Khamis, 10 September 2009

Umi..

Ni satu lagi gambar yang saya suka. Satu gambar yang Tiqie ambik masa Umi tengah suap Aisyah, dan yang ini gambar Jep ambik masa kat rumah Gee Din lepas solat terawih dan tahlil kat sana.

Adik-adik ni memang mempunyai skill yang sangat bagus dan sudah tentulah kamera mereka juga sangat bagus.. Saya suka melihat hasil kerja orang dan bagi saya semua orang selalu mempunyai sesuatu yang menyebabkan saya teruja..
Contohnya gambar yang diambik..





Rabu, 9 September 2009

090909

090909

Cantikkan nombor hari ni..
090909..
9 Sep 2009..

Ada rahsia ker di sebalik nombor? Wallahua'lam..
yang penting hari ni Ramadhan sudah hampir berlalu meninggalkan kita..
Berapa hari lagi tinggal bulan puasa..
semoga saya mendapat keberkatan di bulan ini, dalam meniti hari-hari terakhir Ramadhan Mubarak..

Selasa, 8 September 2009

Umi Suap Aisyah

Aisyah My Beloved Princess....




Ni masa kat iftar Mesia Hall, Tiqie ambik gambar masa Umi suap Aisyah..
candid.. pandai ler Kak Tiqie ni..
Artikel..

Ni artikel yang bagus jugak sambungan pasal kedudukan undang-undang Syariah di negara kita.. sebelum ni ada NGO yang hantar memorandum meminta peruntukan menghukum orang islam sebab melakukan jenayah dalam pandangan islam ditiadakan. Maknanya amalan agama seharusnya jadi amalan peribadi. kalau sesiapa nak solat, itu dia punya suka. Sesiapa nak minum arak, itu pun dia punya suka.

Tadi, saya ke Cafe Kebab di Bundoora Square tadi nak beli kebab untuk Aisyah buka puasa, tetiba saya nampak dua orang lelaki Arab order nasi beriani kebab dan makan dengan selambanya depan kita orang. Aisyah tanya, 'Orang tu tak puasa ke Bah?' Dan my Husband cuma jawab..'Agaknya dia orang Arab yang tak islam kot. Sebab orang Arab ni ada yang islam dan ada yang tak islam. pastu yang Islam pun ada yang tak ikut agama, tak halal pun ada yang makan jer, macam masa Abah kat UK dulu, ada kawan-kawan Arab makan kat McD tak halal, pastu kata.. Baca bismillah makan je ler..'

Kita tak mahu Malaysia jadi bebas sebegitu.. Kita ingin islam terus terjaga. Undang-undang mengawal selia hidup kita.. Mudah2an masa depan lebih baik untuk islam di Malaysia.. amin
_________

Enakmen jenayah syariah hak mutlak umat Islam
Zainul Rijal Abu Bakar


BEBERAPA pertubuhan berasaskan gender baru-baru ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendesak kerajaan mengkaji semula Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah dalam maksud memansuhkannya agar membolehkan semua rakyat dikawal melalui Kanun Keseksaan Undang-Undang Persekutuan.

Desakan sebegini bukanlah baru, malah sudah berulang kali diutarakan pihak tertentu. Walaupun diberi penerangan jelas berkaitan kedudukan undang-undang jenayah syariah ini dalam negara kita, mereka masih terus memperjuangkan matlamat mereka ini dan menolak sebarang penjelasan.

Sebenarnya, di negara ini undang-undang jenayah syariah wujud sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi. Malah pada zaman sebelum penjajah lagi ia wujud begitulah juga pada zaman penjajah sehingga ke hari ini.

Undang-Undang lama seperti Kanun Melaka dan Undang-Undang 99 Perak, malah tulisan di Batu Bersurat Terengganu adalah manifestasi aplikasi undang-undang jenayah syariah di bumi Nusantara. Tidak keterlaluan jika dikatakan Raja-Raja Melayu juga adalah ilmuan Islam dan berjuang mendalami agama serta mengaplikasinya.

Sebahagian daripada kesalahan jenayah syariah itu sebenarnya sudah wujud sebelum kemerdekaan lagi. Umpamanya Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Selangor 1952 memperuntukkan kesalahan jenayah syariah yang boleh dihukum. Malah Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan adalah undang-undang utama dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka adalah terbatal jika bertentangan dengan Perlembagaan. Oleh yang demikian, sekiranya undang-undang jenayah syariah itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan ia tidak terbatal kerana undang-undang itu sebelum Hari Merdeka lagi.

Mahkamah Persekutuan di dalam kes Sulaiman Takrib lwn Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan antara lainnya kesalahan jenayah syariah yang ada di dalam Enakmen Jenayah Syariah Terengganu dan Selangor adalah berperlembagaan dan sah di kaca mata perlembagaan itu sendiri. Mengapakah keputusan Mahkamah Persekutuan ini tidak diteliti dan hayati?

Penulis tidak nampak dari sudut manakah kesalahan jenayah syariah itu melanggar Perlembagaan Persekutuan. Apatah lagi jika dikaji dari sudut agama juga, sudah tentu kita akan mendapati ia amat bersesuaian dengan apa yang dianjurkan al-Quran dan Sunnah. Tambahan pula ulama sudah menjelaskan isu ini dengan terperinci.

Isu kerajaan tidak sepatutnya menjadi polis moral juga tidak boleh diterima kerana kerajaan bertanggungjawab mengawal tataatur masyarakat menjamin ahli masyarakat hidup dalam aman dan damai. Undang-undang kesalahan jenayah syariah yang hendak dimansuhkan itu sebenarnya terdiri daripada beberapa bahagian yang mengandungi kesalahan yang amat terhad iaitu kesalahan berhubungan dengan akidah (Bahagian II), Kesalahan berhubungan dengan kesucian Agama Islam dan Institusinya (Bahagian III), Kesalahan berhubungan dengan kesusilaan (Bahagian IV) dan Kesalahan Pelbagai (Bahagian V).

Meneliti senarai di atas, sudah pasti kita akan mendapati bahawa undang-undang itu amat perlu bagi menjaga maslahah umat Islam di negara kita. Tidak timbul isu bahawa kerajaan mengganggu kebebasan rakyat kerana kesalahan itu memang jelas bertentangan dengan kehendak Islam.

Undang-undang jenayah sivil pada awalnya adalah berteraskan kepada undang-undang moral. Umpamanya mencuri dilihat sebagai suatu perbuatan yang tidak bermoral kerana ia akan mengakibatkan kezaliman dan kegagalan menjamin hak rakyat menggunakan harta. Oleh hal yang demikian suatu undang-undang digubal bagi menangani gejala ini dan dijadikan suatu kesalahan. Sekiranya kita tidak mahu mencampuri urusan moral maka terpaksalah kita mengkaji semula banyak undang-undang kesalahan jenayah yang sedang berkuat kuasa dan sudah tentulah ia akan merobek keutuhan masyarakat kita.

Pendita Zaaba juga pernah menceritakan perihal orang Melayu iaitu "sejak orang Melayu memeluk agama Islam sehingga ke hari ini, mereka amat setia dan amat keras pegangannya pada agama yang mereka anuti ini. Walaupun mereka jahil banyak dari segi pengamalan dan kefahaman agama, namun mereka tetap menganggap bahawa itulah satu-satunya agama yang terbaik dan benar, dan tidak ada apapun hujah ataupun pujukan daripada orang kafir yang boleh mengubah sikap mereka yang demikian itu."

Sebarang usaha memansuhkan enakmen jenayah syariah ini tidak dapat diterima oleh orang Islam. Ia bukan tiba-tiba muncul pada tarikh kemerdekaan negara. Susun atur yang ada beratus tahun sebelum merdeka telah menjana kedudukan agama Islam yang istimewa di negara kita termasuklah undang-undang jenayah syariah. Memansuhkan undang-undang jenayah syariah yang merentasi masa panjang ini akan hanya membawa implikasi serius dan menafikan hak orang Islam untuk mengamalkan agamanya sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Penulis adalah Peguam bela dan Peguam cara, peguam Syarie.

Isnin, 7 September 2009

Program..

Meeting VMPG dan Iftar VMPG 5 Sep

Pada 5 Sep, petangnya ada meeting VMPG antara AJK lama dan AJK baru- bincang-bincang dan berusaha mendapatkan apakah plan yang boleh kami buat sepanjang sesi ini. Dalam mesyuarat tersebut, akhirnya dibuat ler sedikit simbolik penyarahan amanah pimpinan antara Hanif Presiden sesi lama yang menyerahkan file VMPG kepada saya sebagai menyambung amanah Presiden baru sesi 09/10 ini.


Hanif dan saya.. Hanif ni anak murid saya tahun 98 di NCUK sebelum dia berangkat ke UK untuk degree dulu.. Lamanya berlalu, tetiba berjumpa di Melbourne dan dia sekarang senior saya buat PhD..


Lepas meeting, tunggu majlis khatam Quran dan seterusnya iftar...



Masa solat maghrib di ruang bawah Mesia Hall..
_____________________

6 Sep Iftar Madrasah Muhajirin dan Derma Rohingya


Aisyah dan kawan-kawan buat persembahan...

Kanak-kanak yang menjadi penonton dan pendengar syarahan saya... ramai lagi di belakangnya.. Mak Ayah duduk atas kerusi di sebelah kanan anak-anak ini..



Dalam program tersebut, saya diminta menyampaikan talk untuk inculcate nilai charity, caring and sharing kepada anak-anak... Jadi talk tu macam bersembang dengan budak-budak..masanya dalam 15 mt sahaja. Saya tanya soalan cam..'Who is fasting today? Ok.. wonderful.. ' Who comes here with your mummy and daddy? good.. Ok now let us see around us, there are many people who are not as fortunate as we are... Some of them do not have homes, no toys, no books, even some of them do not have parents, they are orphans.. 'Saya tunjukkan slide kanak-kanak Palestin, anak-anak minta sedekah, orphans dan lain-lain.. Semua anak-anak bulat mata tengok saya..

Last sekali saya tunjukkan gambar Anak-anak Yatim Rohingya.. saya tunjuk slide gambar sekolah dia orang, tidur atas lantai, makanan tak cukup dan lain-lain.. Akhirnya saya tanya, 'Do you think that we can help them?' Semua jawab..'Yes.." Saya tanya lagi, 'Do you think that we should help them?' Semua jawab 'Yes..'..



