Tuesday, December 30, 2008

Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1430H.

Kami sekeluarga berada di rumah sambil menyelesaikan beberapa perkara pagi 1 Muharram. Mengikut peristiwa serangan dan perang di Palestin dari News Ten di Melbourne TV. Sambil membaca tulisan demi tulisan response mengenai Palestin. Saya ke web Dr Asri Zainal Abidin, (Mantan Mufti Perlis), membaca komentar Us Zaharuddin UZAR, membaca komentar Saiful Islami dalam web mereka masing-masing dan macam-macam web lain yang saya surf.

Seluruh dunia mengutuk Israel tetapi mereka tetap dengan tindakan rakus yang jahat. Saya menonton TV Ten berita temuramah dengan Menteri Luar Israel yang menyebut, 'We have to make sure the safety of our people...' Menjadikan safety of their people as the justification to kill Palestenians.. Ya Allah, selamatkanlah kami dan hancurkanlah mereka..

Saya cuba beberapa kali untuk transfer duit ke dalam akaun Maybank Aman Palestin dan juga JIM untuk Palestin tapi tidak berjaya.. malam tadi saya benar-benar rasa kecewa kerana usaha saya gagal. Tindakan terakhir adalah saya akan transfer dari Australia ke dalam akaun adik saya dan mintak dia di sana uruskan. Saya akan usahakan secepat yang terdaya.

Doa saya, 'Wahai Allah, saya tidak ada kemampuan lain, selain berdoa dan memberi sedikit derma yang saya mampu... Semoga Allah menilai bahawa saya juga turut berusaha... amin..'

_________________

Menyambut Maal Hijrah

Pak Tam mengadakan majlis Maal Hijrah di rumahnya di Thomastown dan kami semua dijemput beramai-ramai. Ada bacaan yasin, baca doa akhir tahun, ada makan-makan, ada doa awal tahun, ada tazkirah dan ada solat maghrib berjemaah.

Pak Tam adalah Dr Kamal dari UPM, sedang membuat Profesional Doctorate. Beliau tinggal dengan isterinya Ros dan anak-anak di Thomastown. Saya dan Abah tumpang kereta Syed dan Aisyah naik kereta Untie Ina.

Cerita pasal kereta, kami belum beli kereta lagi. Buat masa ni tak jadi beli sebab Insya Allah akan pakai kereta Niza, lecturer UPM yang akan balik collect data selama setahun. Dia akan balik 10 Jan dan akan datang sini Jan 2010. Jadi di samping pakai, kami macam kira tolong jaga keretanya jugak lah. Saya cuma bayar road tax sahaja di samping mengawal selia mana-mana patut. Bila dia datang sini nanti tahun akan datang, barulah saya akan beli kereta betul-betul. insya Allah. Terima kasih pada Niza atas kepercayaan yang diberi. Jadi buat masa sekarang, saya masih menumpang Ina lagi kalau nak ke mana-mana.

Di tempat kami ada tiga orang Ustaz sebenarnya, agak jauh jugak dari rumah yang kami duduk. mereka adalah Ustaz Razak dari UKM, Ustaz Nushi dari UIA dan Ustaz Khairul dari USIM. Ustaz Razak dan Ustaz Nushi adalah calon PhD di Uni Melbourne dan Us Khairul adalah calon PhD di UM, berada di sini mengikut isterinya membuat PhD di uni Melb juga. Malam tersebut, Ustaz Khairul yang mengetuai bacaan yasin, doa dan menyampaikan tazkirah. Ramai yang datang, hampir 60 orang dan penuhlah rumah Pak Tam di setiap penjuru rumahnya.

Rumah pak Tam sangat cantik, di halaman rumahnya ada pokok-pokok pelam dan apricot. Halaman belakang rumahnya juga luas, hampir 20 kaki ke belakang dan ada 3 pokok besar apricot, lemon dan macam2 lagi. Sewanya pun murah berbanding dengan rumah2 lain, sekitar $250 seminggu atau $1000 sahaja. Cantiklah pada pandangan mata saya.

Kami balik dalam jam 9.20 malam. Lepas solat Isyak jam 10.50 malam, saya terus tidur keletihan.

Bercerita mengenai masa solat, kat sini waktu solatnya jauh berbeza dengan Mesia, saya masih lagi tidak begitu berjaya menguruskan dengan baik.. Isyak masuk jam 10.38 malam, subuh pula jam 3.20 pagi. Matahari pulak naik jam 5.50 pagi dan jam 6 pagi sudah cerah selalunya.

Di Mesia saya selalu tidur jam 1-2 pagi, dan bangun jam 6 pagi untuk Subuh. Abah akan ke masjid jam 6.05 untuk berjemaah dan balik ke rumah lepas wirid sekitar jam 6.45 pagi. Bebrbeza sungguh dengan waktu di sini.

Ada dua kali saya tersedar jam dah pukul 5.50 dan hari sudah cerah, Subuh dah habis.. Sedih sungguh saya rasakan. Saya tak sedar langsung... Jadi tindakan yang saya buat sekarang adalah; Jika tidur mesti tidur awal, jam 11 lepas solat isyak terus tidur dan bangun jam 4 pagi untuk solat, dan buat kerja. Kalau ter-carried away atau terghalik sangat buat kerja sampai jam 1.30 pagi, baik jangan tidur, terus buat kerja sampai jam 3.30 pagi, lepas solat Subuh baru tidur.. Itulah yang saya buat sekarang..

Oppss.. apa azam tahun baru saya yer..??

Saya telah mendaftar diri dalam PTS Mentor Penulsi En Fauzul Naem dan telah menerima email darinya yang menyuntik semangat supaya kita menulis dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Saya rasa sangat teruja membaca emailnya. Jadi azam saya kali ini adalah saya ingin bersungguh-sungguh belajar untuk PhD saya, dan pada masa yang sama saya berhasrat untuk menulis sekurang-kurangnya satu buku sepanjang saya belajar. Buku biasa seperti pengalaman berada di Australia ker, pengalaman buat PhD ker.. Saya tengah berfikir sebenarnya ni...
Jika dizinkan Allahh dua buah buku.. Who knows.. I will try my very very best..
Insya Allah and Amin...

_______________