Friday, December 5, 2008

Aisyah Bercerita

Ni Aisyah yang bercerita ni..
untuk Tok ma, Tok Ayah, Nenek, Atok
Adik Absya, adik afif, ulya, adik umairah ..
Cik Ree, Cik Na, kakak Tasnim dan semua yang lain..


Masa hari kedua lepas sampai, Aisyah dengan Abah dan Umi gi ke Bandar Melbourne, naik tram, banyak sangat tram kat sini, lambat tapi best jugak.

Aisyah pegi ke Universiti Melbourne, Abah kata tempat yang sepatutnya Umi masuk, kesian Umi tak dapat masuk Universiti tu, Aisyah dengan Umi ambik gambar depan Asia Centre..
Tapi Umi kata tak apalah.. mesti ada hikmatnya tak dapat universiti tu..

Ada sorang orang putih namanya Andrew, dia yang bawak Aisyah, Abah dengan Umi masuk dan pusing2 dalam Universiti tu, ambik gambar di Law Faculty, pastu depan bangunan jam di tengah-tengah Universiti Melbourne tu..


Aisyah dengan Abah di Bangunan Law Faculty. Aisyah pakai mafla yang Makcik Siti dan Makcik marlina PGSM kasi.. terima kasih yer..Aisyah juga bawak beg biru yang cantik hadiah Khalidah.. Terima kasih yer Khalidah.



Lepas tu Aisyah dengan Umi dan Abah pergi jalaan-jalan ke Lacuna.. tempat ni bangunan tempat orang jual barang2. Ada banyak makanan malaysia seperti Mamee, maggi dan lain-lain.. Yang jual tu orang China..Aisyah ambik gambar masa makan di meja tengah-tengah bangunan tu depan pokok krismas..


Inilah bangunan jam yang ada di tengah-tengah Univ Melbourne yang Aisyah cerita tadi tu.. Univ ni candtik dan sangat besar..


Ini lepas beli Kebab dari kedai Turki kat Jalan apa entah..Kat sini banyak kedai jual makanan halal, ada MY Restoran jual nasi beriani halal, ada kedai Sudan jual pizza, ada kedai macam2 jual barangan halal.. Alhamdulillah. Lepas jalan-jalan tu, Aisyah dah tak larat sebab masa tu berangin dan sejuk sangat.. Aisyah rehat sekejap, pastu Abah ambik gambar... masa ni Aisyah batuk-batuk..

Kepada Tok Ma, Tok Ayah, Nenek, AAtok dan semua, doakan Aisyah dengan Umi dan Abah di Melbourne ni yer.. mudah-mudahan Aisyah, Umi dan Abah berjaya dan selamat semuanya..amin