Kemuncaknya, saya kata..'Ok my beloved children, now you go to your parents and ask them nicely.. Mummy daddy can we help them? If you have some money then go to the box, put in the box and say, 'Oo Allah, i want to help them, please accept my donation.'



Alhamdulillah selepas talk, masing-masing berpusu-pusu mencari ibu bapa dan dapatkan duit untuk dimasukkan dalam tabung di depan dewan.. Akhirnya, dengan syukur pada ALlah, malam tersebut, kita berjaya mengutip AUD 821 bersamaan dengan RM2300 (lebih kurang) untuk derma anak-anak yatim Rohingya di Malaysia.

Macamna saya boleh dapatkan Sekolah Anak yatim Rohingya? Sebenarnya saya plan nak kasi derma nanti pada anak-anak Tsunami di Acheh, tetapi masa saya google internet mencari mengenai donation, saya termasuk web mengenai anak-anak Rohingya. Saya terus email kepada En Muhammad (email yang ada di website tersebut) dan akhirnya mereka bersetuju untuk menerima derma dari kami. Akhirnya saya secara bidan terjun, dilantik sebagai Volunteer Muslim Aid untuk tujuan ini. Subhanallah, Allah jua pengatur segala urusan.

Terima kasih kepada En Muhammad dari Muslim Aid Malaysia yang sudi bekerjasama dengan kami..


Inilah Sekolah yang Aisyah hadiri setiap Ahad.. Madrasah al-Muhajirin yang menumpang tempat di ILIM College, Dallas.

Kami balik lepas solat terawih, Abah pun tolong vacum dewan lepas terawih. Jam 10 mlm baru sampai rumah..

Sabtu, 5 September 2009

Abah Balik..

Gembiranya Aisyah...

Dalam entry sebelum-belum ini hanya ada Aisyah dan Umi.. sebenarnya memang kami berdua kerana Abah balik ke Mesia. Hari ini, hari paling gembira pada Aisyah.. dia sangat teruja menunggu abah balik.

Siapkan hadiah dan kad untuk Abah sempena Father's Day yang disambut 6 Sept di Australia. Aisyah beli sendiri hadiah yang dijual di sekolahnya (AUD5) dan dia balut sendiri, ikat riben dan letak kad yang dituliskan untuk Abah..

Aisyah tengah sibuk balut hadiah untuk Abah..

Dan hari ini jam 8 pagi tadi Sabtu 5 Sep, Abah selamat sampai ke Melbourne Airport. Banyaknya barang yang dibawak.. sebahagian besar adalah makanan yang saya kirim.. hehe.. Alhamdulillah tak ada makanan yang kena buang oleh pihak Kastam..

Apa yang saya kirim?
Apa lagi.. barang yang memudahkan kerjaya saya sebagai Masterchef seperti: perencah adabi-nasi goreng kampung, nasi goreng belacan, mee goreng, cekodok, rempah adabi, sup bunjut, mee maggy asam laksa,[kat sini ada tapi tak sedap.. maggy jangan makan selalu, saya makan sebulan adalah sekali tapi ia penting untuk bekalan semasa sesak...hehe..]. Yang penting juga nasi himpit, ikan bilis yang lembut dah belah tu. Kat sini ikan bilis dia keras keding. Dan juga mencuci pinggan axion yang tak ada kat ostolia ni.



Aisyah dapat hadiah tak?
Dapat..
Mana pernah makcik comel tu tak dapat hadiah dari Abah..
Apa hadiahnya...

Taraaa.....
Sticker Barbie, CD Barbie, Jam Barbie...

Alhamdulillah...

____________

p/s Hari Sabtu tu saya ada mesyuarat Jawatankuasa baru VMPG di Mesia Hall jam 2 pm. Lepas mesyuarat join program Khatam Quran dan terus majlis berbuka anjuran VMPG, EHSAN, KUAM, Komuniti BUndoora dan KpVic. Makanan Restoran Lazzat yang buat, banyak makanan yang lebih sebab walaupun penuh Mesia Hall, tapi sebenarnya kurang dari sasaran. Kita budget nasi untuk 300 orang, tapi yang hadir rasanya dalam 120 -150 orang..Balik rumah jam 10 mlm

Jumaat, 4 September 2009

Aisyah

Akhirnya...

Sambungan cite semalam....

Saya balik dan terus masuk bilik, saya baring atas katil. Campur sejuk, jadi memang best ler dapat baring, ambik selimut terus cover diri saya.. Saya memang tak tau apa approach yang sesuai dalam keadaan ni. Aisyah memangler budak kecik tapi dia juga budak besar.. isyyy..

Akhirnya Aisyah pun baring sebelah saya. Dia tengok je saya...
Saya pun tanya soalan dengan baik, sambil baring dan dia toleh kat saya, saya tengok kat Aisyah..

'Aisyah puasa tak hari ni?'
'Puasa!'
'Betul-betul puasa atau puasa separuh hari?'
'Aisyah puasa Umi.. napa Umi tanya?'
'Aisyah tengok Umi yer.. Umi dapat tau Aisyah makan kat sekolah. Alhamdulillah ada yang bagitau, kalau tidak Umi tak tau yang anak Umi tak puasa betul-betul..'
Aisyah diam jer..
'Aisyah tengok Umi yer.. Aisyah rasa bagus tak kalau Aisyah puasa tapi makan, pastu tak bagitau pun tak puasa..tipu Umi tak baikkan?'

Diam jer..

'Esok Aisyah takyah bangun sahur ye. Kol 8 pagi Umi buat breakfast untuk Aisyah, pastu Aisyah bawak bekal untuk lunch. Bila masuk waktu lunch Aisyah makanlah.. Takyah puasa esok. Kalau ada yang tanya, Aisyah kata..'I'm no fasting'.

'Taknak..Aisyah nak puasa..' terus menangis.. meleleh-leleh air mata..

Kemudian dia pun berstory ler macam-macam..

'Aisyah terliur Shazia makan gula-gula, lepas tu dia kasi sebijik, Aisyah pun makan. Tapi Aisyah sambung puasa lepas tu. Pastu Cikgu bagi buah, cikgu suruh makan dalam kelas. Semua orang makan, Aisyah pun makan jugak. Tapi lepas tu Aisyah sambung puasa Umi..Bukan Aisyah je Umi, kawan-kawan yang lain pun sama, ada yang minum masa kat toilet tapi sambung puasa balik.. ' Sambil mengesat air mata yang meleleh..

Kesian anak saya.. suasana di sini mencabar jatidiri dia.. Dia belum cukup kuat untuk menahan diri..

'Kita tak boleh buat macam tu. Dulu Aisyah 6 tahun, 7 tahun..boleh lah Aisyah puasa separuh hari. Tapi sekarang you're turning 8. Aisyah dah besar. Tak boleh main-main puasa. Umi tak tengok Aisyah makan, tapi Allah tengok..'

'Aisyah kena ingat selalu..I am a Muslim. I want to do what Allah wants. Aisyah kan dah baca ayat Quran Allah said, sapa buat yang baik-baik, ikut suruhan Allah, nanti Allah nak kasi syurga. Kita kena sabar walaupun lapar, letih.. Nanti Allah puji Aisyah, 'Aisyah ni sabar.., puasa sampai habis, dia kuat semangat tak makan macam kawan-kawan dia makan..' Aisyah ingat yer. Kalau Aisyah lapar sangat sampai rasa nak pengsan, nak muntah, tak dapat tahan langsung, baru lah Aisyah bukak puasa tapi kena bagitau Umi lain kali..Jangan buat macam ni, Umi rasa sedih anak Umi puasa tak betul-betul walaupun dah turning 8. Aisyah paham tak Umi cakap?'

'Paham Umi. Nanti Aisyah nak jadi kuat. I will tell my teacher if she asks me to eat fruit, Aisyah nak cakap, 'I'm fasting. I can't eat now'. Aisyah tak nak makan atau minum kat toilet sebab Allah nampak apa Aisyah buat. Aisyah nak sahur esok Umi.. please...'

Aisyah cium tangan saya..'Umi, I'm sorry'..
Saya pun peluk Aisyah..
------------

Wallahua'lam..
Semoga benarlah Aisyah dalam usahanya. Semoga sedari kecil bersungguh berpegang pada tiang... Dan bawa ke besar, semoga makin teguh pegangannya itu.. amin

Nak Berstory..

Adoiii......

Semalam saya rasa sangat boring.. plus geram.. plus marah.. plus macam-macam..
Udahler saya baca buku Methodology tak habis-habis, kena tulis chapter tak betul-betul..Saya dapat tahu Aisyah makan buah kat sekolah masa fruit time dan tak bagitau bahawa dia dah tak puasa.. Napa pulak Aisyah ni?

Macamna saya nak buat yer.. katanya bukan sekali, maybe 3-4 hari.. isyy..
Saya pikir dengan begitu serius..
Susahnya suasana kat sini..
Cikgunya memang tak sokong budak puasa cos they said they're still small..
Pastu di sekolah ada fruit and recess time, cikgu bagi buah sorang satu kat semua kanak-kanak..then they have to finish the food/fruit in front of the teacher..
Pastu lak, kawan-kawannya yang tak muslim memang makan cam biasa depan dia.
Pastu pulak ada kawan-kawan muslim dari Bangladesh, Indon, Mesia tak puasa dan makan coklat, beli kat kantin depan dia..
Rupanya Aisyah pun makan sekali.. isyyy..

Saya tak tau nak buat macamna..
Nak marah?
Nak tengking?
Nak slow talk?
Diplomasi manjang ke nak kena tegaskan peraturan..
Nak buat macamna ni..
Saya sangat tak seronok dengar perkembangan camni- anak kita, anak kawan2.. yang penting anak orang islam..

Saya diam jer sepanjang jemput Aisyah balik dari sekolah..
Aisyah tanya,'Umi, why are you not happy Umi?'
'I have something in my mind'
'About what Umi?'
'About my family..'
'Umi, do you want to tell Aisyah now?'
'No.. not now..'
Pastu saya diam jer..

......
Bersambung..

