Monday, March 9, 2009

Sogo

Mencari sesuatu..

Apa yang dicari?
Mencari nilai keindahan Mesia sebenarnya..
Saya rasa tersangat gembira balik Mesia, merasai panas suhu di Mesia, berjalan-jalan di tanah air tempat tumpah darahku..

Semasa di airport, saya bersembang dengan seorang perempuan Cina dari Mesia, dia telah memohon PR dan katanya dia berharap dapat citizenship nanti. Jika dapat, dia, suami dan anaknya akan memilih citizenship Australia dan menukarnya dengan citizenship Mesia.
Perempuan tu masih muda, dalam 28 tahun rasanya.

Apabila dia tanya sama ada saya berhasrat untuk memohon PR Australia dan jika ada peluang, saya nak atau tidak trade the M'sian citizenship with Aussie. Saya kata..'No.. I dont have any intention and even I will be given a choice, I won't change my citizenship. Eventhough we can get a lot of facilities here, I won't leave Mesia. Mesia is my home, my beloved country, no matter what..'

___________

Saya berjalan-jalan dengan Aisyah ke KL. pergi ke Jalan Raja Laut, pergi Sogo dan pusing-pusing beli barang.


Kita orang pergi KL abah hantar, pastu dia pergi pejabat. Lepas kita orang dah beli-beli barang, baru Abah datang lepas dia habis mesyuarat.


Aisyah tengah pilih baju..

Saya beli seluar panjang untuk saya dan Aisyah. Kat sini murah berbanding dengan di Australia. Seluar panjang yang saya suka kainnya tu kat sini AUD 40, tapi kat Sogo saya dapat RM23 selepas Sogo offer 70% less.. Tererkan..

Tapi kat Mesia, ada satu kekurangan yang sangat ketara..
mengenai penjaga kaunter..
sama ada di supermarket, restoran, pasaraya, pasar tak raya.. majoriti muka mereka seposen.. masam mencuka dan tidak friendly..

Ini sangat berbeza dengan suasana di sini. Setiap kali kita ke kaunter di sini, majoriti semua casher akan ceria, senyum dan mereka akan menegur kita dengan berkata..'Hi, how're you today?' Then kita akan jawab..'Good. How about you. Good weather today is it....' Pastu mereka akan mengira barang kita beli sambil senyum dengan pelanggan. Lepas tu say thank you dan selalu kata..'See ya again'.
Bila kita jawab, 'Thank you'.. Mereka akan jawab dengan ceria..'No worries..'
Saya suka suasana ini..

Kat Mesia, banyak muka casher adalah tidak friendly, tak pandai senyum, masam.. Look not freindly and really not friendly...kalau ada casher camtu yang tak cantik, bila masam mencuka jadi 4 kali tak cantik... letih kita tengok..

Kat Sogo hari tu, saya belasah cashernya atas sebab yang hampir sama..

'Saya tanya, beratur kat sini ke Dik nak bayar?'
Dia boleh jawab dengan muka seposen..'Tengoklah orang lain beratur kat mana..'

Saya cukup pantang manusia tak ada adab sopan.. Kalau muka cantik pun bila tak ada adab, tak ada harganya..

Saya pun apa lagi..'Cuba cakap elok-elok sikit. You kan kerja kat sini. Kita orang ni kan pelanggan, kita semua ni nak beli bukan nak mintak free..'

Terkedu terus budak tu..

Kenapa akhlak yang mulia berada di tangan orang bukan Islam..
dan akhlak buruk selalu ada pada orang Islam..
alangkah sedihnya melihat terbalik apa yang kita buat dengan apa yang diajar oleh Nabi...

Saya selalu ingatkan saya, Aisyah dan semua yang saya sayang..
Perangai kena jaga, walau bagaimana cantik atau tinggi pangkat kita, jaga adab sopan, hormat orang lain terutama orang yang berjasa dengan kita, ibu bapa, guru-guru dan kakak/abang kita. Jangan biadab dan berlagak. Bukan saja Allah benci, manusia juga benci bila kita tak ada adab sopan...
_______________

Selepas beli belah, kami naik ke tingkat 6 makan nasi..
Makan nasi, cendul, yeemee..
Aisyah asyik main-main dengan Abah.. happy sungguh ler tu..




Lepas keluar dari Sogo, kita pergi Sunway Pyramid pulak...
Abah trade in PDA lama dan beli PDA baru..








Aisyah teruja melihat orang dok main kat bawah tu...


____________

Hari jadi Atok Bangi...

Kat sana, kami semua sempat meraikan hari jadi Atok.. semua orang nak makan kat Shangri La Hotel kat KL, kita orang ikut je ler.... bolah tahan ler makanan dia, tapi mahal.




Ni doa Aisyah untuk Atok..

'Happy Birthday Atok yang ke 73. Semoga Allah panjangkan umur Atok, bagi Atok sihat selalu dan bahagia dunia dan akhirat. amin...'