Wednesday, October 7, 2009

Poligami

Poligami 1..

Kawan baik saya memaklumkan dia akan berkahwin dengan suami orang, menjadi isteri kedua selepas hampir tiga tahun bercerai dengan bekas suaminya bersama empat anak.

Saya terkejut dan terkedu seketika.., 'Ye ker? Isteri dia tahu tak? Dia setuju ker?.. dan macam-macam lagi...
Dan dia menjawab dengan penuh ceria..'Ye.. isterinya setuju.. saya dah jumpa isteri dia.. lelaki tu baik, anak-anak saya suka dengan dia.. '
Humppp..

Saya tanya lagi..'Bila kenal? macamna boleh setuju? Dia duduk mana? Anak dia berapa orang..Dia kerja apa?...' dan macam-macam lagi... Dan dia menjawab dengan ceria..'Saya dah sembahyang istikharah... Isterinya setuju, dah jumpa dah.. Dia kerja ni.. tapi tak kisah, saya pun ada gaji...'
Humpm....

Saya tanya lagi..'Betul ke dah certain ni?.. saya tanya macam-macam lagi.. Dan dia dengan gembiranya..'Ye kak. Dah decide, baru bagitau akak.. Dah tetap hari dah. Lepas raya ni kahwin..'
'Ye ker.. dah decide?..Apa saya nak kata lagi Humpm...

Saya teringat kat kawan saya seorang ini.. dia telah melalui hidup getir yang sukar dalam pandangan saya.. Mungkin selepas ini kehidupannya menjadi lebih cerah..Mudah-mudahan dengan izin Allah..Jika dia gembira, saya tumpang gembira..

Saya hanya mampu berikan sedikit doa..
'Semoga telah membuat keputusan yang betul. Sabarlah dan semoga berbahagia dan ceria selalu..'
_____________

Poligami 2

Hari tu ada student saya email bertanyakan soalan, 'Boleh tak saya nak kawin dengan suami orang? Semua orang tak setuju. Dia ada anak 6, umur 40 tahun lebih. Saya belum bagitau mak saya, saya bagitau lelaki tu, saya nak solat istikharah dulu, belum decide. Dia kata bila saya setuju jer, dia nak terus datang ke rumah saya. Saya tanya Puan sebab saya tahu Puan pernah keluar dalam Utusan temuramah pasal poligami. Puan setuju tak saya nak jadi isteri kedua?'

Saya tanya macam-macam soalan.. Tanya soalan macam seperti saya tanya kawan saya di atas. 'Isterinya setuju tak? dah jumpa isterinya ker? macam-macam saya tanya..kemudia dia ber ym dengan saya hampir 1 jam. Saya jawab apa yang saya tahu..

Kalau ibu dan ayah tak setuju- jangan teruskan kerana kalau restu mereka adalah kemestian. Kalau jadi apa-apa pada perkahwinan kita, kita akan balik pada orang yang menyayangi kita.. itulah mak dan ayah. Lihat baik buruk dengan mata hati dan mata kasar..

Dia kemudiannya membuat remark; 'Saya sangat hormati Puan. Tapi kenapa dalam Utusan puan macam positive terhadap poligami, tapi bila advice saya macam negative pulak..'
Humpm....


Sebenarnya saya sangat sukar nak bagi pandangan pasal kawin lebih ni.. baik kepada suami atau pun kepada isteri... Sukar, payah dan tak reti sebenarnya.. Sebab ia bukan saja berkait dengan undang-undang, tapi dia sangat berkait dengan perasaan.. ia bukan saja melibatkan kemampuan duit nak tanggung dua orang dan dua keluarga tapi juga melibatkan jiwa, kasih sayang, menguasai, berebut kasih, cemburu, dengki, pasrah, menyerah, tolak ansur, memberi dan menerima..

Saya bagitau dia..
'Pandangan saya adalah poligami tu harus. Bila perlu ia merupakan jalan penyelesaian kepada beberapa masalah. Tapi bukan sunat atau digalakkan dan bukan diharamkan. Dalam Utusan Malaysian tu, saya lawan Sister in Islam yang bawak filem Indonesia 'Berbagi Suami' dan jadikan filem tu sebagai bukti keburukan poligami yang Allah haruskan dalam Islam. Dalam Utusan tu, saya tak de kata saya suruh suami poligami.. Saya juga tak kata pada isteri supaya setuju atau suruh suami kawin lain atau lawan suami habis-habisan kalau dia nak berpoligami.. Saya kata sesuatu yang harus Allah tentukan ada kebaikannya, tapi kalau salah guna, bukan pelogami yang salah tetapi pelaku dan pengamalnya yang salah. Saya memang tak setuju bila suami menzalimi isteri sama ada isteri pertama atau isteri kedua.. Tinggalkan begitu saja tanpa nafkah, tidak berlaku adil dan lain-lain.. Kaedah fiqh kata, 'Antara dua mudarat, pilih yang lebih rendah. Jika melakukan sesuatu, mudaratnya besar, jangan buat. Jika bertembung ada manfaat dan ada mudarat, kalau mudarat lebih banyak dari manfaat, jangan masuk dalam perkara ni. Bukan untuk perempuan sahaja, untuk lelaki pun sama. kena fikir dengan baik. Tapi kalau semua tak de masalah dan rasa dah certain, takleh kata apa lagi....'

Itulah kisah hidup antara ribuan insan di alam ini..

Saya selalu panjatkan doa. 'Wahai Allah.. berilah yang terbaik kepada kami semua.. mudahkan urusan kami.. supaya kami berjaya di dunia, dan berjaya pula di akhirat. '