Friday, August 21, 2009

VMPGA

Victoria Malaysia Postgraduate Association

Sekarang, saya dapat satu kerja baru.. Harap-harap dengan saya sibuk, saya makin cekap membahagi masa.. saya rasa saya ni jenis slow siket. Bila saya banyak masa free, saya jadi lembek dan nak tidur saja. Bila ada kerja, saya akan cepat siket agaknyer.. Apatah lagi kalo ada due date.. Saya harap saya berjaya menyiapkan PhD saya dalam masa di samping memberi sedikit sumbangan tenaga untuk kebajikan semua.. Semoga saya diberkati dan dilindungi selalu.. amin

Inilah kerja baru saya... selain membaca buku..
(telah diuploadkan dalam website vmpga)
_________________
Assalamualaikum dan Kepada semua ahli VMPGA,

Sebagaimana dimaklumi, AGM ke-3 VMPGA telah berlangsung pada 26 Julai 09 yang lepas. Melalui AGM tersebut, pemilihan AJK baru telah diadakan. Namun begitu, disebabkan beberapa masalah teknikal dan kesibukan yang dihadapi oleh semua, barisan keseluruhan AJK baru beserta Biro masing-masing untuk sesi 09/10 belum dapat dihebahkan lagi. Kita akan menghebahkannya dalam masa terdekat nanti.

Terlebih dahulu, mewakili barisan AJK baru, saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberi oleh ahli-ahli untuk menerajui VMPG bagi sesi kali ini. Kami turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan terdahulu yang diketuai oleh Saudara Hanif Yaakub bagi sesi 08/09. Semua aktiviti yang telah dijalankan terdahulu telah meningkatkan lagi nama baik VMPGA dalam usaha menjaga kebajikan seluruh pelajar pasca-ijazah di Victoria.

Sepanjang sesi kali ini, kami berhasrat untuk meneruskan disamping memantapkan aktiviti yang sedia ada ke arah memastikan kecemerlangan akademik, kebajikan semua ahli persatuan dan keluarga serta kekuatan hubungan persaudaraan tanpa mengira tempat dapat dipelihara dan diteruskan.

Di antara beberapa rancangan untuk sesi ini untuk menjaga kebajikan ahli adalah:
-Meneruskan aktiviti perbincangan ‘coffee table’ terutama pelajar senior membentangkan kajian mereka ke arah membantu pelajar baru berkaitan kajian masing-masing.
-Meneruskan usaha memperolehi tambang konsesi kenderaan awam untuk pelajar luar (international students) seperti kita diteruskan.
-Mengadakan ‘family day’ untuk keseluruhan ahli VMPGA di seluruh Victoria.
-Meneruskan dan memantapkan urusan membantu urusan transit mereka yang baru datang ke Victoria.
-Meneruskan dan memantapkan hubungan antara VMPGA dengan badan-badan lain di Malaysia, Victoria dan juga di Austalia umumnya.
-Menubuhkan ‘channel’ untuk mengumpul maklumat dan menerima aduan terutama melibatkan masalah ‘renting and leasing’ yang dihadapi ahli VMPGA.
-Memastikan semua ahli berdaftar mendapat salinan sijil keahlian VMPGA.

Pada masa yang sama, kita juga berhasrat untuk mengetengahkan beberapa isu penting demi kesejahteraan semua seperti permohonan mendapatkan ‘childcare benefit’, masalah persekolahan bagi pelajar yang berkeluarga atas visa 573, tawaran biasiswa tiga tahun berbanding tempoh tawaran pengajian empat tahun dan sebagainya. Pihak AJK VMPG juga sangat mengharapkan kerjasama semua ahli ke arah menjayakan program demi memperjuangkan kebajikan semua. Mudah-mudahan usaha berkumpulan di atas nama VMPGA akan dapat membuahkan hasil kepada kita semua atau pun pada generasi akan datang.

Berhubung dengan laman web VMPGA pula, ia merupakan laman web kepunyaan kita semua, sebagai medium penyaluran maklumat kepada semua ahli dan juga bakal ahli yang akan melanjutkan pelajaran di Victoria. Insya Allah kita akan berusaha memantapkan isi kandungan untuk kebaikan semua. Medan perbincangan vmpgyahoogroup juga adalah milik kita semua, semua ahli boleh berkongsi pendapat, memberi cadangan dan bersama-sama menghidupkannya demi kebaikan semua disamping menjaga tata susila yang bersesuaian.

Kita juga akan menyambut Ramadhan 1430H dalam beberapa hari lagi. Bersempena dengan kedatangan bulan yang mulia ini, saya bagi pihak semua AJK VMPGA mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua ahli dan keluarga dengan doa semoga semua ibadah yang dilakukan diterima Allah SWT.

Akhirnya, saya berharap VMPGA akan terus cemerlang demi menjaga kebajikan semua pihak. InsyaAllah kita akan menghebahkan kepada semua ahli aktiviti-aktiviti yang akan dilangsungkan nanti. Kerjasama semua ahli adalah sangat diraikan.

Wassalam dan Salam Perpaduan
Puan Nurhidayah Muhd Hashim
Presiden VMPGA 09/10
20 Ogos 2009