Sunday, August 23, 2009

Buka Puasa

Bazaar Ramadhan

Puasa di sini sebenarnya sangat pendek berbanding dengan Mesia. Subuh masuk 5.33 pagi dan maghrib masuk jam 5.50 petang. Namun begitu, saya sangat rindukan Mesia..

Hari pertama puasa, ada Bazaar Ramadhan diadakan di rumah En Rasul. Sapa-sapa yang pandai masak, boleh masak banyak-banyak dan jual kat Bazaar tersebut. Sesapa yang kurang rajin masak, boleh datang dan tolong beli apa yang kawan-kawan masak. Saya termasuk dalam golongan kedua.. hehe.. Bazaar ini diadakan setiap Sabtu sepanjang Ramadhan, bertukar-tukar tempat.. jam 2-5pm.

Jadi semalam 22 Ogos 2009, kami ke rumah En Rasul di Hardfield. Banyaknya makanan pakat jual.. Saya rasa takjub pulak, macamna ler dia orang ni pandai masak macam-macam kat negara omputeh ni.. Pelik sungguh..

Ayat saya pada Aisyah adalah: 'Auntie-auntie ni semua tak tidur malam sebab nak masak nak datang jual kat sini. Kesian dia orang jadi kita dapat pahala sebab tolong beli yang Auntie tu masak..' [hehe.. tu kira ayat penyelamat, kalo tidak Aisyah akan tanya macam-macam soalan..kenapa Umi tak masak cam tu? Jadi dipendekkan cerita, Aisyah pun paham bahawa susah nak jadi Masterchef ni kalau tak ada passion..]

Akhir cerita, saya telah membeli belah macam kat Bazaar Ramadhan kat Stadium Shah Alam, kalu tak pun macam Bazaar Ramadhan kat Seksyen 17. Saya beli satay, popia, kueh hijau (nama tak tau) dengan Rasul, cendul, dadih, kueh pisang dengan Gie, kek tamirasu {ye ker?} dengan Ana, cupcake dengan Shah, dengan Jumie saya beli rojak, kueh2, dendeng dan roti jala...

Saya cakap kat Aisyah, 'kita makan separuh malam ni, separuh lagi untuk hari lain. Tak boleh makan sekali gus, tak baik...Lagi pun banyak kita beli ni.' Banyaknyer...

Jadi kami berbuka dengan gemilangnya semalam...
Semoga Allah terima puasa kami semua.. amin.