Friday, March 27, 2009

Membaca Kenangan Orang..

Kenangan..

Malam tadi selepas saya selesai mencari data menggunakan kaedah informit yang diajar oleh Dennis Librarian, saya membuka satu demi satu blog orang membaca apa yang ditulis. Bermula dengan blog my hardworking friend Fadzlina, I then moved to blog Prof Kamil. Beliau menulis mengenai kisah silam yang dilalui oleh isterinya Roza. Then I chose to visit Roza's blog...

Saya terpegun juga membaca begitu sukarnya laluan dan begitu banyaknya tanggung jawab yang Roza buat semasa dia kecil. Saya pernah bekerja dengan Roza semasa di UiTM Seksyen 17 dulu-dulu. Saya jadi Pengerusi Jawatan Kuasa Peperiksaan PPP (Pusat Pendidikan Persediaan) dan dia mewakili Pusat Sains (kalau tak silap). Mungkin dia pun dah tak ingat saya tapi that is not the issue.

Menurut Roza, dia memasak, menjaga adik-adik, mencari pucuk paku dan menjual buah-buahan untuk mendapat duit dan kemudian membeli makanan mentah untuk dimasak, tidak mempunyai peluang bermain seperti orang lain, bekerja mencari duit dan lain-lain... Semuanya itu mengajar nilai tanggung jawab dan kesungguhan yang sangat tidak ternilai..

Semuanya terbalik 400 darjah dari hidup yang saya lalui..

Minda saya juga berpusing ke belakang mencari saya semasa saya kecil.

Saya tidak pernah merasai susah macam tu, bermain adalah kerja utama saya.. Saya ke sungai mandi dengan kakak-kakak saya, saya ke kebun getah, bukan mencari pucuk paku untuk dimasak, tapi sekadar bermain dengan kawan-kawan, main police sentry, main baling buah getah atas kayu, main kejar-kejar, main mak-mak, dan bila jumpa buah2 yang pelik, kita orang makan...

Seingat saya, ada sekali saya main police sentry dalam kebun getah Maksu Jah (jiran kami yang paling baik merangkap Mak Angkat Ayah- setiap kali kami adik beradik balik rumah, mesti jumpa Maksu Jah, dia dah jadi seperti grandmother untuk kami) dan kami tengok ada banyak cendawan/kulat atas pokok getah yang dah tumbang, masa tu kami berebut-rebut ambik, bubuh dalan T-shirt yang kami pakai sebagai bekas, pastu bawak balik bagi Ma (my mother). Tapi bukan sebab saya kena cari makanan untuk dimakan, tapi sebab saya nak main-main saja.. nak tau kulat tu boleh makan ke tidak.. Kadang-kadang saya ke padang dengan kawan-kawan tangkap belalang, juga bukan sebab saya kena cari makanan untuk dimakan, tapi sebab suka-suka nak rasa belalang tu sedap ke tak..

Kadang-kadang kami main dalam kebun getah ramai-ramai sampai maghrib, lupa nak balik, makan pun lupa.. sembahyang pun lupa...sampai Ma datang maghrib tu cari sambil pegang kayu kat tangan, siap nak cubit.. selalunya tempat kena cubit adalah kat paha... adoii sakitnya...Dan kita orang pun berebut balik dan berebut mandi.. (bestnya kenangan silam..)

Saya tak pernah fikir untuk masak sebab nak bagi adik-adik makan.. Adik-adik yang fikir untuk saya adalah kot.. hehe.. Dalam keluarga, Ma dan Ayah panggil saya "Adik'.. Jadi saya selalu menang dan dimenangkan apabila bergaduh.. Ayah pula selalu memperkenalkan saya sebagai 'Anak Ayah'. Secara tak langsung, saya selalu jadi jurucakap kalau ada adik beradik nak apa-apa dari ayah saya..

Petang balik sekolah, kalau ada orang jual ais krim datang, saya yang mintak duit dari ayah untuk beli ais krim, beli untuk saya dan adik-adik sekali. Kalau kakak-kakak saya nak apa-apa dari ayah, selalunya saya yang jadi tukang mintak, dan tak pernah tak dapat seingat saya.. Kadang-kadang ayah saya suruh saya ambik duit sendiri dari poket seluar dia....
Masa saya kecik, saya selalu jawab 'sayang ayah' kalau orang tanya.. walhal saya sayangkan Ma dan Ayah- dua-dua sekali..

Saya hanya makan apa yang Ma masak. Saya tak masak masa saya kecik, kecuali goreng keropok adaler..Tu pun minyak panas terpercik kat muka saya, sampai susah payah Ma dan Ayah cari ubat.. hehe .. Naik sekolah menengah pun saya hanya tolong sikit-sikit, saya tak boleh masak sendiri sebab tak tahu nak letak apa dan apa mengikut turutan supaya jadi sedap..

Dalam adik beradik saya, masa kita kecik, Kak Za dan Kak Ros yang rajin masak, adik saya Uya pun suka masak. Begitu juga adik saya Aa.. yang lain lebih kurang dengan saya jer....

Berbeza dengan Roza, dia berfikir dan juga dia memasak untuk adik-adiknya.. Kesian saya baca life dia..

Dia mendapat ilmu dari kesusahan yang dia lalui. Saya pula mendapat ilmu dari apa yang saya lalui dalam keadaan mudah...

Wallahua'lam..

Pada saya, semua yang kita lalui ada hikmah dan nikmatnya dan saya sangat mensyukuri semua nikmat yang Allah kurniakan..amin