Tuesday, August 11, 2009

AMI


Program Kedua Mewakili VMPG



Selasa 11 Ogos, jam 12.30 tgh, saya, Laile dan Nancy mewakili vmpg ke perjumpaan dengan AMI (Australia Malaysia Institute) kat Melbourne City. AMI ditubuhkan di bawah Ministry of Foreign Affairs and Trade. Adik2 dari MASCA juga hadir seramai 5 orang. Saya sebenarnya tak berapa jelas lagi kedudukan perbincangan ini, tapi ia dijalankan secara tidak formal dan melibatkan beberapa perkara di antara pelajar Mesia yang belajar di sini, masalah, pandangan dll yang ingin kita luahkan.

Rupanya AMI diwakili oleh orang besar-besar.. Saya dengan Laile pulak datang sempoi jer.. [hehe..] rupanya yang ada dalam tu adalah Professor Lanse, Prof Tony, Julia, Andy dan ramai lagi yang semuanya berpangkat besar. Mereka rupanya turun dari HQ Ministry dari Canberra untuk mesyuarat informal ini. Ada dari BBC bahagian inter faith, Julia adalah Director Malaysian Unit di bawah Ministry of Foreign Affairs dan lain-lain.

Kami dari vmpg banyak menyebut perkara yang sama dengan yang dibawa semasa dalam perbincangan dengan Senator Sarah Hanson. Habis mesyuarat, saya ke bilik Laile di RMIT, solat zuhur dan tunggu solat asar, pastu baru balik ke rumah.

----------

Malam ni saya tak boleh tidur, sebab Keith nak chapter yang dia mintak tu hari Khamis pagi..
hiii kecut perutnya...kena focus.. focus..focus...

p/s Saya dah jumpa Keith hari Khamis 13 Ogos jam 3pm, tapi kena submit lagi yang lain.. Next week pulak ceritanya.. adoiii.
Pastu Jumaat 14 Ogos, jam 5 pm ada mesyuarat Committee VMPG memutuskan 5 jawatan EXCO dan membincangkan plan tindakan untuk keseluruhan vmpg untuk sesi yang kami pegang ini. Pastu esoknya hari Sabtu 15 Ogos, ada mesyuarat perkampungan Bundoora pula untuk kebaikan penduduk di tempat kami. Ahad 16 Ogos, program di ILIM..
Hidup perlu diteruskan.. dengan doa semoga dimudahkan Ilahi dan diberkati setiap denyutan nafas dan langkah kaki ini.. Rabbi yassir wala tua'ssir..amin