Monday, March 16, 2009

Airshow Avalon Geelong 2009

Airshow..

Kita orang pergi naik kereta, Uncle Ibrahim pun ikut sekali. Masa sampai dalam jam 11 pagi, dalam 10 km sebelum sampai ke tempat tu, jalan dah jam dah.

Ramai betul orang datang sini.. sejauh mata memandang, tu semua kereta yang sedang beratur panjang..


Lepas parking, kena AUD10. Beratur beli tiket, seorang AUD50, student dapat AUD40. Kalau sekeluarga dapat AUD100. So kita orang 2 adults with 1 kid, dapat AUD100.


Aisyah di depan pintu masuk...
Masa ni hanya Allah yang tahu... sejuknya macam air batu, dengan angin yang heiiii sejuk sungguh. Kita orang tak sangka sangat sejuk. menggigil2 dan tangan rasa kebas kesejukan..
Masa ni 17 degree very windy..
Aisyah pakai 3 lapis baju, baju sejuk Abah pun dia pakai...

Masa dalam tu, Uncle Ibrahim pergi tempat lain, Aisyah sekeluarga ke tempat lain sebab kawasannya sangat besar.. Tapi dibuat di tempat kawasan kambing dan lembu dan sebagainya.. Penuh dengan taik-taik binatang.. yakkk...


Saya sejuk macam nak pengsan... masa ni saya pakai 4 helai baju tu... baju jaket dah ada, tapi masih menggigil, so tambah lagi dengan baju hujan dan topi.. ini di hadapan kapal terbang yang ada idtunjukkan di Airshow..


Selepas pusing2, ternampak heli Msia, terus rasa teruja.. En Mizan, En Hasnan dan En Ali bersembang dengan rancaknya. Saya lalu jer depan heli tu terus saya angkat tangan acknowledge mereka, dan bg salam, En Mizan terus kata, 'Mesia ker? jom masuk.. If not ada pagar semua orang takleh masuk. Kita orang diberi special treatment, siap Aisyah boleh bergambar dalam heli tu lagi.. hehe..

Mereka duduk sini seminggu. En Mizan dan En Hasnan bercerita tentang weather.. Kata mereka sejuk menggigil-gigil, tak sangka macam ni.. mereka cuma pakai baju tentera jer.. Kesian sungguh kita orang tengok.. Sampai ada seorang staff yang masuk duduk dalam heli, tutup pintu sebab katanya tak tahan sejuk..

Selepas jam 2pm, perut dah lapar, kita mencari-cari tempat startegik untuk makan, akhirnya letak tikar sebelah kete polis. Semua orang pelik kot. Sebenarnya nak hadang angin yang terlalu kuat bertiup..

Abah suap Aisyah.. Nasi goreng yang Abah masak.. sedap ke Aisyah?
Ada banyak sirshow yang ditunjukkan.. dan ada banyak gambar heli dan kapalterbang yang kita orang snap. Nanti upload kemudian..Walaupun Abah kata ada beberapa kekurangan dalam Airshow ni, tapi pengalaman ini kira best ler...