Friday, August 21, 2009

Ramadhan Kareem

Menjelang..

Alhamdulillah kita sempat berjumpa bulan Ramadhan untuk tahun ini. Hari ini Jumaat 21 Ogos 2009, malam ni terawih malam pertama diadakan. Saya solat terawih di rumah sahaja- 8 rakaat sahaja. Saya solat sambil pegang Quran, satu rakaat saya baca satu mukasurat. Bila sujud, saya letakkan Quran atas bantal. Jadi 8 rakaat 8 muka surat.. insya Allah...Saya plan untuk menghabiskan al-Quran tahun ini. Insya Allah.

DiBundoora, kami buat rancangan bacaan Quran jarak jauh.. macamna tu? Kita bahagikan 6 orang satu kumpulan, setiap orang baca 5 juzuk di opis masing-masing kerana kesusahan untuk berjumpa. Nanti 23 Ramadhan kami akan berjumpa untuk khatam bersama-sama. Semuanya ada 4 kumpulan. Saya dapat juz 1-5.

Kepada semua keluarga, kawan-kawan, yang mengenali saya, kepada yang tidak mengenali saya secara fizikal tapi kenal melalui blog, saya ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KAREEM. Saya doakan untuk saya sendiri dan anda semua keberkatan dan pahala yang melimpah di sisi ALlah atas segala ibadah yang dilakukan..

Secara tulus...
Saya tak nak puasa di sini.. Saya nak puasa di Malaysia.. Saya nak solat terawih di Masjid Negeri Shah Alam.. tapi ia tidak mampu direalisasikan.. Apapun, saya ucapkan Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan- hari ini, semalam, esok dan selamanya...amin