Friday, March 27, 2009

Sambungan... Anak Ayah

Anak Ayah...

Saya masih ingin bercerita apa yang saya lalui dulu...

Apabila saya masuk Sekolah berasrama, lagilah saya tak pandai menguruskan urusan rumah tangga. Lagilah saya tak pandai masak... Tapi Ayah saya kata, 'Tak de masalah, tak pandai masak, kita beli orang lain masak. Kalau kita tak beli, kesian orang yang jual tu.. letih-letih masak, tak de sapa nak beli.. sebab semua orang pandai masak!' hehe.. jawapan yang kelakar sangat...

Masa saya kecil, Ayah saya ketika itu adalah pembuat dan penjual perabut yang hebat. Ayah selalu bawa saya ke tempat dia kerja (di belakang rumah- penuh dengan mesin kayu..), suruh saya teman masa Ayah hantar barang yang diorder. Perniagaan Ayah bagus masa tu, sehingga Ayah ada pekerja sampai 8 orang ..

Tahun-tahun tersebut adalah our golden ages....

Masa tu juga Ayah berjaya membuat sebuah rumah yang sangat cantik dan selesa untuk kami adik-beradik..

Sebuah rumah tinggi 3 tingkat dengan 6 buah bilik, dan bilik saya di tingkat 3, hujung sekali. Sebelah bilik saya bilik kak Ros, kak Za dan kak Nik. Kat tingkat 3, kami adik beradik duduk, berkawan sama sendiri, main badminton kat tingkat 3, tengok TV kat tingkat 3 dan macam-macam. Kat tingkat 3 ada ada tandas, ada TV, kerusi set dan di beranda ada buaian untuk kami bermain. Tingkat 2 bilik Ayah dan Ma dan adik-adik dan tingkat 1 tempat Ayah letak barang-barang perabut yang dah siap untuk dipamerkan dan juga untuk dihantar ke rumah orang..

Masa saya masuk tingkatan 2, saya dah mula tak bergaul lagi dengan kawan-kawan yang main police sentry, lari-lari kat kebun getah dan sebagainya. Mungkin sebab saya dah besar, dah mula rasa malu dan juga mungkin kerana rumah kami luas, kami boleh main macam-macam dalam tu..

Semasa saya selesai SPM, saya balik dari asrama dan duduk di rumah membantu Ma dan Ayah. Bulan Mac/April. result keluar dan saya berjaya mendapat result yang bagus.. Saya tahu Ma dan Ayah bangga tapi sebenarnya semua kakak-kaka saya juga mendapat result yang bagus. Alhamdulillah..

Namun tahun 1987 adalah tahun yang mempunyai sejarah yang besar, sesuatu yang tidak terjangka, tidak pernah terfikir dalam hidup saya..
Sungguh menyedihkan dan memberi kesan yang sangat berpanjangan...

Bersambung...