Monday, December 1, 2008

Sarah's Story

Aisyah and Sarah

Saya rasa sangat sedih membaca kisah Sarah dalam blog Mamanya..

Malam kami berangkat, jam 8.30pm Umi , Abah dan Aisyah dah masuk ke dalam untuk berlepas. Umi betul-betul tak tahu bahawa Sarah and the family akan datang, bila Mamanya telefon kata dah ada depan pintu besar KLIA, minta tunggu, I feel so sad... keep saying 'ooo sorry .. sorry sangat..kami dah turun ke bawah, menunggu train untuk ke bilik menunggu...' I feel so sad sebab tak dapat naik jumpa mereka.

Bila saya bagitau Aisyah, dia menjerit..

'Aaaa Sarah datang Umi, mana Sarah...Jom kita jumpa Sarah Umi..sekejap jer..'
Saya rasa sedih bila lihat kekecewaan Aisyah...

Masa tu pulak suasana agak kalut sebab Umi dan Abah cuba elak dari solat atas flight, jadi kami masuk dulu bilik menunggu dan keluar semula ke tandas untuk ambik wudhu;. Staff yang jaga tersebut kata, 'Ok Puan, kami tunggu, bagi boarding pass yer, tapi cepat yer, nanti kami panggil kalau 5 minit lagi puan tak ada..' Masa saya tengah solat, telefon berbunyi, rupanya ia dari Mama Sarah...

Lepas tu, saya return call dan bagi Aisyah bercakap dengan Sarah..Saya dapat tengok betapa excitednya Aisyah.. 'Babai yer Sarah..Nanti kita tepon lagi yer..'

Sepanjang jalan ke flight, atas flight - Aisyah asyik sebut dua nama iaitu Sarah dan Adik Absya (anak my younger sister Siti Hajar..) Dia asyik sebut betapa nanti dia akan rindu pada dua orang yang sangat istimewa ini.. (Adik Absya umur 4 tahun, dari dulu lagi tiap kali balik KB, Aisyah akan minta Adik Absya balik rumah Tokma untuk mmain dengan dia.. Dari Adik Absya, Aisyah belajar dan bercakap loghat Kelate, not with Umi, but with him.. )

Kembali kepada Sarah, on the way to the flight, Aisyah sebut..

'Kesiannya Sarah, datang KLIA nak jumpa Aisyah tapi Aisyah tak sempat jumpa dia.. Tapi syukur pada Allah Sarah kata nanti dia babai Aisyah masa Aisyah fly. Aisyah nampak tak Sarah babai Aisyah nanti Umi? Aisyah nak babai Sarah..'

Saya kena counsel dia banyak kali..

"Sarah ada dalam airport tu, dia tengah tunggu Aisyah fly, nanti dia babai Aisyah, Aisyah babai saje, walaupun tak nampak Sarah tapi sebenarnya Sarah ada kat situ..'

'Ye ker Umi, Sarah duduk kat mana?'

"Kat kerusi tepi cermin tu.. tempat kita sampai tadi.. Insya Allah nanti kita jumpa Sarah lagi yer..'

'Umi, nanti bila Aisyah balik, Aisyah nak gi sekolah sama dengan Sarah yer..'

Akhirnya saya pujuk Aisyah. 'Ok..nanti bila balik nanti, Umi akan hantar Aisyah sekolah sama dengan sekolah Sarah.. '

Sesungguhnya Sarah dengan Aisyah adalah kawan baik yang sangat baik..
Umi sangat sedih bila baca kisah Sarah menanti untuk menunggu Aisyah dalam tulisan mamanya dalam blog tersebut..

'Sarah jangan sedih yer..nanti Aisyah balik tahun depan, Aisyah pergi Shah Alam rumah Sarah yer..insya Allah..'


____________________

Siapakah Sarah sebenarnya bagi Aisyah?

Mereka berdua adalah kawan baik yang sangat rapat...
Rupa mereka sama, sambut birthday pun dalam minggu yang sama..Aisyah 11 Nov dan Sarah 6 Nov. Masa 6 tahun Aisyah dan Sarah meraikan sambutan birthday mereka bersama-sama di rumah Umi.. Tapi masa 7 tahun ini, kita buat berasingan sebab Sarah exam Darjah 1 masa birthdaynya dan Aisyah pula kami rancang supaya majlis birthdaynya bersama dengan majlis meraikan jiran dan saudara mara serta orang terdekat sebelum kami berangkat ke Australia..

Dari segi umur, mereka sebaya cuma kadang-kadang nampak Aisyah lebih dewasa sedikit terutama apabila dia banyak kali cuba menjadi kakak kepada Sarah bila main masak-masak atau main cikgu-cikgu..

Umi sangat sayang kepada mereka berdua.. begitu juga kepada adik beradik Sarah yang lain, Shasya, Amar dan Azim. Semuanya Umi treat seperti Umi treat Aisyah.. Bila salah kena marah, bila baik dapat puji.. begitu juga Harith jiran sebelah rumah.

Sarah' family menjadi sangat rapat dengan kami bermula dari awal kami duduk di Seksyen 7. Tak ada keluarga yang pindah ke taman tersebut kecuali keluarga mereka dan keluarga kami. Ketika itu Oktober 2004.. Hubungan kami menjadi lebih rapat apabila setiap kali kami bercuti, balik kampung dan sebagainya, maka kepada merekalah kami serahkan kunci minta tolong tengok-tengokkan rumah...buka lampu waktu malam, ambik paper pagi-pagi dan bagi ikan kami makan..Time kasih banyak-banyak yer...

Lepas umi dapat tawaran ke Australia, Umi inform Aisyah, 'Aisyah, we will go to Australia soon, Umi belajar kata sana, Aisyah dengan Abah ikut Umi yer.. for threee years.. '

Tahu tak apa perkara pertama yang dia tanya...

'3 tahun tu lama tak Umi? Masa kita balik Sarah besar mana? Sarah ingat lagi tak Aisyah masa tu? Aisyah takut masa tu Sarah tak kenal Aisyah, sapa nak kawan dengan Aisyah masa tu Umi..'


'Insya Allah masa tu Sarah dah besar cam Abang Amar, Aisyah pun besar tu.. nanti Aisyah jumpa ler Sarah lepas ni..'

Masa birthday Sarah, kami belikan baby kecik dengan botol susu untuk Sarah, tapi masa nak pergi ke airport baru Umi perasan baby tu masih ada di rumah, ingatkan Aisyah dah kasi Sarah..

Sepanjang jalan juga, Aisyah selalu sebut,
'Umi, baby kecik yang Sarah punya dalam billik kita tu jangan kasi sapa-sapa yer.. Aisyah terlupa nak kasi Sarah, nanti lagi 3 tahun, Aisyah nak jumpa Sarah nak kasi baby tu..'

Sungguh benar .... Aisyah sangat sayang pada Sarah...