Sunday, March 22, 2009

Solat Tiang Agama

Gambar ni tak berkait dengan cerita yer.. ni Aisyah tengah call Nenek..hehe..

Masjid kat sini..Ini adalah masjid Alabania dekat dengan Resevoir, Abah solat Jumaat kat sini pada 20 March. Masjidnya besar dan cantik, tetapi orang tak berapa ramai yang datang solat Jumaat kat sini...

Sesuatu yang saya pelik masa awal-awal sampai adalah mengenai waktu solat. Dalam surat khabar dan dalam kalendar tahun 2009 yang meletakkan waktu solat, mereka membahagikan waktu solat mazhab Syafei dan juga mazhab Hanafi.. Sesuatu yang tak pernah kita lalui di Malaysia..

Masuk waktu bagi 4 waktu adalah sama, tetapi waktu Asar berbeza di mana bagi mazhab Hanafi adalah satu jam lebih lambat dari waktu Syafei.. contohnya Asar masuk jam 5.05 bagi Syafei dan jam 6.05 bagi mazhab Hanafi.. Sesuatu yang pelikkann..Kalau saya tak silap, orang-orang Albania ikut mazhab Hanafi dan mereka akan solat Asar sejam selepas masuk waktu bagi Syafei.
______________

Masjid Dallas
Ahad 22 March, saya dan Abah solat zuhur kat Masjid Dallas..

Cantikkan masjidnya, sangat bersih, tandas wanita juga sangat bersih dan disediakan dua helai tuala bagi sesiapa yang ingin menumpang mandi.. Tak pernah saya jumpa di Malaysia..


Sebenarnya kami sedang tunggu Aisyah habis kelas agama jam 1.50pm. Sementara tunggu masuk waktu zuhur , kita orang makan nasi dulu... Umi tengah makan depan masjid, ada padang besar dan cantik...

Dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, terasa begitu nyaman dan terbuai.. Sampaikan abah pun tertidur... Bestnye dia tido...


Dalam ruang solat orang perempuan hanya ada saya seorang.. tempat perempuan solat di tingkat dua seperti masjid Negeri Selangor. Jadi saya boleh tengok makmum lelaki di bawah. Ramai yang hadir... dalam anggaran kasar saya lebih 100 orang termasuklah kanak2 satu saf. Sebelum mula solat, ada seorang Pakcik yang membetulkan saf kanak-kanak, dia letakkan budak yang kecik di belakang yang besar dan buat tangan kat mulut maksudnya jangan bising. Pakcik yang sama menunjukkan saya kat mana bilik air dan tempat wudhu', bahkan dia siap menunggu saya di luar tempat wudhu' wanita.. Bila saya keluar jer, dia dah ada depan pintu dan bagitau saya, ' solat upstairs, shoes here..' Agaknya dia Tok Siak le tu..

Imam solat seperti biasa, selesai saja solat, seorang budak lelaki dalam 10 tahun pegang mikrofon dan baca,
'ALlahumma Anta salam, wa minka salam...'
Habis jer budak tu baca, semua makmum bersurai kecuali yang nak solat sunat. Tidak ada zikir dan tak ada doa beramai2 dengan imam..

Masjid di sini kepunyaan orang-orang Turki. Semua makmum lelaki wajib pakai stokin masa solat. Ada kenyataan di papan tanda ruang solat semua kena pakai stokin. Pakai seluar pendek bawah lututpun ramai, tapi mesti pakai stokin. Abah kata dia pelik dan tanya saya ada ker mazhab yang wajibkan lelaki tutup kaiki @ pakai stokin masa solat? Emmpp.. setahu saya tak ada, tapi nanti saya cari lagi..