Sunday, August 16, 2009

Kampungku 2

Mesyuarat

Kampung saya mengadakan mesyuarat untuk formalise jawatan kuasa kampung, untuk memudahkan banyak perkara. Saya secara peribadi memang sangat menggalakkan perbincangan dan pemilihan ini diadakan. Sebelum ini urusan kampung kami diselaraskan oleh Jawatankuasa ad hoc. Jadi saya rasa ia memang wajar diformalisekan untuk memudahkan banyak perkara. Antaranya: bila ada Penghulu dan JK secara tersusun, senang sekiranya ada apa-apa masalah, maka kepada merekalah tempat ditujui. Jika ada perbincangan dengan pihak lain, mereka boleh mewakili ahli kampung dan juga kalau ada perkara terdesak, mereka boleh membuat keputusan bagi pihak anak kampung.

Apatah lagi dengan keberadaaan saya dalam vmpg, saya memang sangat mengharapkan bantuan dan sokongan dari rakan-rakan sekampung. Jadi kalau ada apa-apa, senang siket urusan bantu membantu kebajikan semua orang di sini.

Akhirnya pada Sabtu 11 pagi, kami semua dalam 70 dewasa (suami isteri) dan berpuluhan lagi anak-anak berkumpul di rumah Kak Hada di Macleod untuk berbincang. Sebelumnya Kak hada berhasrat buat tahlil, maka didahuli dengan tahlil kemudian mesyuarat dijalankan..

Selepas dong deng dong deng.. akhirnya secara rasmi, JK Kampung Bundoora adalah:
Penghulu-Neezam
Tmbalan- Pak Tam dan Din Hogan (husband Sham)
SU- Azni dan Cik Din
Bendahari: Syed Aris
AJK Lain-lain- ada lagi 6 orang.

Saya ada juga bertindak sebagai orang tua [opsss.. kata yang lebih baik adalah sebagai orang yang dituakan...hehe..], saya memberi sedikit pandangan dan membantu Neezam dan Cik Din mengendalikan mesyuarat tersebut.

Majlis bersurai jam 2.30-3.30pm... Semoga semua berlapang dada dan dapat saling tolong menolong untuk kebajikan semua warga kampung. Pahala dan berkat hanya ALlah yang Maha Memberi. amin..
____________

Kampungku 3

Petangnya saya ke rumah Sham dan Din Hogan pulak.. Aisyah kelas agama kat sana bersama-sama anak-anak yang lain. Din Hogan yang ajar fardhu Ain. Lepas kelas, ada BBQ pulak sebagai meraikan kelas akhir dan sebelum menyambut Ramadhan.

Makan lagi... hehe...
Makan banyak betul saya hari ni.. Aisyah jangan cakap ler.. lagi banyak. hehe..
Akhirnya saya balik dari rumah Sham, selepas berbincang tentang vmpg dengan mereka... sampai rumah jam 8pm..

Ngantuknya...plus kenyangnya..
Syukur pada ALlah atas nikmat yang diberi.