Saturday, December 27, 2008

Ketam, Aura dan Doa

Kisah Ketam dan Aura


Pernah dengar tak kisah ketam? Ada dua kumpulan ketam, satu kumpulan ketam Merah, satu lagi ketam Kuning. Ketam-ketam ni semua duduk dalam dua basket yang berasingan. Ada 2 basket semuanya.

Dalam kumpulan ketam Merah, ada ler sekor yang kata, 'Kita kena tuju ke depan. Kita kena pakat-pakat keluar dari basket ni.. Tapi camna yer...'

Pikir punya pikir, akhirnya ketam yang bijak tu kata, 'Ooo saya ada satu jalan.. Kita pakat-pakat pegang tangan, jangan lepas tau. A, B, C, D awak semua pegang tangan kuat-kuat. Lepas tu E, F,G,H.. awak panjat atas depa tu.. Lepas tu pegang tangan kuat-kuat tau. Lepas tu I,J,K,L awak pulak buat macam tu, naik atas depa-depa tu, pastu pegang tangan kuat-kuat yer... Lepas tu saya akan panjat atas setiap orang sampai saya sampai atas sekali, dan saya akan lompat dari basket ni. Lepas saya keluar, saya akan cari jalan macamna nak bawak semua keluar dari sini..'


Lepas tu semua ikut. Tapi lepas tu, masing-masing kata... 'Apasal awak yang naik, awak pun patut duduk sama kita orang.. 'Jadi berbalah ler semua ketam-ketam itu, last sekali ketam yang bijak cuba selesaikan, dia naik panjat atas sekor demi sekor.. tapi sebab masing-masing dah buat keputusan, jadi semua orang pakat tarik ke bawah ketam yang bijak tu...


Maka jadiler cerita bahawa tak de satupun yang dapat keluar, masing-masing dok tarik menarik, maka berakhirlah semua kumpulan ketam2 tu..


Ketam yang kumpulan Kuning ni guna pendekatan sama, tak de pulak rasa nak marah sebab sekor naik dulu, bahkan masing2 tolak ke atas lagi supaya satu-satu dapat panjat dan keluar dari basket tu....
___________

Itu ler cite ketam....
Mesti pernah dengarkan..?

Sebenarnya semalam saya sedang baca buku catatan tentang dua ilmu yang saya belajar... Saya buka buku catatan kelas Darus Syifa' dan saya juga baca buku catatan kelas Aura yang saya attend.

Menggunakan kiasan kes ketam ini... saya nak kongsikan sedikit perkara, semoga ada beberapa pengajaran yang boleh kita dapat...

1- Dalam satu-satu keadaan yang ada ramai insan-insan, mesti ada seorang atau lebih yang Allah berikan kelebihan dan mempunyai jiwa ketua, mampu berfikir dan mampu merancang.. Berfikir ke depan dan melihat lebih jauh berbanding dengan yang lain. Tapi tak boleh ke mana kelebihan tersebut jika tiada sokongan dari mereka yang berada di sekitarnya.


2- Kita mungkin berada dalam keadaan sebagai orang bijak tadi dan mungkin juga tidak.

Di mana pun kita, kita perlu berfikir bukan untuk diri sendiri, mesti fikirkan untuk maslahah masyarakat lebih utama dari maslahat diri sendiri.

3- Jika kita di atas, kita perlu sokongan yang lain, tapi kadang-kadang kita didengki, dikeji, orang hasad dengan kita, kita disangka buruk dan mungkin ke tahap ingin 'dibunuh' supaya jangan terus ke depan. Ketahuilah juga, ia adalah asam garam kehidupan..

4-Jika kita di bawah, jangan dengki, jangan mencari jalan merosakkan orang lain. Apabila kita tidak berjaya membantu, lebih baik kita berdiam diri.

Justeru, dalam alam ini, kita mungkin berjumpa pelbagai jenis manusia. Ada yang baik, sering menyokong kita, membantu bila kita perlu dan memberi pertolongan tanpa minta balaasan.

Ada juga yang dengki, selalu melihat kita dengan pandangan marah, sangat benci dengan kita, selalu mencari kelemahan kita, suka memburuk-burukkan kita, selalu menghina kita dalam ayat-ayat yang digunanya, berusaha memalukan kita di hadapan ramai dan dan sangat gembira melihat kita kecundang...


Dari sudut ilmu Aura, orang sebegini sebenarnya merosakkan dirinya sendiri. Aura badannya akan jatuh, menjadi hitam dan penuh dengan aura negatif. Dari sudut perubatan Islam, kebenciannya dan pandangan matanya yang penuh kedengkian, boleh merosakkan kita, ia dipanggil ain.

Mari kita cek diri kita, jika kita mempunyai sifat dan akhlak buruk sedemikian, kikislah dari diri. Ia merosakkan kita, menjatuhkan aura badan kita, menyusahkan hidup kita di dunia dan di akhirat. Rasulullah saw menyebut, 'hasad itu seumpama api membakar kayu api'.. Hilang pahala kita, yang tinggal jadi abu.. Buang dan berdoa pada Allah supaya membantu kita membersihkan jiwa dari hasad kepada orang lain.

Jika kita adalah mangsa yang didengki, bersabarlah...

Dalam ilmu aura, ada dua cara perlu kita buat.
Satu- berusaha meninggikan aura diri kita supaya penuh dengan aura positif sehingga mampu memindahkan aura positif yang kita ada pindah ke dirinya, supaya aura positif yang dipindahkan akan menolak aura negatifnya hilang sedikit demi sedikit.
Kedua- jika aura kita juga lemah, tidak cukup kuat untuk melawannya, maka baiklah kita jauhkan diri dari dia.

Dari sudut perubatan Islam, mengelakkan diri dari bahaya orang yang hasad adalah satu tugasan kita. Itulah salah satu bacaan dalam Asas 10 yang Ustaz Harun ajarkan. Ustaz Harun pesan dalam kuliahnya, 'Saudara jangan tinggal baca Asas 10, sebagai pendinding untuk Saudara...Baca setiap hari...' Itulah pesan beliau dalam kuliah terakhir di darus Syifa' sebelum saya berangkat ke Melbourne...

Marilah kita selalu membaca doa ini..

Doa ke 8 dalam Asas 10..

'Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada setiap musuh dan kecelekaan, juga daripada setiap syaitan dan pandangan mata (ain) yang tercela. Aku berlindung dengan Allah yang Esa lagi Mulia daripada setiap musuh dan orang yang hasad. Juga dari pada syaitan yang derhaka. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah terhadap hambaNya dengan firmanNya, "Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia itu dalam keadaan sebaik-baik kejadian.'