Sunday, March 29, 2009

29 March 2009

Clayton ..

Hari ini, Ahad 29 March 2009..Saya diminta menyampaikan ceramah di Clayton, berdekatan dengan Dendeenong dekat dengan Monash Uni sempena gathering keluarga pelajar Post Grad di sana. Hanif dan Anang, students saya di NCUK dulu adalah orang kuatnya dan sangat mendesak supaya saya dapat hadir ke tempat mereka.. Saya memenuhi panggilan mereka..

Oleh kerana hari ni hari Ahad, Aisyah ada kelas agama di ILIM, maka on the way ke ILIM, Abah hentar saya ke rumah ustaz Razak di Preston. Saya akan ke Clayton dengan Ustaz azak dan Gie isterinya (Gie masak nasi beriani untuk majlis nanti)

Semasa menunggu Ustaz dan Gie bersiap, kami berbincang mengenai PhD say, Ustaz Razak banyak memberi input dan nasihat serta pendangannya ke arah memantapkan kajian saya.. Rasa macam cerah sikit selepas mendapat input dari Ustaz, berdasarkan pengalamannya di Melbourne Uni.

Sepanjang jalan ke Clayton, kami bersembang macam2, dari mula kehadiran Ustaz dan Gie ke Melbourne, Mesian Hall, program agama di Melbourne, cerita keluarga masing-masing dan macam-macam lagi...Akhirnya kami sampai jam 12.30 tgh..

Selepas BBQ kambing dan ayam dan makan nasi beriani, Anang membuat pengumuman majlis ilmu akan disampaikan oleh lecturer lamanya mengenai keluarga ... Sambil membuat joke tentang Hanif dan Anang, saya memulakan bicara petang tadi dengan menceritakan mengenai keluarga, isteri bekerja, isteri sambung belajar dan suami yang sudi ikut menemani isteri dan menjaga anak-anak sehingga sanggup cuti tanpa gaji dan ada yang sanggup berhenti kerja.. Saya sentuh siket mengenai niat belajar mengambil iktibar hadis berkaitan niat dalam kitab Hadis 40. Saya ceritakan apakah hasrat di hati isteri2 yang belajar yang meminta sokongan dari suami, membantu dan memudahkan urusan pembelajaran disamping jangan meninggalkan urusan menjaga agama dan mendidik solat dan mengaji anak-anak w/pun berada di sini...Semoga ada sedikit kebaikan dari perkongsian tadi..

Saya rasa kehadiran tadi dalam 60 orang agaknya.. saya berjumpa ramai kawan-kawan baru dan di situ juga saya berjumpa Dr Ruziaton, Kak Mai, Balqish, Zu isteri Hanif, Sal isteri Anang dan ramai lagi termasuklah Dr Tuty yang baru sampai dari Mesia.

Saya seronok dengan pertemuan dan mengenali ramai kawan baru.. bertambah networking akan bertambah meriah hidup ini..
___________

Prof Madya Ghazali Sulaiman atau Ayah Lie..
Pensyarah
Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU)
UiTM Shah Alam Selangor....

Semasa saya nak mula bagi talk tadi, saya dapat mesej dari Kak Zah, kawan satu opis dari Mesia. SMS ringkasnya tertulis ' Ayah Lie telah kembali ke rahmatullah sekejap tadi..' Astaghfirullah... Ayah Lie tak ada....Inna Lillahiwainna Ilaihi Rajiuun..Saya rasa sedih, terkejut dan tetiba rasa kehilangan...

Saya terus teringat pada Ayah Lie, seorang pensyarah- officemate saya yang sangat saya hormati dan selalu memberi nasihat kepada saya dalam menjalani hidup ni.

Dalam entry sebelum ini, saya ada menulis mengenai Ayah Lie, yang sempat saya ziarahi di hospital semasa saya balik Mesia bulan lepas. Tadi, bila saya buka email, Mama Nuha kawan saya turut menghantar email memaklumkan ketiadaan Ayah Lie..Terima kasih pada Kak Zah dan Mama Nuha kerana teringatkan saya untuk memberitahu mengenai berita ini...

Coretan saya semasa saya menziarahi beliau di Hospital Kelang baru-baru ini..

Saya bersama Aisyah datang dari Bangi pada pagi tersebut dan terus ke rumah Sarah di Shah Alam, meninggalkan Aisyah bermain dengan Sarah dan saya menjemputnya pada jam 1 pm. Kemudian saya ke restoran makan nasi kerabu dengan Aisyah, singgah ke kedai beli biskut dan air kotak, yang saya niatkan sebagai buah tangan semasa melawat Ayah Lie.. Dari sana, saya terus ke hospital.

Semasa saya berada di ward, saya memberi buah tangan yang saya bawa kepada Kak Susi.. Saya duduk di sana, berdoa dan bercakap-cakap mendengar kisah dan apa yang berlaku terhadap Ayah Lie dari isterinya Kak Susi..

Apabila saya nak balik, saya pusing ke belakang membuka purse saya dengan niat untuk memberi sedikit lagi dari saya. Tetapi rupanya semua duit cash saya sudah habis, tinggal RM5 bersama AUD20 di dalamnya. Saya tetap ingin memberi walaupun sedikit, jadi saya katakan kepada Kak Susi, 'Kak, saya dah niat nak kasi sikit dari saya untuk Ustaz, tapi saya tak perasan duit Mesia dah tak ada. Akak terima yer saya kasi duit Australia 20 Dollar ni. '

Kak Susi mengambil dan membuka duit tesebut..saya melihat Kak Susi sangat gembira sambil berkata..

'Ini duit Australia ni? Akak tak pernah tengok pun.. Macam ni rupanya. Tak per, akak terima.. Akak tak nak tukar pun nanti ke duit Mesia. Nanti bila Ustaz sedar, akak nak tunjukkan pada Ustaz, Hidayah datang ziarah Ustaz dari Australia dan dia tinggalkan untuk ustaz tengok macamana rupa duit Australia..Tentu Ustaz suka'

Tetiba saya rasa sangat sedih... Apakah sempat Kak Susi menceritakan mengenai kehadiran saya dan apakah sempat Ustaz melihat duit Australia tersebut?

Wahai Allah...
Ampunkanlah dosa-dosa orang yang baik ini
Ayah Lie yang saya hormati..
Tempatkanlah dia di tempat orang-orang yang baik
Orang yang soleh dan orang yang Engkau kasihi..
Amin...

Al-Fatihah untuk Ayah Lie...