Sunday, March 8, 2009

Tanah Air

Penerbangan Air Asia.. Melbourne---> KL

Pada 20 hb Feb yang lepas, tak ramai sangat penumpang yang ada dalam kapal terbang Airbus Air Asia Melb-KL. Harga tiket saya dan Aisyah dalam RM1200 seorang pergi dan balik. Harganya murah sangat berbanding yang ditawarkan oleh MAS.

Aisyah memang sangat teruja dapat balik ke Malaysia. Dalam hati saya, semoga penerbangan ini selamat dan saya berjaya menunaikan plan yang ada dalam perancangan saya selama 2 minggu ini...

Semasa di airport Melbourne..


Aisyah tengah dokong 'baby'nya beratur untuk check in.. Aunty Ina yang hantar ke airport. Thank you yer..


Dalam kapal terbang..
Aisyah dan Umi asyik ambik gambar pemandangan awan di luar sana..
cantiknya...
subhanallah ..
bukti kekuasaan maha pencipta..



Orang tak ramai, jadi Aisyah pun apa lagi...


Buka kasut...
Baring atas Umi baca buku...

Masa kat airport, Umi telah membeli satu buku yang sangat baik tulisan Stephen Covey bertajuk...


Atas kapal terbang, buku tersebut berjaya dibaca hampir 1/2 dari isi kandungannya..
Saya membaca sambil berfikir, bagaimana 7 habits yang ditulis oleh Covey berjaya diguna pakai di beberapa sekolah di USA sehingga menjadikan kanak-kanak sekolah rendah begitu cemerlang dan ke depan..
Bagi yang berminat silalah dapatkan buku tersebut. Di Melbourne ia dijual dengan harga AUD27.90 bersamaan RM70. Agaknya kalau dibeli di MPH atau kedai buku di Malaysia mungkin lebih murah lagi...



Sekejap-sekejap kami akan melihat peta di skrin..
'Kat mana kita sekarang ni Umi?' Aisyah asyik tanya soalan yang sama..
'Emmm kita dah keluar dari negara Autralia, sekarang kita berada atas negara Indonesia, sekejap lagi kita akan masuk negara kita Malaysia..'



Sampai masa makan..
Bab makan ini Air Asia akan selalu kalah sampai bila-bila berbanding dengan MAS.
Bagi mereka yang ingin jimat duit, Air Asia akan tetap jadi pilihan tapi bagi mereka yang pentingkan keselesaan dan makanan serta airport service yang baik, MAS berada dalam pilihan teratas dan berada di tahap terbaik berbanding Air Asia.

Aisyah menjamu selera...
Air milo kena beli RM5
Air mineral RM5
Maggi RM6
Nasi beriani AUD10 bersamaa RM24
Sandwich AU5 bersamaan RM 14

Lepas makan.. apa lagi..beradu ler pulak princess ni..

Selepas Aisyah bangun, tidur dan bangun lagi dan tidur lagi..
Akhirnya kami selamat sampai di LCCT lebih kurang jam 6 petang waktu Malaysia bersamaan jam 9 malam waktu Melbourne..
Masa depan Pegawai nak cek pasport, dia tanya Aisyah..
'Aisyah, pasport ni untuk Aisyah jer, mana pasport anak Aisyah yang dokong tu? Takde pasport tak boleh masuk Malaysia..?


Saya dok ketawa jer tapi Aisyah terpegun tak tahu nak jawab..
Aisyah tak paham agaknya, pegawai tu macam serius jer.. pastu barulah dia ketawa..


Lepas pegawai tu ketawa, baru ler Aisyah ok dan jawab..
'Baby saya tak boleh berjalan, dia bukan baby betul pakcik, jadi dia tak ada pasport..'
hehe..
kelakar ler Aisyah ni..


Lepas abah jemput, kami semua balik ke Bangi. Saya call Ma dan Ayah di KB maklumkan kami dah selamat sampai.
Malamnya kami bersembang-sembang dengan Abah dan Nenek dan Atok, jam 2.30 pagi baru tidur.


Esoknya kami terus berjalan-jalan ke KL mencari sesuatu yang sangat berharga...

apa agaknye yer??