Monday, August 31, 2009

Merdeka 31 Ogos 2009....

Negaraku Tercinta..

Malaysia
Selamat Menyambut hari Kemerdekaan ke 52
Semoga hari-hari bakal mendatang..
Menjanjikan kebaikan untuk kita semua

Kita bertanggungjawab menjaga tamadun ini
Islam di Sepanyol hilang walaupun hebat selama 800 tahun
Apakah bakal terjadi kepada bumi Malaysia

Di suatu ketika nanti
Jika anak cucu kita bertanya,
'Wahai Ibu, wahai Ayah..
Apa sumbangan ibu ayah terhadap kecemerlangan agama di negara ini'

Justeru..
Saya
Anda
Siapa sahaja..
Kita bertanggungjawab
Menjaga negara kita
Menjaga agama kita
Menjaga budi bahasa kita
Menjaga anak cucu kita

Supaya masa depan negara terus gemilang
tamadun terus terjaga
Islam terus diangkat
Dalam kapasiti yang ada

Semoga..
Apabila kita tiada
Ada nama dan jasa
Ada jawapan yang boleh kita sembahkan
Dihadapan Allah..
'Bahawa saya telah berusaha..
Terimalah usaha saya..
Dan ampunilah saya...'


Hidayah
31 Ogos 09
Melbourne