Monday, October 12, 2009

Prof Madya 2

Prof Madya Ustaz Kadir..

Saya ni sebenarnya bukanlah jenis yang bersemangat waja.. Saya selalu tarik diri kalau kena buat apa-apa depan orang. Malu, segan, tak confident dan macam-macam yang negatif..

Saya ambik Masters di Univ Malaya, di bawah Jabatan Syariah & Undang-undang Akademi Islam. Saya pilih Akademi Islam sebab saya nak buat perkhususan Undang-undang Islam so saya tak ler mintak buat LLM di Fakulti Undang-undang. Tesis Masters saya di bawah Prof Madya Dr Raihanah Abdullah. Terima kasih pada beliau sebab banyak bantu saya selesaikan tesis tersebut.

Then, who is PM Kadir? Actually he taught me Islamic Family Law masa Semester 1 di UM tu. Dia orang Kelantan. Orangnya kurus jer.. Saya selalu sembang dengan dia dan kadang-kadang kami ramai-ramai masuk bilik dia - pinjam buku atau saja sembang-sembang dengar cerita pasal kerja dia, kertas kerja dia buat, keluarga dia dan lain-lain. Dia baik orangnya..Lepas saya grad, dia pun pencen..

Masa saya sembang dengan dia, banyak dia bukak minda saya.. Saya pula selalu bercakap tak tentu arah.. Dan dia selalu tegur saya... hehe... Saya banyak juga argue kertas kerja yang dia buat.. [cam bagus lak saya tapi dia tak marah saya komplen...hehe]

Antaranya dia cerita pasal nak dapat Prof Madya..

Dia baru dapat beberapa tahun sebelum saya belajar dengan dia. Yang saya ingat saya ada kata kat dia , 'Macamna Ustaz dapat Prof Madya tu Ustaz? Saya rasa pelik orang dapat Prof Madya ni, Professor penuh tu lagi ler saya pelik.. cam mustahil jer untuk saya dapat gelaran tu..'

Dan dia akan tegur saya.. 'Mana boleh awak cakap macam tu.. Kalau kita pensyarah, mesti kena dapat sebab nama tu penting. Kalau kita ada PM dan ada Dr depan nama kita, dan kita bercakap bidang kita nanti senang orang percaya. Saya tak sempat dapat Dr, jadi saya tak de Dr depan nama saya. Awak kena set dalam kepala, tahun berapa awak nak dapat Dr, tahun berapa awak nak dapat Prof Madya.. Hidayah umur berapa sekarang?'

Saya jawab masa tu saya umur 31. Dia kata..'Ok Hidayah, awak target umur 42 awak mesti dapat Prof Madya. Bila awak target, nanti awak buatlah apa saja nak cukupkan syarat-syarat dia nak.. Saya dulu set, sebelum saya pencen, saya mesti dapat Prof Madya.. Ni pun kira saya lambat sangat ni banding dengan orang lain..Awak target jugak umur berapa awak nak buat PhD..Sekarang awak ingat saya bagi awak sampai umur 42 mesti dapat Prof Madya...'


'Saya ni pensyarah kecik jer Ustaz.. Master pun belum lepas dan tak tahu apa-apa research selain nak buat research Masters tu.. Rasa jauh sangat le Ustaz..boleh ker? PhD pun entah buat entah tidak.. Macam mustahil jer.. tak nampak jalan.. '

Kata-kata beliau yang memberi saya satu semangat walaupun saya tak pernah ceritakan kepada sesiapa tentang cabaran PM Ustaz Kadir tersebut..


Tapi sebenarnya.. selepas itu satu demi satu jalan hidup saya berubah.. Allah bukakan satu demi satu pintu demi pintu sehingga saya banyak berjumpa perkara baru hari demi hari… Maha besar Allah yang memberikan sesuatu kepada saya, hamba yang lemah ini...

bersambung....