Saturday, August 8, 2009

Sleepover+Dendenong+Lalor

Jumaat 7 Ogos

Hari ini, Aisyah, Iman dan Hana tidur kat rumah kami untuk sleepover sekali lagi. Tapi tak ade program sangat, cuma bagi mereka bermain sama-sama.. Berkumpul lepas balik sekolah hari Jumaat dan malamnya mereka bertiga tidur depan TV, kami letak tilam untuk mereka menonton VCD Bear. Gembira sangat mereka bermain-main sampai tanak tidur. Akhirnya jam 11 mlm, saya paksa tidur barulah mereka tidur..

Sabtu 8 Ogos..

Lepas solat Subuh, mereka main saja.. then lepas breakfast, mandi-mandi, jam 12 t/hari, parents Hanna datang jemput Hana balik. Kami yang lain bertolak ke Dendenong meraikan jemputan Dr Laily sempena gathering menyambut Ramadhan yang diadakan disana. Ramai yang hadir, makanan sangat ler banyak. Dan mereka meminta saya menyampaikan sedikit talk mengenai 'Keindahan Ramadhan dan Menyambut Ramadhan.' Selepas majlis, kami singgah sekejap kat rumah Dr Laily/En Pidi untuk tumpang solat Asar sebelum balik ke rumah. Banayk juga bekalan yang saya bawa balik.. [termasuklah dodol dan dendeng yang dibuat oleh kak Laily satu tupperware..suka betol Aisyah dengan dodol ni.. terima kasih semua atas tapau tu...]

Ke Lalor, menghantar Iman.. duduk solat maghrib, makan nasi lagi dan sembang-sembang dengan Sham. Jam 8 malam, baru kami balik ke rumah.. On the way back, for the first time we were asked to stop .. kecut perut betoi.. rupanya polis tengah buat cek nafas nak cari sapa mabuk masa driving.. Kecut perut saya sebab ramainya polis yang terlibat dalam ops mabuk ni..[apa panggilan tak tau ler saya.. saya kasi nama ops mabuk ler..] Saya kata kat polis yang cek saya tu.. 'This is my first time, am I doing it right?' Sebab kena hembus kuat-kuat kat mesin tu.. Polis jawab..'Yes, it's perfect.. you can go now..' Alhamdulillah..

Tapi yang menariknya, dia menggunakan tempat/item hembus yang baru untuk setiap driver..isyy berapa banyak punya kos dihabiskan untuk cek napas pemabuk. Mabuk dah jadi seperti satu kemestian bagi orang-orang sini pada Sabtu malam Ahad. Saya sebenarnya sangat mengelakkan dari berada di jalanan pada hari Sabtu malam Ahad..takut..
Mujurlah hari ini tak ada apa-apa berlaku.. syukur alhamdulillah..

Saya kena siapkan tugasan research segera, kena serahkan pada Keith minggu depan. Keith akan ganti tempat Supervisor saya Dr Kerry beberapa bulan ini sebab Makcik Kerry saya ni, pergi oversea mulai 6 Ogos sampai awal tahun depan..