Rabu, 2 September 2009

Fair Fares

Fair Fares 2 Sep 09

Hari ni, jam 1pm, saya naik train ke Melbourne City untuk sama-sama involve dalam Public Rally demanding for fair fares for international students. Kalau usaha ini berjaya, maknanya kita akan dapat 50% discount dari jumlah tambang yang dibayar sekarang. VMPG jadi supporter for the move under Hanif's leadership. Jadi bila saya jadi Presiden, usaha ini diteruskan sebagai sebahagian dari usaha menjaga kebajikan pelajar-pelajar Malaysia terutama Postgraduate di Victoria.

Perhimpunan diadakan di Depan State Library, Swanston St. Saya sekarang dah pandai dah pasal jalan, naik train terus ke Melbourne Central. Pastu keluar ikut arrow ke Swanston St, keluar depan Nando, betul-betul berdepan dengan State Library.. Senang macam ni boleh ler saya ingat...

Kami berjumpa di sana.. Ada lebih 10 orang mewakili VMPG. Kemudian march to Parliment. Bagi pihak VMPG, saya bersetuju, bahkan meminta Hanif untuk berucap di tangga depan Parlimen bersama pimpinan international students yang lain.. Hanif lagi layak dan patut untuk bercakap di majlis tersebut kerana projek ini berada di bawah usahanya dulu secara direct semasa dia menjadi Presiden dan penghormatan tersebut wajar diberikan kepadanya. Tahniah pada Hanif atas ucapan yang sangat memberangsangkan.. Akhirnya lebih dari 15 ribu tandatangan pelajar yang dikumpulkan diserahkan kepada dua orang wakil Parlimen Victoria.
Saya balik jam 3.30pm..

Hari ini, satu pengalaman yang menarik...


Ustaz Zul dengan semangatnyer..


Semangat vmpg...

Wakil2 vmpg

wakil2 vmpg- gambar sama, apa bezanyer??? cuba teka?
betol, gambar atas, saya ada, gambar bawah saya takde... hehe..


Depan State Library...

Selasa, 1 September 2009

Aisyah Darling

Baca Quran..1 Sep 09

Pagi tadi lepas sahur, lepas solat subuh.. Aisyah baca 1 muka surat Quran surah al-Baqarah..
Dengan separa ikhlas jugak tu..
Mana kita nak tau ikhlas ke tak?
Sebabnya dengan muka sepe'et, dia asyik mintak kurang saja..
'Umi, Aisyah baca dua ayat je ler ye Umi..'
'No..1 muka'
'Umi, Aisyah kanak-kanak lagi.. Aisyah baca 4 ayat je ler yer Umi..Aisyah nak tengok TV'.
''No way. 1 muka jugak..'

Jadi dengan muka seposen, Aisyah baca salah-salah.. mata tak tengok Quran, tengok mana-mana entah...saya pun tegur, ada tegur lembut, ada tegur kasar, ada saya marah..'Baca betul-betul ler Aisyah. Nak Umi marah ke?'
Dengan muka sepe'et tu, dia baca ler jugak..

Tetiba sampai ayat tengah mukasurat tu, ayat dia baca bunyi, 'Wallazina amanu wa amilus solihat, falahum fil jannah.........'

Saya pun cakap dengan Aisyah dengan lembut dan diplomasi..'Aisyah tau tak apa makna ayat yang Aisyah baca ni.. Allah kata, Orang yang ada iman, percaya Allah tu Tuhan kita, lepas tu suka buat amalan yang baik, suka sembahyang, suka baca quran, suka tolong orang susah, dengar cakap mak ayah.. orang-orang tu Allah akan bagi dia masuk syurga jannah.. lepastu Allah kata, semua orang yang masuk syurga tu.. duduk elok-elok dalam syurga, tak keluar-keluar dah.. kekal dalam syurga..Aisyah nak tak jadi orang yang Allah sebut tu?'

Terus mata dia bulat..'Nak Umi.. Aisyah nak masuk syurga jannah. Mulai hari ni Aisyah nak baca Quran tiap hari 1 mukasurat, Aisyah nak cepat pandai.. Aisyah nak baca quran fasih macam Umi, takde salah-salah.. Aisyah janji yer Umi..'

Alhamdulillah...Aisyah terus baca sampai habis..
Saya doakan yang terbaik untuk Aisyah, my beloved princess.. buah hati pengarang jantung.. semoga menjadi anak yang solehah sepanjang zaman.

Semoga Allah berkati kami sekeluarga..
dan anda juga, pembaca blog ini.

Federalism

Artikel

Artikel yang bagus untuk memahami tentang negara kita tercinta. Ada cerita penting dalam ni kenapa setiap negeri berbeza pentadbiran agama Islam. Artikel ni kawan saya tulis, jadi saya kena bagi sokongan.. . Berkebetulan ada yang tanya saya soalan2 pasal federal dan state sebelum ni, jadi baca ler artikel di bawah ini.. or pergilah ke Berita Harian 31 Ogos 09 ruangan agama setiap Isnin.

______________

Pusat Perlu Hormati Hak Negeri tadbir Islam
Oleh: Zainul Rijal Abu bakar

SEBAGAI sebuah negara yang mengamalkan konsep Persekutuan, Malaysia mempunyai dua badan pembuat undang-undang utama, iaitu Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kedua-dua badan ini mempunyai fungsinya tersendiri. Selain Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat juga mengamalkan konsep Negara Persekutuan atau Federal. Namun Persekutuan Malaysia agak berbeza dengan Persekutuan negara lain dari sudut hubungan antara Persekutuan dan negeri itu sendiri.

Hubungan antara Persekutuan dan negeri dalam Malaysia dinyatakan secara khusus di dalam Bahagian VI Perlembagaan Persekutuan. Perkara 74 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Parlimen mempunyai kuasa menggubal undang-undang dalam perkara yang dinyatakan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama, manakala DUN pula mempunyai kuasa menggubal undang-undang dalam perkara yang dinyatakan di dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama.

Dalam hal yang demikian fungsi kedua-dua badan itu digariskan. Mereka seharusnya saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun penulis tidak berhasrat untuk membincangkan isu Perlembagaan ini, cukup sekadar menyatakan bahawa antara perkara yang wujud di dalam Senarai Negeri ialah hal ehwal berkaitan dengan agama Islam bagi negeri-negeri selain Wilayah Persekutuan.

Dalam erti kata lain Islam terletak di dalam bidang kuasa negeri. Hal yang demikian dapatlah difahami kerana Sultan adalah Ketua Agama bagi negerinya. Keharmonian ini ditambahkan lagi apabila setiap Sultan atau Raja yang menaiki takhta Yang di-Pertuan Agong dan timbalannya, baginda perlulah bersumpah akan mempertahankan Islam pada setiap masa.

Hal ini bukan hanya tradisi yang berlaku selepas negara mencapai kemerdekaan malah, sejak kedatangan Islam ke Nusantara, undang-undang adat juga membuat penye-suaian di dalam suasana dan persekitaran Islam secara berperingkat.Sehingga adat Melayu dan aturan Islam begitu bertaut dalam landskap pemerintahan Raja Melayu seperti pepatah Melayu yang menyatakan 'adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitab Allah, syarak mengata adat memakai, cermin yang tidak kabur, pelita yang tidak padam.'

Malah sejak sebelum penjajahan lagi, Islam memainkan peranan utama di dalam masyarakat Melayu Nusantara. Tatkala penjajah datang kedudukan agama Islam, terutama di dalam undang-undang keluarga Islam tidak diusik penjajah. Undang-Undang 99 Perak umpamanya mengusir orang yang tidak berpandukan al-Quran dan Sunnah ke dalam hutan, pemimpin yang tidak mempercayai al-Quran dan Sunnah juga tidak layak menerajui kepemimpinan negeri.

Raja mempunyai kuasa yang besar dalam hal ehwal Islam. Kuasa Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam ketika penjajahan juga tidak disentuh.

Ibn Naqib al Misri di dalam bukunya Al umdat wa al salik menyatakan fungsi Raja ialah:
-Menjaga hal ehwal umat Islam;
-Memastikan kedaulatan agama Islam terpelihara;
-Memastikan umat Islam belajar hukum hakam agama;
-Mengembangkan syiar Islam melalui dakwah dan penaklukan;
-Mempertahankan negara Islam daripada pencerobohan kuasa kuffar;
-Memudahkan dan memberi khidmat kepada jemaah haji;
-Mengimami solat Jumaat secara sendiri atau wakil; dan
-Menjadi wali hakim.

Berbalik kepada hal ehwal Islam yang terletak di dalam bidang kuasa negeri ini, sudah tentulah perkara yang sedikit ini menjadi autonomi kepada negeri di dalam menegakkan syiar Islam selain di Wilayah Persekutuan. Ini termasuk penubuhan majlis agama negeri, mufti, mahkamah syariah dan jabatan agama. Hal ehwal Islam sebagai perkara negeri ini bukanlah hanya deklarasi. Ia mempunyai kesan perundangan dan implikasi yang besar terhadap hubungan antara Persekutuan dan negeri. Apatah lagi undang-undang Islam mempunyai jurisprudennya yang tersendiri yang kadangkala tidak difahami orang yang tidak mendalami undang-undang Islam.

Dalam erti kata lain Kerajaan Persekutuan tidak boleh mencampuri urusan agama Islam kerana ia adalah urusan negeri yang diketuai Ketua Agama melainkan mendapat perkenan Raja-Raja Melayu. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan negeri mempunyai kuasa penuh di dalam hal ehwal Islam. Begitu juga sebaliknya kerajaan negeri tidak boleh mencampuri urusan Persekutuan seperti imigresen, pertahanan dan ketenteraman awam.

Oleh yang demikian kedua-dua badan perundangan, eksekutif di peringkat Persekutuan dan negeri perlulah menghormati kedudukan ini dan tidak melewati sempadan yang diperuntukkan itu. Mencampuri urusan badan yang lain hanya akan menggugat konsep federalisme ini. Kesannya kedua-dua badan perundangan ini akan hilang identitinya dan bertindak di luar batasan yang diberikan. Ketidakharmonian ini akan menyebabkan perjalanan urusan negara menjadi tergendala.

