Monday, August 31, 2009

Iftar kat Universiti

Jumaat.. 29 Ogos 09

Hari Jumaat lepas adalah hari Malaysian food untuk iftar di University. So pakai-pakar masak-memasak semuanya pakat turun padang, saya pun turun jugak, walaupun bukan pakar.. tunjuk muka walaupun dengan memotong sebiji bawang bagi saya adalah besar peranannya.. Kerna ia menzahirkan semangat kita memberi sokongan dan menghargai kesungguhan chef-chef tu semua..

Jadi saya hari tu bukanlah setakat potong bawang saja, saya kacau kuah, basuh periuk, potong salad.. tu kira power dah tu... hehe.. Aisyah kata auntie-auntie yang suka masak ni agaknya masa dia orang kecik dulu-dulu suka jadi mak-mak masa main masak-masak kot..hehehe.. Analisa yang baik tapi bukan bersifat empirical study..

Akhirnya ramailah yang turun meraikan Malaysian food- orang Arab, orang Somalia, orang Lubnan, orang Singapore dan lain-lain lagi sama-sama makan.. Saya pun makan jugak dengan Aisyah..bahkan sebab saya solat maghrib kat dewan makan, maka saya dan Aisyah telah menjadi orang pertama lagi yang beratur nak ambik nasi.. haha..tu kira pecah rekod.

Gambar ada dalam Facebook Ummi Salwa, saya pun ada copy 3 keping gambar dalam Facebook saya..

___

Membaca..

Saya baru masuk juz 9... lambatnya saya ni... ada orang dah nak khatam dah..

Saya sekarang dalam sibuk-sibuk ni, berjaya menghabiskan sebuah novel bertajuk Half Breed. Kisahnya mengenai anak luar nikah zaman dulu yang dipanggil bastard dan dipandang hina.. Bestnya citenya..

Pastu saya sekarang juga sedang baca dengan penuh tekun sebuah buku bertajuk "Research Methods for Law'- Edited by Mike McConville and Wing Hong Chui..ianya sangat-sangat bagus untuk sesiapa yang ingin buat Masters or PhD dalam bidang undang2.. Patutler Supervisor saya tak puas hati saya punya proposal mengenai methodology, rupanya ada banyak lagi yang saya patut masukkan.. Buku ini akan membantu anda semua. Sila cari di mana-mana kedai buku berhampiran.