Thursday, October 15, 2009

Prof Madya 3

Sahabat Yang Positif..

Saya percaya yang banyak membantu saya adalah sahabat-sahabat yang positif yang berada di sekeliling saya. Mereka percaya saya mampu dan memberi saya peluang untuk membuktikan kemampuan saya. Jika saya tidak bertemu mereka, saya rasa saya tidak berdaya untuk berada di tahap ini.

Tanpa menafikan bantuan yang hakiki adalah pertolongan Ilahi dan juga sokongan suami saya, saya sangat terhutang budi pada sahabat-sahabat ini..

Dr Ghafar dan Salehuddin SSS yang bertugas di UPENA, beliau memberi saya peluang untuk membawa masuk hasil tesis Masters untuk diterbitkan oleh UPENA. Walaupun dengan melalui banyak kesukaran yang menyebabkan saya rasa hampir give up bahawa buktu tersebut tidak dapat diterbitkan, tetapi akhirnya ia berjaya direalisasikan. [banyak masalah timbul di mana soft copy hilang, ayat Quran tidak dapat dibaca oleh pihak UPENA, marging lari, nota kaki tak selari, indexs dan macam-macam lagi..]

Dari situ saya dikenalkan dengan PM Dr Syireen, Pengarah UPENA yang sangat baik dengan saya. Saya memanggilnya Dr Syireen tapi beliau berkali-kali meminta saya memanggilnya Kak Syireen dan saya akur. Saya dijemput melalui bantuan Yadman untuk berada sebagai Researcher dalam projek kerjasama UiTM dengan Kementerian Kesihatan mengenai Child Abuse yang diketuai oleh Dr Syireen. Saya banyak belajar melalui research ini.

Saya menyatakan kepada PM Asmak bahawa saya ingin membentang kertas kerja tapi saya tak yakin diri. Beliau membantu saya dengan menghantar kertas kerja ke satu seminar antarabangsa dengan meletakkan dua nama, saya diminta mencari data dan menulis kertas kerja dan dia akan menokok tambah, membetulkan isi kandungan dan menghantar ke seminar tersebut. Kertas kerja diterima dan bermula perjalanan saya membuat kertas kerja satu demi satu untuk dibentangkan di seminar berkaitan undang-undang dan ada yang mengenai pendidikan islam.

PM Baha sebagai ketua unit research banyak membantu saya mengisi borang IRDC, mendapat geran penyelidikan dan saya diminta menjadi ketua kepada tiga kumpulan penyelidikan. Alhamdulillah saya berjaya di samping menjadi ahli kepada tiga lagi kumpulan research.

Tahun 2004, saya mengisi borang membuat DLSA sebagai pelajar kumpulan pertama program diadakan di UiTM. Dalam kelas tersebut, saya bertemu beberapa sahabat lama dan baru dan akhirnya membawa saya ke dalam Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM). Kawan saya Zainul Rijal ketika itu Presiden PGSM dan pimpinan PGSM yang lain memberi saya kepercayaan sebagai Exco Penerbitan PGSM. Saya mula menulis di Berita Harian atas nama PGSM dan menjaga ruangan tersebut. Melalui PGSM, saya semakin kedepan dan networking saya bertambah dengan begitu cepat sekali. Dr Syireen dan Dr Ghafar pula menyokong 100 % usaha membukukan hasil penulisan kami di Berita Harian di bawah penerbitan UPENA.

Saya sangat terhutang budi pada Boss saya, PM Dr Rahimi yang memberi saya peluang demi peluang. Saya selalu diberi pelepasan untuk membentangkan kertas kerja di luar UiTM sama ada atas nama CITU, UiTM atau atas nama Exco PGSM. Permohonan saya untuk mendapat biasiswa juga disokong, bahkan beliau sudi membawa kes saya sehingga ke peringkat Senat untuk membolehkan saya ke Australia. Sehingga akhirnya saya ke Australia dan permohonan DM 54 saya turut disokong.

Saya terhutang budi pada ramai lagi yang saya tak tulis di sini, semua sahabat yang positif yang mengelilingi hidup saya.

Pendapat saya : Sepertimana sabda Nabi, bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan mendapat tempias bau wanginya, berkawan dengan tukang besi, kita akan terasa bahang pansnya.. Bersahabat dengan sahabat yang baik, kita akan mendapat percikan kebaikannya.. Mereka melihat kita dengan positif dan memberi kita peluang untuk kita sendiri melihat diri kita dengan lebih positif!