-Penulis ialah Peguam Syarie, Peguam Bela dan Peguam Cara

Isnin, 31 Ogos 2009

Iftar kat Universiti

Jumaat.. 29 Ogos 09

Hari Jumaat lepas adalah hari Malaysian food untuk iftar di University. So pakai-pakar masak-memasak semuanya pakat turun padang, saya pun turun jugak, walaupun bukan pakar.. tunjuk muka walaupun dengan memotong sebiji bawang bagi saya adalah besar peranannya.. Kerna ia menzahirkan semangat kita memberi sokongan dan menghargai kesungguhan chef-chef tu semua..

Jadi saya hari tu bukanlah setakat potong bawang saja, saya kacau kuah, basuh periuk, potong salad.. tu kira power dah tu... hehe.. Aisyah kata auntie-auntie yang suka masak ni agaknya masa dia orang kecik dulu-dulu suka jadi mak-mak masa main masak-masak kot..hehehe.. Analisa yang baik tapi bukan bersifat empirical study..

Akhirnya ramailah yang turun meraikan Malaysian food- orang Arab, orang Somalia, orang Lubnan, orang Singapore dan lain-lain lagi sama-sama makan.. Saya pun makan jugak dengan Aisyah..bahkan sebab saya solat maghrib kat dewan makan, maka saya dan Aisyah telah menjadi orang pertama lagi yang beratur nak ambik nasi.. haha..tu kira pecah rekod.

Gambar ada dalam Facebook Ummi Salwa, saya pun ada copy 3 keping gambar dalam Facebook saya..

___

Membaca..

Saya baru masuk juz 9... lambatnya saya ni... ada orang dah nak khatam dah..

Saya sekarang dalam sibuk-sibuk ni, berjaya menghabiskan sebuah novel bertajuk Half Breed. Kisahnya mengenai anak luar nikah zaman dulu yang dipanggil bastard dan dipandang hina.. Bestnya citenya..

Pastu saya sekarang juga sedang baca dengan penuh tekun sebuah buku bertajuk "Research Methods for Law'- Edited by Mike McConville and Wing Hong Chui..ianya sangat-sangat bagus untuk sesiapa yang ingin buat Masters or PhD dalam bidang undang2.. Patutler Supervisor saya tak puas hati saya punya proposal mengenai methodology, rupanya ada banyak lagi yang saya patut masukkan.. Buku ini akan membantu anda semua. Sila cari di mana-mana kedai buku berhampiran.

Merdeka 31 Ogos 2009....

Negaraku Tercinta..

Malaysia
Selamat Menyambut hari Kemerdekaan ke 52
Semoga hari-hari bakal mendatang..
Menjanjikan kebaikan untuk kita semua

Kita bertanggungjawab menjaga tamadun ini
Islam di Sepanyol hilang walaupun hebat selama 800 tahun
Apakah bakal terjadi kepada bumi Malaysia

Di suatu ketika nanti
Jika anak cucu kita bertanya,
'Wahai Ibu, wahai Ayah..
Apa sumbangan ibu ayah terhadap kecemerlangan agama di negara ini'

Justeru..
Saya
Anda
Siapa sahaja..
Kita bertanggungjawab
Menjaga negara kita
Menjaga agama kita
Menjaga budi bahasa kita
Menjaga anak cucu kita

Supaya masa depan negara terus gemilang
tamadun terus terjaga
Islam terus diangkat
Dalam kapasiti yang ada

Semoga..
Apabila kita tiada
Ada nama dan jasa
Ada jawapan yang boleh kita sembahkan
Dihadapan Allah..
'Bahawa saya telah berusaha..
Terimalah usaha saya..
Dan ampunilah saya...'


Hidayah
31 Ogos 09
Melbourne

Selamat berpuasa..

Selasa 29 Ogos..


Saya tulis agak panjang, tapi disiarkan agak pendek.. takpelah..

Semoga keberkatan Ramadhan akan Allah anugerahkan kepada kita semua.. amin
Aisyah baca 1 mukasurat Quran lepas Subuh tadi.. walaupun dengan separa ikhlas.. ok ler untuk hari ini..


Yang disiarkan...



Sabtu, 29 Ogos 2009

Aisyah Sleepover

Aisyah's story..

Aisyah sebenarnya ada cerita happy sangat sebab dia ikut program Grade 2 Sleepover di Sekolah pada 13 -14 August 09. Aisyah tidur kat sekolah dengan kawan-kawan- ada night walk, main games..Esok paginya pergi naik bas ke Melbourne City- ke museum, lunch kat Carlton gardens, pergi Melb aquarium, dan tengok movie IMAX sambil makan popcorn. Budak muslim yang ikut program ni ada 5 orang. Kami requested for halal meat. Semua orang kena bayar AUD55 untuk ikut program ni..Mahalkan? .Tak kasi pun susah, kasi pun susah... hehe..

Nanti Aisyah citekan pengalamannya sendiri soon..
_____________

Khamis, 27 Ogos 2009

Parents..

Ma dan Ayah..

Tadi, saya berym dengan Ma dan dapat tengok camera gambar Ma dan Ayah di kampung. My sister Aa balik kampung dan dia ada broadband.. Bestnya dapat tengok muka Ma dan Ayah. Saya rindukan my mother and my father.. Semoga Allah selalu kuatkan mereka, bagi sihat, bagi tenang untuk terus beramal dan ceria selalu. Saya bercerita-cerita lagi dengan Ma.. Tapi PC saya kat opis takde microfon jadi saya kena tulis apa saya nak sembang dan Ma akan balas ler secara lisan.. kelakar gak..

Keluarga saya di Kota Bharu.. saya sangat sayangkan semua yang ada.. Ma dan Ayah dan adik beradik saya 11 orang.. [Ramainyer..hehe..] Ma bagi resipi lagi.. Ayam masak kurma, buat tu ler, buat ni ler...haha.. sebab Ma risau saya tak masak untuk Aisyah.. Adik saya kata sebabnya saya tak ada siput kat jari saya.. Ma ada siput di dua-dua ibu jari.. hehe..Nanti saya akan buat resipi yang Ma bagi tu..no worries..hari ni saya try satu.. minggu depan try lagi satu..

Keluarga saya ada Dana. Setiap bulan semua yang bekerja 'wajib' untuk masukkan sejumlah wang gaji (mengikut kemampuan) dan adik saya Ree yang jadi Penjaga Akaun.. Dia bertugas menyelaraskan semua kutipan. Dana ni saya yang tubuhkan mulai tahun 1996, saya jaga akaun.. Setiap hujung tahun record akaun akan diemail pada semua adik beradik dan ditablekan di hadapan Ma dan Ayah untuk pengetahuan mereka sahaja..

Lepas tahun 2000, adik saya Ree jadi Pengurusnya.. Setiap 2hb setiap bulan, semua orang akan dapat sms dari Ree, maklumkan jumlah pembahagian wang dan ke mana dibayar.. Semua orang perlu bank in duit sebelum 5hb.. Kalau tak bubuh, atau lambat.. nanti Ree mengamuk...[hehehe...]

Jadi setiap bulan:

Kak Nik- kasi RM XXX
Kak Za- kasi RM XXX
Saya-kasi RM XXX
Adik saya Uya-kasi RM XXX
Adik saya Ree-kasi RM XXX
Adik saya Tie-kasi RM XXX
Adik saya Die-kasi RM XXX
Adik saya Na-kasi RM XXX

yang belum kerja- tak kasi ler..

Jumlah semua adalah RM XXXX.XX
---------

Lepas tu Ree akan selesaikan:

-Bayar bil elektrik Ma dan Ayah
-Bayar bil telefon ma dan Ayah
-bayar Astro Ma dan Ayah
-Bayar kereta NAZA Ma dan Ayah
-Bank in duit poket untuk Hafiz di Politeknik
-Duit barang dapur
-Duit untuk Ma beli barang ikut suka hati -RM 400
-Duit untuk Ayah beli barang ikut suka hati-RM300

Lebihnya bawak ke bulan depan...
kalau ada kecemasan- semua orang akan memberi dengan kadar dipersetujui..
Bulan depan, yang sama akan berlaku... begitulah seterusnya..
Kalau ada yang balik kampung atau masa hari raya, kasi duit pada Ma dan Ayah, tu kira buah tangan ler.. yang Dana ni wajib punya setiap bulan.

Begitulah sumbangan yang kami buat untuk our beloved parents.. Ma dan Ayah, buah hati, kecintaan kami, penjaga kami dan pemberi kasih sayang sepanjang hidup kami..Semoga Allah menyayangi Ma dan Ayah kami sepertimana mereka menyayangi kami semua.. amin...

Rabu, 26 Ogos 2009

Siapa Kita..

Kerja Mati-matian..

Saya dah dapat email mengenai perkara ini lama dah.. Dah sampai hafal cerita percakapan antara anak dan ayahnya. Kemarin saya terima sekali lagi. Saya letakkan dalam blog ini sekadar peringatan untuk saya dan semua.

Kadang-kadang kita tersepit antara banyak tugasan. Kerja di pejabat, pegang jawatan itu dan ini, seminar yang perlu dihadiri, perlu membentang kertas kerja,menhantar abstract, perlu bagi talk, perlu buat research, perlu mengajar lagi, perlu mencapai piawaian ISO, KPI, perlu membaca, perlu uruskan rumah tangga, perlu pastikan ini, perlu pastikan itu dan macam-macam lagi..

Dalam kesibukan ini, kadang-kadang kita terlupa orang-orang yang tersayang yang hampir dengan kita. Sebab tugasan kerja adalah sesuatu yang menuntut pengorbanan, jadi tanpa sedar, ada pihak yang terkorban.. Ada yang tanpa sedar atau dengan sedar, kita kesampingkan. Antaranya keluarga tersayang..Pasangan, anak, ibu bapa di kampung yang jarang dijenguk...

My darling Aisyah banyak kali lontarkan soalan pada saya..'Umi, do you have free time?'
As usual, I will ask her back, 'I dont think so.. Why do you ask?'
'If Umi have free time, I want to play monopoly with you, or read story book with Umi..maybe we can watch Barbie together.. Umi can choose, either Princess Anellesse or Erica. aahh maybe we can watch Thumberlina..boleh tak Umi.?'

Kesiankan...

