jib dah sign borang, setuju jadi Co saya.. Alhamdulillah..

11- Namun begitu ada beberapa perkara saya tak sempat selesaikan.. Takperlah

p/s Masa ambik gambar Ayah Lie, saya guna PDA buat-buat macam tulis mesej, tapi sebenarnya saya ambik gambar. Ada doktor tepi katil Ayah Lie masa tu, dan kat situ ada tulis dilarang ambik gambar dalam ward jadi saya buat sembunyi-sembunyi sebab tu tak fokus, muka isteri Ayah Lie Kak Susie tak nampak langsung...