Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah 1430H

Nak Masuk tahun Baru Islam...

Alangkah cepatnya masa berlalu.. pejam celik pejam celik... rupanya kita semakin tua, hari berlalu pergi, masa meninggalkan kita dan semuanya berlepas tanpa boleh di U-turn lagi..

Hari ini 28 Disember 2008 adalah hari akhir untuk tahun Hijrah 1429H. Hari ini adalah 29 Zulhijjah 1429H, esok kita akan menjejakkan kaki ke athun baru Islam iaitu 1 Muharram 1430Hijrah.

Jika dibandingkan dengan tahun lepas, kita menyambut 1 Muharram pada 10 Januari, bermakna tahun ini kita laju beberapa hari berbanding tahun sebelumnya, dan begitulah pergerakannya setiap tahun.

Semoga hari esok menjanjikan cahaya yang berkilauan dan bercahaya untuk kita semua, untuk seluruh keluargaku dan orang yang aku sayang dan juga untuk seluruh umat Islam semua. Untuk umat islam di palestin dan di seluruh dunia ini. Semoga Islam akan terus berkembang mekar hari demi hari meniti saat-saat di penghujung zaman ini.

Ada yang bergaduh sama ada wajar atau tidak kita baca doa akhir dan awal tahun? Katanya biad'ah, tidak diamalkan Rasulullah, tak ada apa-apa maslahah atau kebaikan... wahabi, salafi dan lain-lain...
Saya selalu rasa hairan dengan perangai sesetengah orang Islam, katanya atas dasar mempertahankan kesucian agama dan menyelamatkan diri dari bid'ah...

Pendapat saya adalah:
Kenapa perlu bergaduh? Perkara ini bukannya perkara qatie.. Bacalah doa, apa-apa doa sahaja pun boleh. Dengan harapan agar Allah akan memberi kita petunjuk, semoga selalu mengingati berakhirnya tahun demi tahun, ia mengingatkan kita bahawa kita akan meningkat umur ke tahun yang baru, kita semakin tua! Kita mohon dan berharap agar kita akan dapat memulakan dan meneruskan sepanjang tahun mendatang dengan baik dan dengan penuh kejayaan..

Doaku,'Wahai Allah, apa sahaja yang kami lakukan sepanjang tahun ini semoga ianya baik dalam pandangan-Mu. Apa sahaja yang baik dan berguna, kurniakanlah kami keredhaan dan kasih sayang-Mu. Kurniakanlah kami keberkatan atas segala apa yang kami lalui. Berkatilah rumah tangga kami, luaskanlah rezeki kami. Permudahkanlah semua urusan kami, sama ada urusan dunia dan akhirat..Wahai Allah, apa sahaja yang jahat dan buruk yang kami lakukan sepanjang tahun ini, ampunilah kami, maafkanlah kesilapan dan kelemahan kami. Janganlah Engkau biarkan kami menguruskan hidup kami sendirian tanpa pimpinan-Mu. Bantulah kami di sepanjang laluan hidup kami. Bahagiakanlah kami di dunia dan bahagiakanlah kami di akhirat. Semoga tahun baru yang akan datang akan membawa sinar bahagia dan kekuatan untuk kami supaya lebih tabah berjuang dan redha menerima ujian yang ada... Wahai Allah, pimpinlah kami untuk terus teguh berada di atas landasan-Mu...amin..''