Entahlah... saya sendiri sukar membuat keputusan..Kadang-kadang tersepit antara banyak tanggungjawab. Semoga saya tidak gagal membahagiakan orang-orang yang menyayangi saya.. Tetapi dalam keterpaksaan, ada yang saya terpaksa lepas untuk menggapai sesuatu yang lain. Umpama tangan kanan menggapai hujung dahan, tangan kiri tidak mampu lagi memegang akar pokok. Pegang di sini, terlepas yang sana. Pegang di hujung, terlepas yang di bawah..

Hanya pada Allah saya mohon kekuatan, semoga saya tidak mengabaikan sesuatu yang penting dalam hidup saya..

Doa saya juga untuk anda, pembaca blog ini...

_____________


A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.
SON: 'Daddy, may I ask you a question?'
DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.
SON: 'Daddy, how much do you make an hour?'
DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily.
SON: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'
DAD: 'If you must know, I make $50 an hour.'
SON: 'Oh,' the little boy replied, with his head down! .
SON: 'Daddy, may I please borrow $25?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities.'

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:
Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.
'No daddy, I'm awake,' replied the boy.
'I've been thinking, maybe I was too hard on you e! arlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.
'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.
'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'

The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of us who working so hard ! in life.
We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.

If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.

Selasa, 25 Ogos 2009

Perjalanan..

Ramadhan Kareem..

2 hari pertama, kami berbuka dan solat terawih di rumah. Hari ketiga kami berbuka di University, iftar anjuran Islamic Society. ALhamdulillah makanannya mewah hasil derma dermawan di kawasan sekitar. Malam tadi makan pizza dan nasi turki, kurma dan air dalam tin. Majlis diteruskan dengan solat brjemaah dan terawih. Imam hanya solat 8 rakaat dengan bacaan yang panjang. Aisyah hanya solat terawih 4 rakaat saja, lepas tu dah letih terkulai layu.. Tapi segar bugar balik bila main gameboy..
anak.. anak..

Artikel saya Mengenai Sebat

Saya menerima email panjang membantah tulisan saya dari salah seorang pelajar PhD Law di Melbourne. Dengan hujah yang panjang, disetiap peranggannya dimulai dengan 'I beg to differ'..'I beg to differ..'I beg to differ..' Antara arguementnya adalah Ada kes di pakistan memutuskan sebat untuk minum arak adalah tidak Islamic, bertentang dengan Perlembagaan. Arak tidak haram secara total kerana ALlah sendiri mengatakan ada kebaikan pada arak, tiada nasakh mansukh, tidak setuju Mahkamah Syariah ditingkatkan bidangkuasa, tidak setuju mahkamah syariah handle kes murtad, Bai Bithamin Ajil sama bahkan lebih teruk dari housing loan dan banyak lagi. Saya hanya jawab siket saja, mungkin akan diadakan forum di sini berkenaan dengan isu tersebut. Saya sedang berbincang.. Jika tak dibuat perbincangan, saya mungkin set aside saja isu ni. Tengoklah macamna nanti.

Aisyah Darling..

Aisyah puasa semuanya. Alhamdulillah.. Cuma dia tak rajin baca Quran. Saya tengah mencari jalan nak membawa kerajinan kepadanya untuk membaca Quran. Dalam kehidupan di sini, saya sebenarnya sangat takut Aisyah jauh tertinggal dari kawan sekelasnya di Islamic School Shah Alam (ISSA) walaupun dia excellent dalam Bahasa Inggeris (dengan slang Aussienya). Walaupun ramai yang kata Aisyah ke depan berbanding dengan kanak-kanak sebayanya di sini, tetapi dari segi isu agama, dia sudah banyak tertinggal. Saya dapat tahu dalam jadual hafazan sekolah, kawan2 sekelasnya di ISSA dah hafal seluruh juzuk 30, dah mula masuk hafalan surah al-Mulk, Rahman dan lain-lain serta dah pandai baca Quran bertartil dengan hukum tajwid yang lengkap. Bahasa Arab dah banyak sangat belajar di samping mata pelajaran akademik yang lain. Saya risau Aisyah tak terkejar bila sambung sekolah tu balik selepas kami kembali ke Mesia nanti. Saya sedang mencari jalan menangani isu ini.

Ahad, 23 Ogos 2009

Buka Puasa

Bazaar Ramadhan

Puasa di sini sebenarnya sangat pendek berbanding dengan Mesia. Subuh masuk 5.33 pagi dan maghrib masuk jam 5.50 petang. Namun begitu, saya sangat rindukan Mesia..

Hari pertama puasa, ada Bazaar Ramadhan diadakan di rumah En Rasul. Sapa-sapa yang pandai masak, boleh masak banyak-banyak dan jual kat Bazaar tersebut. Sesapa yang kurang rajin masak, boleh datang dan tolong beli apa yang kawan-kawan masak. Saya termasuk dalam golongan kedua.. hehe.. Bazaar ini diadakan setiap Sabtu sepanjang Ramadhan, bertukar-tukar tempat.. jam 2-5pm.

Jadi semalam 22 Ogos 2009, kami ke rumah En Rasul di Hardfield. Banyaknya makanan pakat jual.. Saya rasa takjub pulak, macamna ler dia orang ni pandai masak macam-macam kat negara omputeh ni.. Pelik sungguh..

Ayat saya pada Aisyah adalah: 'Auntie-auntie ni semua tak tidur malam sebab nak masak nak datang jual kat sini. Kesian dia orang jadi kita dapat pahala sebab tolong beli yang Auntie tu masak..' [hehe.. tu kira ayat penyelamat, kalo tidak Aisyah akan tanya macam-macam soalan..kenapa Umi tak masak cam tu? Jadi dipendekkan cerita, Aisyah pun paham bahawa susah nak jadi Masterchef ni kalau tak ada passion..]

Akhir cerita, saya telah membeli belah macam kat Bazaar Ramadhan kat Stadium Shah Alam, kalu tak pun macam Bazaar Ramadhan kat Seksyen 17. Saya beli satay, popia, kueh hijau (nama tak tau) dengan Rasul, cendul, dadih, kueh pisang dengan Gie, kek tamirasu {ye ker?} dengan Ana, cupcake dengan Shah, dengan Jumie saya beli rojak, kueh2, dendeng dan roti jala...

Saya cakap kat Aisyah, 'kita makan separuh malam ni, separuh lagi untuk hari lain. Tak boleh makan sekali gus, tak baik...Lagi pun banyak kita beli ni.' Banyaknyer...

Jadi kami berbuka dengan gemilangnya semalam...
Semoga Allah terima puasa kami semua.. amin.

Jumaat, 21 Ogos 2009

Ramadhan Kareem

Menjelang..

Alhamdulillah kita sempat berjumpa bulan Ramadhan untuk tahun ini. Hari ini Jumaat 21 Ogos 2009, malam ni terawih malam pertama diadakan. Saya solat terawih di rumah sahaja- 8 rakaat sahaja. Saya solat sambil pegang Quran, satu rakaat saya baca satu mukasurat. Bila sujud, saya letakkan Quran atas bantal. Jadi 8 rakaat 8 muka surat.. insya Allah...Saya plan untuk menghabiskan al-Quran tahun ini. Insya Allah.

DiBundoora, kami buat rancangan bacaan Quran jarak jauh.. macamna tu? Kita bahagikan 6 orang satu kumpulan, setiap orang baca 5 juzuk di opis masing-masing kerana kesusahan untuk berjumpa. Nanti 23 Ramadhan kami akan berjumpa untuk khatam bersama-sama. Semuanya ada 4 kumpulan. Saya dapat juz 1-5.

Kepada semua keluarga, kawan-kawan, yang mengenali saya, kepada yang tidak mengenali saya secara fizikal tapi kenal melalui blog, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM. Saya doakan untuk saya sendiri dan anda semua keberkatan dan pahala yang melimpah di sisi ALlah atas segala ibadah yang dilakukan..

Secara tulus...
Saya tak nak puasa di sini.. Saya nak puasa di Malaysia.. Saya nak solat terawih di Masjid Negeri Shah Alam.. tapi ia tidak mampu direalisasikan.. Apapun, saya ucapkan Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan- hari ini, semalam, esok dan selamanya...amin

Khamis, 20 Ogos 2009

VMPGA

Victoria Malaysia Postgraduate Association

Sekarang, saya dapat satu kerja baru.. Harap-harap dengan saya sibuk, saya makin cekap membahagi masa.. saya rasa saya ni jenis slow siket. Bila saya banyak masa free, saya jadi lembek dan nak tidur saja. Bila ada kerja, saya akan cepat siket agaknyer.. Apatah lagi kalo ada due date.. Saya harap saya berjaya menyiapkan PhD saya dalam masa di samping memberi sedikit sumbangan tenaga untuk kebajikan semua.. Semoga saya diberkati dan dilindungi selalu.. amin

Inilah kerja baru saya... selain membaca buku..
(telah diuploadkan dalam website vmpga)
_________________
Assalamualaikum dan Kepada semua ahli VMPGA,

Sebagaimana dimaklumi, AGM ke-3 VMPGA telah berlangsung pada 26 Julai 09 yang lepas. Melalui AGM tersebut, pemilihan AJK baru telah diadakan. Namun begitu, disebabkan beberapa masalah teknikal dan kesibukan yang dihadapi oleh semua, barisan keseluruhan AJK baru beserta Biro masing-masing untuk sesi 09/10 belum dapat dihebahkan lagi. Kita akan menghebahkannya dalam masa terdekat nanti.

Terlebih dahulu, mewakili barisan AJK baru, saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh ahli-ahli untuk menerajui VMPG bagi sesi kali ini. Kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan terdahulu yang diketuai oleh Saudara Hanif Yaakub bagi sesi 08/09. Semua aktiviti yang telah dijalankan terdahulu telah meningkatkan lagi nama baik VMPGA dalam usaha menjaga kebajikan seluruh pelajar pasca-ijazah di Victoria.

Sepanjang sesi kali ini, kami berhasrat untuk meneruskan disamping memantapkan aktiviti yang sedia ada ke arah memastikan kecemerlangan akademik, kebajikan semua ahli persatuan dan keluarga serta kekuatan hubungan persaudaraan tanpa mengira tempat dapat dipelihara dan diteruskan.

