Tuesday, August 25, 2009

Perjalanan..

Ramadhan Kareem..

2 hari pertama, kami berbuka dan solat terawih di rumah. Hari ketiga kami berbuka di University, iftar anjuran Islamic Society. ALhamdulillah makanannya mewah hasil derma dermawan di kawasan sekitar. Malam tadi makan pizza dan nasi turki, kurma dan air dalam tin. Majlis diteruskan dengan solat brjemaah dan terawih. Imam hanya solat 8 rakaat dengan bacaan yang panjang. Aisyah hanya solat terawih 4 rakaat saja, lepas tu dah letih terkulai layu.. Tapi segar bugar balik bila main gameboy..
anak.. anak..

Artikel saya Mengenai Sebat

Saya menerima email panjang membantah tulisan saya dari salah seorang pelajar PhD Law di Melbourne. Dengan hujah yang panjang, disetiap peranggannya dimulai dengan 'I beg to differ'..'I beg to differ..'I beg to differ..' Antara arguementnya adalah Ada kes di pakistan memutuskan sebat untuk minum arak adalah tidak Islamic, bertentang dengan Perlembagaan. Arak tidak haram secara total kerana ALlah sendiri mengatakan ada kebaikan pada arak, tiada nasakh mansukh, tidak setuju Mahkamah Syariah ditingkatkan bidangkuasa, tidak setuju mahkamah syariah handle kes murtad, Bai Bithamin Ajil sama bahkan lebih teruk dari housing loan dan banyak lagi. Saya hanya jawab siket saja, mungkin akan diadakan forum di sini berkenaan dengan isu tersebut. Saya sedang berbincang.. Jika tak dibuat perbincangan, saya mungkin set aside saja isu ni. Tengoklah macamna nanti.

Aisyah Darling..

Aisyah puasa semuanya. Alhamdulillah.. Cuma dia tak rajin baca Quran. Saya tengah mencari jalan nak membawa kerajinan kepadanya untuk membaca Quran. Dalam kehidupan di sini, saya sebenarnya sangat takut Aisyah jauh tertinggal dari kawan sekelasnya di Islamic School Shah Alam (ISSA) walaupun dia excellent dalam Bahasa Inggeris (dengan slang Aussienya). Walaupun ramai yang kata Aisyah ke depan berbanding dengan kanak-kanak sebayanya di sini, tetapi dari segi isu agama, dia sudah banyak tertinggal. Saya dapat tahu dalam jadual hafazan sekolah, kawan2 sekelasnya di ISSA dah hafal seluruh juzuk 30, dah mula masuk hafalan surah al-Mulk, Rahman dan lain-lain serta dah pandai baca Quran bertartil dengan hukum tajwid yang lengkap. Bahasa Arab dah banyak sangat belajar di samping mata pelajaran akademik yang lain. Saya risau Aisyah tak terkejar bila sambung sekolah tu balik selepas kami kembali ke Mesia nanti. Saya sedang mencari jalan menangani isu ini.