Saturday, March 14, 2009

Maulid Nabi di Mesia Hall Melbourne

Majlis Maulid dan Birthday Wawa

Hari ini Sabtu jam 9.30-1.30 ada majlis Maulidur Rasul di Mesian Hall Melbourne. Majlis anjuran gabungan persatuan pelajar Mesia di Melbourne. Untuk meraikan majlis berkenaan, kami bertolak ke sana naik kereta jam 10.30, agak lambat jugak dan sampai masa majlis forum baru saja bermula.

Modarator forum adalah Ustaz Nushi, dengan ahli panel ada 4 orang. Ramai yang datang, 95% adalah adik-adik undergrad. Kat sana, kami jumpa UStaz Razak, kawan Dr Rahimi my Boss. Kami bersembang lama jugak dan saya menyebut Dr Rahimi kirim salam, dah lama dah saya nak jumpa Ustaz Razak tapi selalu tak berkesempatan.

Hari ini hujan, sesuatu yang jarang berlaku di Melbourne. Hujan lebat sehingga wiper laju terpaksa digunakan. Jalan juga jam kerana hujan.

Kami jumpa ramai kawan2 baru adik2 yang muda2..
Majlis ditutup dengan selawat beramai-ramai..
Allahumma salli ala Sayyidina Muhammad
Wa ala ali Muhammad..

____________

Lepas makan, kami balik ke rumah untuk menghadiri birthday party Wawa ke 5.
She turns 5 today.

WAWA...
HAPPY BITHDAY YER...
MAY WAWA HAPPY ALWAYS..

Lepas solat zuhur, kami ke rumah Tasha dan Dili. Ramainya yang dah datang. Penuh rumah mereka..Saya dapat jumpa ramai orang semenjak saya balik ke Mesia hari tu.. Aisyah juga sangat gembira dengan majlis ini. Ustaz Razak dan isterinya Gie juga ada dalam majlis tersebut.

Tapi kita orang tak sempat beli hadiah untuk Wawa.. Lepas ni, baru kita nak pergi ke Coles/Golo/ mana-mana store untuk mencari sesuatu yang best untuk Wawa...
Aisyah sibuk nak beli hadiah macam Wing Fairy Princess..nantilah kita tengok apa yang ada yer..