Di antara beberapa rancangan untuk sesi ini untuk menjaga kebajikan ahli adalah:
-Meneruskan aktiviti perbincangan ‘coffee table’ terutama pelajar senior membentangkan kajian mereka ke arah membantu pelajar baru berkaitan kajian masing-masing.
-Meneruskan usaha memperolehi tambang konsesi kenderaan awam untuk pelajar luar (international students) seperti kita diteruskan.
-Mengadakan ‘family day’ untuk keseluruhan ahli VMPGA di seluruh Victoria.
-Meneruskan dan memantapkan urusan membantu urusan transit mereka yang baru datang ke Victoria.
-Meneruskan dan memantapkan hubungan antara VMPGA dengan badan-badan lain di Malaysia, Victoria dan juga di Austalia umumnya.
-Menubuhkan ‘channel’ untuk mengumpul maklumat dan menerima aduan terutama melibatkan masalah ‘renting and leasing’ yang dihadapi ahli VMPGA.
-Memastikan semua ahli berdaftar mendapat salinan sijil keahlian VMPGA.

Pada masa yang sama, kita juga berhasrat untuk mengetengahkan beberapa isu penting demi kesejahteraan semua seperti permohonan mendapatkan ‘childcare benefit’, masalah persekolahan bagi pelajar yang berkeluarga atas visa 573, tawaran biasiswa tiga tahun berbanding tempoh tawaran pengajian empat tahun dan sebagainya. Pihak AJK VMPG juga sangat mengharapkan kerjasama semua ahli ke arah menjayakan program demi memperjuangkan kebajikan semua. Mudah-mudahan usaha berkumpulan di atas nama VMPGA akan dapat membuahkan hasil kepada kita semua atau pun pada generasi akan datang.

Berhubung dengan laman web VMPGA pula, ia merupakan laman web kepunyaan kita semua, sebagai medium penyaluran maklumat kepada semua ahli dan juga bakal ahli yang akan melanjutkan pelajaran di Victoria. Insya Allah kita akan berusaha memantapkan isi kandungan untuk kebaikan semua. Medan perbincangan vmpgyahoogroup juga adalah milik kita semua, semua ahli boleh berkongsi pendapat, memberi cadangan dan bersama-sama menghidupkannya demi kebaikan semua disamping menjaga tata susila yang bersesuaian.

Kita juga akan menyambut Ramadhan 1430H dalam beberapa hari lagi. Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, saya bagi pihak semua AJK VMPGA mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli dan keluarga dengan doa semoga semua ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT.

Akhirnya, saya berharap VMPGA akan terus cemerlang demi menjaga kebajikan semua pihak. InsyaAllah kita akan menghebahkan kepada semua ahli aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan nanti. Kerjasama semua ahli adalah sangat diraikan.

Wassalam dan Salam Perpaduan
Puan Nurhidayah Muhd Hashim
Presiden VMPGA 09/10
20 Ogos 2009

Rabu, 19 Ogos 2009

Uphold Syariah


Wanita disebat..

Kat Kuantan, Mahkamah Syariah menjatuhkan sebatan 6 kali pada wanita yang disabitkan minum arak baru-baru ini. Ramai yang membantah. Editor Berita Harian hubungi saya mintak saya tulis artikel berkaitan dengan mengetengahkan pandangan sebagai seorang wanita.. [humppp...] Saya menghargai permintaan mereka dan saya tulis artikel di bawah.

DISIARKAN DALAM BERITA HARIAN PADA :
RABU 19 OGOS 2009
_____________



Hapus prejudis hukuman Mahkamah Syariah


Oleh Nurhidayah Muhd Hashim



PENGHAKIMAN Mahkamah Syariah di Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan kepada wanita Melayu Islam berumur 32 tahun kerana minum arak di khalayak ramai menarik pandangan banyak pihak. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (pindaan 1987).

Ada yang memuji keberanian Mahkamah Syariah, ada yang mengutuk dan ada juga tidak menyokong atau menentang. Apa yang menarik adalah penerimaan terbuka wanita itu sesuatu yang berbeza dengan penerimaan pihak lain.

Beberapa laman web mengutuk penghakiman serta tindakan Jabatan Agama Pahang itu. Antara dakwaannya ialah ramai lagi umat Islam minum arak, berjudi tetapi tidak dihukum. Begitu juga beberapa NGO mengutuk penghakiman atas alasan mangsa ialah wanita yang tidak harus disebat kerana undang-undang sivil di Malaysia turut mengecualikan wanita daripada hukuman rotan.


Dengan menjatuhkan hukuman itu, Mahkamah Syariah dikatakan zalim, menyeksa wanita dan penghakiman ini dianggap berlawanan dengan hak asasi manusia kerana hukuman itu memalukan wanita berkenaan dan tidak bertamadun.

Persoalan apakah wanita terkecuali hukuman sebat? Dalam Islam, taklif atau beban melaksanakan agama adalah sama antara jantina. Apabila Allah SWT menetapkan hukum mencuri mengikut undang-undang Islam dipotong tangan, Allah turut meletakkan hukuman sama terhadap wanita. Begitu juga hukuman zina. (Surah al-Nur)

Cuma kaedah pelaksanaan kewajipannya agak berbeza tetapi di sisi Allah, kedua-dua pihak bertanggungjawab atas perlakuan mereka.


Masyarakat sering sensitif terhadap hukuman Mahkamah Syariah. Penghakimannya selalu dikupas dan menjadi polemik tidak berkesudahan. Media juga kerap memainkan isu seperti ini yang menggambarkan kelemahan Mahkamah Syariah seperti tidak efisien, hukuman tidak bagus dan kes memakan masa lama.

Bukankah kita berpegang kepada keluhuran undang-undang dan menghormati sistem perundangan negara? Kenapa apabila sesuatu penghakiman di Mahkamah Sivil dijatuhkan, semua boleh menerima dengan baik, berlapang dada menghormatinya, tetapi tindakan sebaliknya diberikan kepada Mahkamah Syariah. Tindakan double standard seperti ini tidak harus diteruskan.

Justeru, apabila ketidakpuasan hati berlaku terhadap penghakiman mahkamah, medan perundangan juga jawapannya. Merayu ke mahkamah lebih tinggi kaedah sewajarnya, buka menghina dan mengkritik penghakiman Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah menjatuhkan penghakiman berdasarkan bidang kuasanya yang kecil dan ini wajar diperbincangkan atau ditambah baik agar mahkamah berfungsi dengan baik.

Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Disemak 1988) menyebut bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah yang ditubuhkan mengikut undang-undang negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang Islam dan berkenaan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun agama Islam oleh orang yang menganuti agama itu yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis: Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi RM5,000 atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman itu. Akta ini yang perlu dibincangkan dan dicadangkan penambahbaikan oleh semua yang prihatin.

Bahkan laman web itu juga membawa kenyataan jika sesiapa ingin melakukan perkara haram dan menempah neraka atas pelakuannya, maka itu adalah urusan dia dengan Allah. Tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada manusia atau pemerintah. Ia adalah urusan peribadi dan bukan urusan rakyat dan pemerintah Dengan kata lain mahkamah tidak berhak mencampuri urusan mereka.

Sebenarnya, undang-undang bertujuan mengawal selia pelakuan salah manusia untuk kehidupan lebih baik. Jika semua orang bebas melakukan apa saja, apakah akan berlaku dalam masyarakat? Semua masyarakat dunia menerima undang-undang sama ada dari agama atau bertujuan menjaga agar keburukan dahsyat dikurangkan melalui penguatkuasaan undang-undang.

Oleh itu, apabila menerima Islam, kita juga mesti menerima taklif beban pertanggungjawaban ke atas perkara ditetapkan agama. Apabila wujud perlanggaran kepada peruntukan, ia kewajipan semua pihak untuk menegur dan membetulkan pesalah. Apabila ia melepasi sistem perundangan, maka mahkamah adalah medan memutuskannya. Melakukan yang haram bukan hak asasi manusia dan melanggar hak Allah adalah jenayah dan bukan hak.

Di samping kita harus mengetahui perbezaan kaedah pelaksanaan hukuman rotan antara perundangan sivil dan syariah, penghakiman terhadap kesalahan wanita ini patut memberi kita pengajaran lain iaitu:

l Sebagai Muslim baligh, kita bertanggungjawab atas pelakuan sendiri, melakukan kehendak agama sebaiknya, menjauhi perkara diharamkan dan memberi pendidikan sewajarnya kepada zuriat kita untuk menghormati Islam dan nilainya. Sangat menyedihkan jika orang Islam menghina agama sendiri. Jika orang Islam menghina dan menjatuh taraf agamanya, siapakah untuk kita harap mempertingkatkannya?

l Sudah sampai masanya pihak berwajib mengambil pendekatan tepat dan cepat mengemas kini perundangan berkaitan bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah. Bidang kuasa Mahkamah Syariah perlu ditingkatkan demi membina penghormatan selayaknya. Kritikan penghakiman Mahkamah Syariah perlu dihentikan kerana ia menghina mahkamah.

l Penyeragaman undang-undang syariah di negeri wajar dipercepatkan demi menegakkan keadilan dan mengelak salah faham masyarakat terhadap kepelbagaian peruntukan di setiap negeri yang belum berjaya diseragamkan.

l Peruntukan kaedah pelaksanaan hukuman ini juga perlu diperhalusi segera untuk mengelak kekeliruan yang menyebabkan kepercayaan masyarakat terus tergugat.

Antaranya di mana pelaksanaan dilakukan, di penjara biasa atau penjara khusus? Siapakah tukang rotan? Di depan khalayak atau keluarga? Kerajaan negeri perlu menyegerakan kelengkapan prasarana, urusan teknikal dan bersungguh-sungguh memartabatkan perundangan syariah.


Penulis ialah Pensyarah Kanan Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam dan sekarang menyambung PhD Undang-Undang di Australia

Ahad, 16 Ogos 2009

Lepas Perasaan

Hari Ahad 16 Ogos 09..

Pagi ke ILIM. Hari ni angin sangat kuat sampai saya betul-betul rasa takut, macam nak terangkat bumbung rumah. Tapi sebab minggu lepas saya teroverslept, jadi kena pergi jugak hari ni. Lepas hantar Aisyah ke kelasnya, kelas mengaji diteruskan. Kali ni Tasya (mama Wawa) pun join. Lepas kelas ngaji, saya dengan Tasya ke Broameadow Plaza.. membeli belah.. bestnyer...[hehe..].. Saya memang suka membeli belah... beli makanan adalah favourite saya..

