Saturday, March 14, 2009

Aisyah

Pemikir ulung akan datang.. insya Allah..

Masa dalam air asia, ada beberapa pengumuman dibuat. Antaranya..

'Salam sejahtera dan selamat datang kepada semua penumpang, saya adalah Kapten ..... Kami berasa bangga terbang bersama anda. Jika anda mempunyai sebarang masalah, sila berhubung dengan anak kapal kami.'

Soalan Aisyah..

'Kenapa dia kata berhubung dengan anak kapal Umi..
Ada mak kapal ker? macamna ada anak kapal?
Kita nak berhubung dengan anak kapal tu macamna?
Peliknya pakcik tu cakap..'

Umi jawab,
'Anak kapal tu bukan maksud dia anak dengan mak kapal. Tapi semua pekerja dalam kapal terbang ni yang pakai baju merah tu, tu semua tu kita panggil anak kapal. Yang bawak kapal terbang tu kita panggil pilot. Aisyah paham tak?'

'Oooo kakak-kakak yang pakai skit merah yang bagi Aisyah makanan tu semua tu anak kapal ler Umi..kenapa pulak yang bawak kapal terbang jadi pilot. Abah bawak kereta tu pilot lah jugak..'

'Yang bawak kapal terbang jer dapat nama pilot. Yang bawak kereta ke bas ke lori ke kita tak panggil pilot.'

'Ooo tu macam nama special ke Umi? macam tu..'
______________

Kami balik KB pun naik Air Asia. Flight last sekali, jadi sampai ke aiport LCCT dari KB jam 12.40 malam. Masa tu ramai pekerja baju merah staff Air Asia keluar nak balik rumah, lalu depan kita orang..

Secara tetiba, Aisyah bersuara..

'Alhamdulillah.. Aisyah rasa syukur sangat pada Allah..ada jugak anak-anak kapal yang Muslim'

Saya pandang Abah..

"Napa Aisyah kata macam tu?'

'Sebab kakak-kakak ni jer yang pakai seluar panjang dengan tudung. Yang atas kapal terbang tu pakai skirt, Aisyah tak suka. Sebab tu Aisyah rasa syukur pada Allah, ada anak-anak kapal yang Muslim..'

Saya pandang Aisyah..tinggi gak pemikiran budak ni..

Tapi kena jelaskan jugakk..

'Anak-anak kapal yang kat dalam kapal terbang tu ada yang Muslim, tapi kakak-kakak tu pakai pakaian tak solehah. Tapi masih orang Islam. Aisyah tak boleh kata mereka tak Islam, kita doa supaya kakak-kakak tu dapat petunjuk dan pakai pakaian yang Islam yer..'

'Ye ker Umi.. Aisyah nak doalah supaya kakak-kakak tu dapat petunjuk. Pastu bertaubat... Kalau tak Aisyah takut nanti kakak-kakak tu Allah benci dan dia orang tak dapat masuk syurga sebab pakai skirt tak solehah tu..'

Wallahua'lam...

Umi turut berdoa untuk Aisyah my beloved princess..

'Ya Allah.. semoga Aisyah yang comel ini selalu berada dalam petunjukMu, menjadi anak yang solehah dan menjadi wanita solehah akhir zaman ini.. Semoga dia selalu taat kepadaMu kini, akan datang dan selamanya.. amin'