Tapi kali ini saya sudah agak berubah dari dulu. Buat pertama kali, saya mula membandingkan harga barang. Jadi hari ni baru saya mula tengok harga barang dan banding-bandingkan brand dan harga. Saya hanya concern code halal jer sebelum ni.. Saya baru perasan, Fresh Milk kat Supermarket ALDI 1L harganya $1.08, kalau kat Coles $1.54..[tapi letihler banding-banding ni, saya kureng minatler, leceh....] Tapi buatler jugak...

____________

Lepas Perasaan - Berenang

Lepas perasaan betul hari ni... Saya ajak Tasya ke swimming pool. Hari ni hari last before ditutup sempena Ramadhan. 'Women Swimming Only Program' diadakan setiap hari Ahad 6-8pm. Kami pergi ler ke sana hari ni.. Bestnyer jumpa kolam..dapat pakai ikut suka sebab semuanya muslim women.

Saya dengan Aisyah bertanding lawan berenang, sapa laju... bestnyer....
Lepas tu, saya tinggalkan Aisyah dengan Tasya dna Wawa kat bahagian kanak-kanak, saya pergi ke bahagian kolam besar yang panas airnya.. Saya duduk sambil berenang-renang seperti 'ikan duyung baru dapat ekor' {ada ker perumpamaan cam tu yer...hehe..}, saya berenang selama 1.40 jam....

Wahhhh lepas perasaan betul saya jumpa air hari ni.
Aisyah pun sama..

Sambil saya berenang-renang campur menyelam-nyelam, saya berkenalan dengan Huda, wanita 29 tahun dari Somalia dan telah duduk sini 8 tahun. Dia tanya saya, 'What are you doing here?'
Saya jawab, 'I'm doing my PhD in Family Law here. How about you? Are you a student too?'
Dia jawab, 'No, I am a housewife. Why you want to study Family Law here, this is not Islamic Country, sure different to Malaysia'. Saya jawab, 'I want to study how Australia protects the children after their parents divorce. Then we want to propose for my country, no matter Islam or non muslim, we want to find ways to help our kids.'

Bila saya tanya kalau orang Somalia di Australia bercerai, anak-anak macamana yer..
Dan saya mendapat sesuatu yang baru hari ini. Katanya, orag-orang Somali sini mengikut tribe. Kalau ada divorce, anak-anak 90% pergi pada emak tapi ayah bayar duit belanja, kecuali kalau ayah lari ke negara lain dan tak dapat ditrace.

Ayah mesti bayar sebab tribe wanita akan cari sampai dapat .. Mereka tertakluk pada Family law Australia tapi pengaruh tribe kat sini memang kuat. Dia kata kalau bergaduh pasangan suami isteri, seorang wakil tribe suami akan berbincang dengan seorang wakil tribe isteri atau dipanggil hakam. Kalau tak dapat diselaikan barulah bercerai.

Dia kata juga, kalau suami ceraikan dan tak sediakan nafkah pada anak-anak, bila isteri balik cerita pada parents, semua ahli tribenya akan berkumpul an berbincang, selalu juga katanya untuk pertahankan sorang wanita yang dicerai oleh suami, kadang-kadang boleh berbunuhan sebab tribe isteri akan pergi serang tribe suami, walaupun suami tersebut tak ada semasa tu..

Pelik juga saya dengar.. camtu ker?

Akhirnya Tasya hantar kami balik rumah jam 8.45 malam.
Alhamdulillah.. Saya bersyukur dengan pengalaman hidup yang Allah pinjamkan ini...

p/s Saya dah terima duit KPT hari Sabtu semalam. Alhamdulillah..
Minggu depan, barisan pimpinan baru vmpg akan diisytiharkan..

Kampungku 2

Mesyuarat

Kampung saya mengadakan mesyuarat untuk formalise jawatan kuasa kampung, untuk memudahkan banyak perkara. Saya secara peribadi memang sangat menggalakkan perbincangan dan pemilihan ini diadakan. Sebelum ini urusan kampung kami diselaraskan oleh Jawatankuasa ad hoc. Jadi saya rasa ia memang wajar diformalisekan untuk memudahkan banyak perkara. Antaranya: bila ada Penghulu dan JK secara tersusun, senang sekiranya ada apa-apa masalah, maka kepada merekalah tempat ditujui. Jika ada perbincangan dengan pihak lain, mereka boleh mewakili ahli kampung dan juga kalau ada perkara terdesak, mereka boleh membuat keputusan bagi pihak anak kampung.

Apatah lagi dengan keberadaaan saya dalam vmpg, saya memang sangat mengharapkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan sekampung. Jadi kalau ada apa-apa, senang siket urusan bantu membantu kebajikan semua orang di sini.

Akhirnya pada Sabtu 11 pagi, kami semua dalam 70 dewasa (suami isteri) dan berpuluhan lagi anak-anak berkumpul di rumah Kak Hada di Macleod untuk berbincang. Sebelumnya Kak hada berhasrat buat tahlil, maka didahuli dengan tahlil kemudian mesyuarat dijalankan..

Selepas dong deng dong deng.. akhirnya secara rasmi, JK Kampung Bundoora adalah:
Penghulu-Neezam
Tmbalan- Pak Tam dan Din Hogan (husband Sham)
SU- Azni dan Cik Din
Bendahari: Syed Aris
AJK Lain-lain- ada lagi 6 orang.

Saya ada juga bertindak sebagai orang tua [opsss.. kata yang lebih baik adalah sebagai orang yang dituakan...hehe..], saya memberi sedikit pandangan dan membantu Neezam dan Cik Din mengendalikan mesyuarat tersebut.

Majlis bersurai jam 2.30-3.30pm... Semoga semua berlapang dada dan dapat saling tolong menolong untuk kebajikan semua warga kampung. Pahala dan berkat hanya ALlah yang Maha Memberi. amin..
____________

Kampungku 3

Petangnya saya ke rumah Sham dan Din Hogan pulak.. Aisyah kelas agama kat sana bersama-sama anak-anak yang lain. Din Hogan yang ajar fardhu Ain. Lepas kelas, ada BBQ pulak sebagai meraikan kelas akhir dan sebelum menyambut Ramadhan.

Makan lagi... hehe...
Makan banyak betul saya hari ni.. Aisyah jangan cakap ler.. lagi banyak. hehe..
Akhirnya saya balik dari rumah Sham, selepas berbincang tentang vmpg dengan mereka... sampai rumah jam 8pm..

Ngantuknya...plus kenyangnya..
Syukur pada ALlah atas nikmat yang diberi.

Sabtu, 15 Ogos 2009

Kampungku

Kampung

Saya bermukim di Kampung sekarang ini. Rumah saya dikelilingi pokok-pokok di mana pagi-pagi saya akan dengar burung berbunyi-bunyian. Sekarang angin sangat kuat. Bila angin kuat, bunyi daun-daun ditiup angin sangat kuat, macam musim tengkujuh atau macam duduk tepi pantai. Bersiur-siur dan sangat kuat sangat, naik takut dibuatnya. Alhamdulillah setakat ini, tiada perkara negatif yang berlaku.

Tadi saya ambik gambar belakang rumah saya.. pokok besar tu bergoyang-goyang, angin sangat kuat... sejuknya hanya Allah yang tahu.. Saya rasa Melbourne juga buleh dikenali sebagai The Windy City.. same as Auckland..

Selasa, 11 Ogos 2009

AMI


Program Kedua Mewakili VMPG



Selasa 11 Ogos, jam 12.30 tgh, saya, Laile dan Nancy mewakili vmpg ke perjumpaan dengan AMI (Australia Malaysia Institute) kat Melbourne City. AMI ditubuhkan di bawah Ministry of Foreign Affairs and Trade. Adik2 dari MASCA juga hadir seramai 5 orang. Saya sebenarnya tak berapa jelas lagi kedudukan perbincangan ini, tapi ia dijalankan secara tidak formal dan melibatkan beberapa perkara di antara pelajar Mesia yang belajar di sini, masalah, pandangan dll yang ingin kita luahkan.

Rupanya AMI diwakili oleh orang besar-besar.. Saya dengan Laile pulak datang sempoi jer.. [hehe..] rupanya yang ada dalam tu adalah Professor Lanse, Prof Tony, Julia, Andy dan ramai lagi yang semuanya berpangkat besar. Mereka rupanya turun dari HQ Ministry dari Canberra untuk mesyuarat informal ini. Ada dari BBC bahagian inter faith, Julia adalah Director Malaysian Unit di bawah Ministry of Foreign Affairs dan lain-lain.

Kami dari vmpg banyak menyebut perkara yang sama dengan yang dibawa semasa dalam perbincangan dengan Senator Sarah Hanson. Habis mesyuarat, saya ke bilik Laile di RMIT, solat zuhur dan tunggu solat asar, pastu baru balik ke rumah.

----------

Malam ni saya tak boleh tidur, sebab Keith nak chapter yang dia mintak tu hari Khamis pagi..
hiii kecut perutnya...kena focus.. focus..focus...

p/s Saya dah jumpa Keith hari Khamis 13 Ogos jam 3pm, tapi kena submit lagi yang lain.. Next week pulak ceritanya.. adoiii.
Pastu Jumaat 14 Ogos, jam 5 pm ada mesyuarat Committee VMPG memutuskan 5 jawatan EXCO dan membincangkan plan tindakan untuk keseluruhan vmpg untuk sesi yang kami pegang ini. Pastu esoknya hari Sabtu 15 Ogos, ada mesyuarat perkampungan Bundoora pula untuk kebaikan penduduk di tempat kami. Ahad 16 Ogos, program di ILIM..
Hidup perlu diteruskan.. dengan doa semoga dimudahkan Ilahi dan diberkati setiap denyutan nafas dan langkah kaki ini.. Rabbi yassir wala tua'ssir..amin

Isnin, 10 Ogos 2009

Usrah KgVicNorth

Attending Usrah..

Sunday 4pm, I went to Glenroy with my darling Aisyah, with one purpose: to attend usrah kaum ibu for KgVicNorth. Usrah was conducted at Ratna's house, somewhere near to the small city of Glenroy. . Ada dalam 12 orang rasanya plus anak-anak.. I t was my first usrah with them. Happy to see new faces, to build new networking and to have more new friends in this beautiful Melbourne. We discussed on how to Perform Fasting excellently and how to ensure that we can fulfill the beauty and the greatness of Ramadhan. As a tazkirah to me myself.. Lepas makan dan solat maghrib, kami balik ke rumah.. Alhamdulillah..

ILIM

Morning class at ILIM.. We failed to attend. Why? I was not feeling well. So after solat subuh.. saya dengan Aisyah tidur sampai jam 10.30 pagi.. terlepas dah kelas.. kira selamatler kelas agama Aisyah.. kelas ngaji pun cancel ler gak. Apa nak kato...

Tikus v Orang

Catchynye tajuk.. hehe..

Tazkirah ni saya terima melalui email. Saya masukkan kat sini sebab dia ada mesej yang mendalam di sebaliknya....
______________

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam "hmmm...makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar??"

Ternyata yang dibeli oleh petani hari adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, "Ada perangkap tikus di rumah... di rumah sekarang ada perangkap tikus...."

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, "Ada perangkat tikus!" Sang Ayam berkata, " Tuan Tikus! Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku."

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor Kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, "Aku pun turut bersimpati.. . tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku. "

Tikus lalu menemui Lumbu. Ia mendapat jawaban sama. "Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus. "

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui Ular. Sang ular berkata "Eleh engkau ni... Perangkap Tikus yang sekecil tak kan la nak membahayakan aku."

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri.

Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Ekor ular yang terperangkap membuat ular semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke rumah sakit. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun masih demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup cakar ayam oleh suaminya kerana percaya sup cakar ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapat cakar buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih sapinya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan...Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat Perangkap Tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

MORAL: SUATU HARI... KETIKA ANDA MENDENGAR SESEORANG DALAM KESUSAHAN DAN MENGIRA ITU BUKAN URUSAN ANDA... FIKIRKANLAH SEKALI LAGI....

p/s Kadang-kadang dengan membantu orang lain yang bermasalah, kita bukan saja dapat pahala kerana Rasulullah menjanjikan bantuan Allah di padang mahshar bagi sesiapa yang memudahkan urusan orang, tapi mungkin juga kita dapat manfaat lain yang tidak disangka-sangka.. contohnya dapat duit ker, dapat ilmu baru ker, dapat networking baru ker.. dapat hadiah ker.. dapat bonus ker.. dapat kawan baik ker.. who knows..

Ramadhan

Menggamit tiba..

Saya bawakan tazkirah my friend Ustazah Maznah Daud dalam blognya, boleh dibuka untuk membaca tazkirah-tazkirah yang baik..

Bisikan 1

Pujilah Allah dan bersyukurlah kepadaNya sebanyak-banyaknya kerana menyampaikan kita kepada Ramadhan sekali lagi. Berapa ramai orang yang bersama dengan kita pada bulan Ramadhan tahun lalu, kini telah pergi mengadap Ilahi. Maka pujilah Allah sebanyak-banyaknya. Bersyukurlah di atas peluang yang masih terbentang untuk kita mendekatkan diri kepadaNya, menambah pahala dengan melakukan kebaikan di bulan yang mulia penuh barakah ini.



Bisikan 2
Jadikan Ramadhan sebagai landasan untuk meluncurkan azam dan melancarkan misi meninggalkan maksiat secara besar-besaran. Katakan:
selamat tinggal kepada maksiat!
Selamat tinggal kepada perangai jahat!
Hamburkan ucapan itu di wajah syaitan terlaknat!
Pergi engkau!
Pergi dari sisiku segala yang menjauhkan aku dari Tuhanku!
Bergembiralah menyambut janji Allah, taufiq dan hidayahNya. Dia pasti akan memimpinmu ke jalan yang diridhaiNya.

Bisikan 3
Ramadhan adalah bulan al-Quran.
Galilah makna-maknanya, fahamilah ayat-ayatnya, nikmatilah kelazatan membacanya!
Peruntukkanlah masa tertentu setiap hari untuk mendampinginya dengan membaca, memahami dan menghayati. Carilah kitab tafsir yang mudah difahami. Ia akan membantu memudahkan kita memahami kalam suci Allah Rabbul 'Izzati.

Bisikan 4
Jangan kita termasuk dalam golongan mereka yang pada siang hari tidur dan menganggur, malam berjaga membuat maksiat dan mungkar. Sebaliknya penuhi waktu siang dengan zikir dan tilawah, waktu malam dengan solat dan ibadah.

Bisikan 5
Banyakkanlah infaq di bulan Ramadhan khususnya mereka yang dianugerahi rezeki yang berlebihan.

Beramai orang miskin dan kelaparan menanti ihsan dan belas kasihan kita. Bahagiakan hati kita dengan melihat mereka bahagian menerima pemberian dari kita.

Bisikan 6

Jangan berbuka puasa dengan perkara yang dilarang seperti menghisap rokok, menonton adegan lucah, cerita-cerita yang mempersendakan ajaran Islam, menghina kitab Allah serta rasulNya. Atau menghabiskan masa dengan mendengar musik dan lagu-lagu yang mengasyikkan dan tidak mengajak kepada kebaikan.

Bisikan 7
Banyakkan berdoa lebih-lebih lagi waktu sedang berpuasa. Nabi s.a.w. telah mengkhabarkan kita bahawa doa orang yang berpuasa itu tidak akan ditolak. Maka berdoalah untuk diri sendiri, keluarga, saudara-saudara seagama yang berselerak di seluruh pelusuk muka bumi ini. Doakan dengan penuh keikhlasan agar Dia membantu perjuangan kita menegakkan agama dan mendaulatkan syari’ah.

Bisikan 8
Bagi yang berkemampuan, kunjungilah Baitillah, tunailah umrah dan ziarahilah masjid Rasulullah s.a.w. Sesungguhnya satu umrah di bulan Ramadhan menyamai satu kali haji bersama Nabi s.a.w.

Bisikan 9
Ketahuilah bahawa setiap malam di bulan Ramadhan Allah s.w.t. membebaskan sebilangan hambaNya dari api neraka. Iaitu hamba-hambaNya yang telah menyempurnakan puasa, mendirikan solat di waktu malam, membanyakkan amal kebaikan. Jangan lupakan peluang ini. Rebutlah anugerah agung ini dengan bersungguh-sungguh. Moga-moga diri kita termasuk dalam golongan hamba yang terpilih, bebas dari api neraka.

Bisikan 10
Hadiri majlis ilmu dan majlis zikir. Sesungguhnya itulah tempat kunjungan orang-orang yang beriman, tempat singgah orang-orang yang soleh. Allah s.w.t. berbangga
menyebut nama-nama hamba-hambaNya yang berada di dalam majlis zikir di hadapan para malaikat yang berada di alam tinggi. Apabila kita bangun untuk beredar dari majlis zikir, kita bangun dalam keadaan dosa-dosa kita telah diampunkan. Alangkah bertuahnya. Maka jangan beralasan untuk hadir ke majlis zikir.

Semoga Allah memberkati kita, mengampuni dosa-dosa kita, mengikhlaskan hati-hati kita dan menerima amalan kita. Amin

Sabtu, 8 Ogos 2009

Sleepover+Dendenong+Lalor

Jumaat 7 Ogos

Hari ini, Aisyah, Iman dan Hana tidur kat rumah kami untuk sleepover sekali lagi. Tapi tak ade program sangat, cuma bagi mereka bermain sama-sama.. Berkumpul lepas balik sekolah hari Jumaat dan malamnya mereka bertiga tidur depan TV, kami letak tilam untuk mereka menonton VCD Bear. Gembira sangat mereka bermain-main sampai tanak tidur. Akhirnya jam 11 mlm, saya paksa tidur barulah mereka tidur..

Sabtu 8 Ogos..

Lepas solat Subuh, mereka main saja.. then lepas breakfast, mandi-mandi, jam 12 t/hari, parents Hanna datang jemput Hana balik. Kami yang lain bertolak ke Dendenong meraikan jemputan Dr Laily sempena gathering menyambut Ramadhan yang diadakan disana. Ramai yang hadir, makanan sangat ler banyak. Dan mereka meminta saya menyampaikan sedikit talk mengenai 'Keindahan Ramadhan dan Menyambut Ramadhan.' Selepas majlis, kami singgah sekejap kat rumah Dr Laily/En Pidi untuk tumpang solat Asar sebelum balik ke rumah. Banayk juga bekalan yang saya bawa balik.. [termasuklah dodol dan dendeng yang dibuat oleh kak Laily satu tupperware..suka betol Aisyah dengan dodol ni.. terima kasih semua atas tapau tu...]

Ke Lalor, menghantar Iman.. duduk solat maghrib, makan nasi lagi dan sembang-sembang dengan Sham. Jam 8 malam, baru kami balik ke rumah.. On the way back, for the first time we were asked to stop .. kecut perut betoi.. rupanya polis tengah buat cek nafas nak cari sapa mabuk masa driving.. Kecut perut saya sebab ramainya polis yang terlibat dalam ops mabuk ni..[apa panggilan tak tau ler saya.. saya kasi nama ops mabuk ler..] Saya kata kat polis yang cek saya tu.. 'This is my first time, am I doing it right?' Sebab kena hembus kuat-kuat kat mesin tu.. Polis jawab..'Yes, it's perfect.. you can go now..' Alhamdulillah..

Tapi yang menariknya, dia menggunakan tempat/item hembus yang baru untuk setiap driver..isyy berapa banyak punya kos dihabiskan untuk cek napas pemabuk. Mabuk dah jadi seperti satu kemestian bagi orang-orang sini pada Sabtu malam Ahad. Saya sebenarnya sangat mengelakkan dari berada di jalanan pada hari Sabtu malam Ahad..takut..
Mujurlah hari ini tak ada apa-apa berlaku.. syukur alhamdulillah..

Saya kena siapkan tugasan research segera, kena serahkan pada Keith minggu depan. Keith akan ganti tempat Supervisor saya Dr Kerry beberapa bulan ini sebab Makcik Kerry saya ni, pergi oversea mulai 6 Ogos sampai awal tahun depan..